24 February, 2008

Fish & Chips


Saya buat fish & chips cara saya, asalkan senang nak sediakan.

  • Chips memang beli ready made, tinggal goreng jer..
  • Tartar sauce pun beli ready made..
  • Ikan tu celup dalam batter (bancuhan tepung naik sendiri, tepung jagung & tepung beras bancuh dengan air hingga dapat kepekatan macam batter goreng pisang. Celup ikan, goreng.
  • Habis cerita! :D

23 February, 2008

Bar Coluzzi

23/2/08 - kami pegi ke aiport hantar kawan nak balik ke Malaysia for good. Flight diornang pukul 3.40, so kitorang budget pukul 1.30 diorang suppose dah kat sana. Pukul 1.35 kami dah tercegat kat airport, tapi sorang kawan pun kami tak nampak. Rupanye diorang still kat rumah lagi hehehhee..so saya ngan rezan jalan2 dulu sekitar airport. Pi semayang zohor jap & pi pekena iced chocolate kat Bar Colluzzi. Pastry yang jual kat sini cantik2..tapi kami tak makan pun, sebab still kenyang as we had our lunch just before we went out! Saya tayang gambar sekitar kedai je lahh yerr :D

Mussels Bake With Tomato

Tak berapa pasti apa nama mussels ni dalam bahasa kita. Bukan kupang kan? Setahu saya, kulit kupang warnanye putih seakan2 biru. Iye kerr?? tak pasti lahhh..(correct me if i'm wrong) :D

Jom kita try masak mussels with this easy, low-fat and aromatic shellfish classic!
  • 1.5 kg mussels (dibersihkan)
  • 4 biji tomato masak ranum (dadu kecil)
  • 2 biji bawang putih (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (buang biji & dadu kecil)
  • 2 sudu besar parsley (fresh or dried)
  • 1 sudu besar oregano (fresh or dried)
  • 100ml cuka
  • Serbuk lada sulah
  • garam
  1. Panaskan oven atau grill.
  2. Satukan tomato, bawang putih, cili, parsley, oregano & cuka. Season dengan serbuk lada sulah
  3. Alas bekas yang akan digunakan sekeping aluminium foil, kemudian alaskan baking paper di atas aluminium foil tadi. Masukkan mussels tadi (kalau boleh gunakan bekas yang besar, sebab tak nak bagi mussles ni bertindih. Bahagikan mussels kepada 2 bahagian jika perlu).
  4. Curahkan bancuhan tomato tadi ke atas mussels, bungkus dan bakar lama 10-15 minit.

Bolognese Spaghetti


Saya buat blognese spaghetti ni pakai apa yang ada kat rumah jerr..tambah apa yang patut, ignore apa yang takde..wallaaaa..sedpa jugakkk :D

  1. Spaghetti secukupnya..direbus hingga masak. Tambah sedikit minyak semasa merebus.
  2. Sebiji bawang besar, dicincang halus, kemudian tumis ke dalam sedikit minyak. Biar sehingga layu & wangi.
  3. Masukkan daging cincang, kacau selalu supaya dagingnya tak berketul.
  4. Masukkan tomato puree, biarkan reneh.
  5. Masukkan dried oregano, basil & parsley.
  6. Rasakan garam. Padamkan api bila hampir kering.
  7. Hidangkan kuah bersama spaghetti tadi bersama sayur2an pilihan anda. Sprinkle dengan parmesan cheese! yumm..

20 February, 2008

Kuih Tiram

Mat tanya resepi kuih ni semalam..Kak Lina yang nak, katanyerr. Saya pernah mintak resepi ni kat mak..tapi ntah mana tahh saya letak. Biasa lerrr...kalau cari memang tak jumpa :D Tengahari tadi, saya roger mak..balik kejer terus buat..senang bangett!!

Okeh..ni cara resepi & cara buatnyerr:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air (lebih kurang)

Bahan lain:

  • 6 sudu tepung jagung
  • 6 sudu minyak masak
  1. Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata semua nyer hinga jadi mc bread crumb.
  2. Masukkan air Jangan masuk semua, takut terlembik. (tapi kalau terlembik boleh tambah tepung, ye tak?) hehheehe. Uli doh sehingga kita dapat doh yang licin.
  3. Sediakan bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua dua bahan ini & kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat).
  4. Doh tadi dibahagi 2 (supaya senang kita nak kerja kan dia..kalau tak nanti..besar sangat la pulakk) hehhehe.Setiap satu doh..kita canai nipis seperti nak buat karipap (of course kita akan dapat canai yang besar & lebar) :)
  5. Sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung.
  6. Kemudian gulung memanjang. Jika mahukan lapisan yang banyak buat 2 kali proses ini..ataupun terus ke step 7.
  7. Kemudian potong kecil2 seperti dalam gambar. Potong lebih kurang sebesar ibu jari.
  8. Gelek seperti dalam gambar, kemudian goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.

  9. Sira dengan gula halus. Simpan dalam botol kedap udara. Saya buat 500gm tepung dapat satu botol besar & satu botol kecik. banyakkk :)

Crispy Beef with Carrot

  • Malas nak citer panjang pasal lauk ni..sebab memang jadi kesukaan suami ku ituuuu...
  • Daging
  • Telur
  • Tepung jagung
  • minyak untuk menggoreng
  • Carrot
  • Bawang
  • Cili merah atau hijau
  • Bawang putih
  • Cili boh (sikitttt jerr)
  • Cuka
  • Garam & gula
  • Sos tiram
  1. Daging dipotong nipis memanjang. Bersihkan & tos.
  2. Pecahkan telur ke dalam daging. (Kalau daging sikit, takyah le masuk sampai sebiji..masuk sikit jerr).
  3. Sedikan tepung jagung dalam pinggan lain.
  4. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.
  5. Carrot dipotong halus (mcm bantang mancis) kemudian goreng hingga nampak crispy. Angkat & alaskan dengan kitchen roll untuk serap minyak.
  6. 'Coat' kan daging tadi dengan tepung jagung, kemudian goreng hingga kekuningan atau masak. Angkat dah alaskan dengan kitchen roll untuk serap minyak.
  7. Kurangkan minyak lebihan menggoreng, gunakan sedikit sahaja untuk menumis. Tumis bawng putih hingga wangi, kemudian masukkan cili boh..sikitttt jerr.
  8. Masukkan juga sos tiram, cuka, garam & gula. Biarkan sedikit kering.
  9. Masukkan daging & carrot yang digoreng tadi. Kacau rata.
  10. Masukkan bawang & cili yang dihiris nipis. Immediately tutup api. Gaul semuanya. Siap untuk dihidang.

Vinageratte Coleslaw


Lagi sayur yang senang dari dapur saya..ala2 orang pemalas gituu..(malas nak mengemas lepas masak, ahakssss)
  1. Kobis, carrot & bawang diracik halus.
  2. Masukkan cuka, garam & gula,
  3. Gaul.
  4. Kalau suka boleh taburkan fresh parsley..untuk kelainan rasa..huhuuu