04 February, 2008

Friendly Site Award

Dapat lagi!! best nyerrr..thanks ye Kak Jun & Rozie..mmuahhhh!! hohooo..cantik dinding rumah ku...gantung award!! hehehehhe..


Seterusnya, saya nak serahkan award ini kepada Kak Pah, Noreen, CT Azma & nak pulangkan balik kepada Mat Gebu (mmg friendly sungguh blog dia tuhhh)

French Omelet

Goreng telur memang senang kan..so ni antara variasi omelet. Caranya, campurkan 2 biji telur dengan sedikit garam, parsley, basil & 1-2 sudu besar susu. Kemudian panaskan butter dalam skilet, masak macam buat omelet biasa.

Boleh makan dengan nasi as lauk, ataupun boleh sandwichkan pada roti..sedappp!!

Hotdog Bun

Lagi resepi Yani dari Myresipi.com :)

Hotdog Bun Recipe:

  • 160ml air
  • 250g tepung roti
  • 14g(1 1/2 sudu besar) gula
  • 4g(1 sudu kecil) garam
  • 8g(1 sudu besar) lemak sayur
  • 2.4g(3/4 sudu kecil) dry yeast
  • 16g(3 sudu besar) susu tepung
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih setting dough, tekan button start.
  2. Bila dah siap, keluarkan angin. Kemudian bahagikan kepada 6 bahagian. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 15 minit.
  3. Buatlah bentuk panjang seperti bentuk hotdog bun.
  4. Biarkan naik dua kali ganda atau 30C selama 50minit.
  5. Bakar pada suhu 180C selama 10-12 minit. Biarkan di dalam oven selama 5-10 minit kalau mahukan roti kelihatan lebih perang.

03 February, 2008

Nice Matters Award


Tadaaaa...ini la award yang saya bawak balik. Malam tadi pi terima anugerah kat Kulai uuuuu..

apa apa pun...saya nak ucapkan terima kasih kepada semua yang menyokong aktiviti blog saya (macam penah ku dengar ayat ini..tapi di mana yerr???) hehehhehehe..terutama sekali pada Cik Mat Gebu yang telah meng'award' blog saya yang tak sampai setengah tahun jagung niii...Terima kasih daun keladi mat!! i lap uuuu...hohhoooo kontoversi ooooo..

Ok..saya pun nak panjang2kan award ni pada kawan2 saya yang lain..

Happy Blogging :D

02 February, 2008

Kuih Gulung

Pagi tadi macam buntu akal nak breakfast apa..breakfast kami selalunya roti & cereal. Hari ni rasa macam nak tukar selera, at last pegi makan kat malaysian cafe (Kaki Lima Cafe, Kingsford) dekat area rumah. Saya makan mee rebus, while rezan makan nasi lemak. Nampak sambal sotong..amik pulak sambal sotong. Lepas tu rezan nampak kuih..dia amik pulak kuih gulung dengan bingka ubi.

Bila balik rumah..dia cakap, 'sedap kuih gulung & kuih ubi tadi..nanti you buat? Boleh??' pulakkkkkk..dah petang ni tadi..dia sebut lagi...'buat le kuih hijau tadi..'

haiii lahaiiiiiii...buatkan je lahhhhh... Dah kenyang dia makan kuih gulung ni..dia cakap lagi.. 'nanti buat kuih ubi pulak yerr..' :D

Since kat sini susah nak jumpa kelapa fresh..saya buat subsitution ke atas resepi asal mak saya ni..
Inti:
  • Kelapa (saya guna kelapa kering)
  • Gula merah
  • Daun pandan (kalau ada)
  • Secubit garam
  • Sedikit air lebih kurang suku cawan (since saya pakai kelapa kering..saya letak lebih sikit)
  1. Satukan semua dalam kuali..masak sehingga kering.
Kulit:
  • Tepung (ikut banyak mana kita nak buat, saya buat 1 cawan tepung dapat 7 ketul)
  • Air secukupnya (jangan cair sangat & jgn pekat sangat)
  • Daun pandan (saya ganti kan dengan pandan paste)
  • 1 biji telur
  • sedikit garam
  • Minyak untuk sapu pada kuali (saya gantikan dengan spray)
  1. Blendkan daun pandan dengan air. Tapis. Since saya gunakan pandan paste..saya tak buat proses ni.
  2. Bancuhkan semua bahan..kacau sampai dapat bancuhan yang licin (tak berketul). Nak senang masuk je dalam blender.
  3. Panaskan kuali, sapukan sedikit minyak. (kalau pakai kuali non-stick, tak payah letak) ambik lebih kurang sesenduk..lenggangkan dalan kuali leper, untuk dapatkan kulit yang nipis.
  4. Biar sekejap, angkat bila bahagian tepi 'longkah' (apa perkataan lain untuk word ni yerr) :D
  5. Ambil inti kelapa tadi..letak tengah2 kemudian gulung.

01 February, 2008

Roti Sosej Berpintal

Resepi dari Yani di Myresipi. Buat sendiri baru tau..lembut & sedap!


Saya ubah sket resepi yani ni..saya tak pakai whole wheat floor.., saya guna fully tepung roti biasa. Resepi asal macam kat bawah ni:

  • 175g tepung roti(white flour)
  • 25g whole-wheat flour
  • 10g gula halus
  • 3g dry yeast
  • 12g butter
  • 130ml air/fresh milk
  • 6 batang sosej
  • Kuning telur untuk glaze
  • 3g garam
  1. Masukkan semua bahan (kecuali kuning telur untuk glaze) ke dalam breadmaker. Setkan untuk buat doh. Tekan start button.
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker..uli sekejap untuk keluarkan angin & bahagikan kepada 6 bahagian. Bulat2kan dan rehatkan 10 - 15 minit.
  3. Ambik satu doh roti. Buat bentuk panjang lebih kurang 20~30cm. Lilitkan pada sosej yang telah direbus/dibakar (saya microwave jerr..dasar pemalasss!!). Ulang sampai habis.
  4. Penaikkan roti sehingga 2 kali ganda sebelum dibakar.
  5. Sapukan roti dgn telur. Bakar pada suhu 180C selama 12~15 minit.

Ayam Tairu Wangi

Cedok resepi ni dari dapur mak daro. Sedap bau rempah2 masa masak..rasa pun sedap!! ala2 macam butter chicken gituu..tapi kan, apesal saya punya lauk ni tak hitam macam kat rumah mak daro tuu???

Copy paste je lah resepi mak daro nii..den malas nak menaip..boleh kan kan kan :D tapi kan...saya ada kasi tukaq sket ini resepi...saya tambah carrot..lain2 semua sama mcm resepi kat bawah:

Bahan Bahan:

  • 1 ekor ayam, cuci, tos & goreng embal2
  • 7 biji badam, dibuang kulit & dikisar halus
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 1/2 tsp garam masala
  • 1 telap (150gm) tairu kurang lemak
  • Segenggam daun pudina
  • Segenggam daun ketumbar
  • Sedikit bawang goreng
  • Kayu manis, buah pelaga & cengkih
  • 4 helai daun pandan, diikat
  • Sedikit minyak utk menumis
  • Garam & gula
Bahan Kisar:

  • 6/7 biji lada merah, digoreng dgn sedikit minyak
  • 4 biji bawang besar
  • 5 biji bawang putih
  • 1" halia
Dicampur dengan:

  • 1/2 tbsp serbuk ketumbar
  • 1 tsp serbuk jintan halus
  • 1 tsp serbuk jintan kasar
  1. Tumis daun pandan & rempah tumis hingga wangi. Masukkan bahan kisar & tumis hingga garing.
  2. Masukkan tomato puree, garam masala & tairu; gaul hingga sebati dengan api yg sederhana.
  3. Masukkan pula badam kisar, garam & gula.
  4. Tambah air jika perlu & masukkan ayam & gaul rata.
  5. Akhir sekali masukkan segala daun2 & bawang goreng yg sewaktu dengannya.