29 September, 2008

Raya Card

Thanks pada kawan2 yang sudi bagi kad raya, terharuu :) Wish you all the same 'Selamat Hari Raya & maaf Zahir Batin' from us 'Mr. & Mrs. Rezan :)


From Vin

From Lemongrass


From Ela


From Sweetlily


From Siti Khuzaimah

25 September, 2008

Badak Berendam

Tag Dari Ela

Ela bagi keje...saje la tuuu yerrr, kacau je kita nak buat kuih raya tauuu!! heeehee
  • link to your tagger and post these rules on your blog
  • share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
  • tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs (tak 7 pun takpe)
  • let them know they're tagged by leaving a comment on their blog

  • Kereta - Saya suka kereta saya sendiri. Buruk pun takpe. Like now..kereta merah ku ituuu...kalau saya out from sydney for few days..rasa macam rinduuu sangat kat si merah!
  • Kasut - Dulu masa zaman muda2..suka beli kasut color maler. Sekarang ni kalau diingat-ingat balik perangai dulu2 tuuu..rasa malu sendiri. Rasa membazir pun ye jugakk. Sekarang ni saya suka pakai kasut yang tutup seluruh kaki, ala2 macam boot. And lagi satu...kalau saya pakai kasut..mesti nak stokin :D haaaaa tang stokin niii..saya suka yang color maler & corak2 gakssss..cute!
  • Majalah - Saya suka majalah masak2 of coz!
  • Melancong - Sape tak suka kan...saya pun suka!
  • Gambar - Kami kalau pi melancong ke mana2..kami suka sangat amik gambar. Agaknyerr setakat ni..ntah berapa ribu gambar dahh yang kami simpan, semua in softcopy. Malas nak print..pasalnyerr..nanti balik Malaysia malas nak mengangkut. Sampai Malaysia nanti baru print out :D
  • Jeans - Walaupun 3-4 jeans...tapi saya suka yang satu tu jer! so asyik laaaa pakai yang satu tu! :D
  • Handphone - Buat masa sekarang ni saya pakai nokia. Model apa ntah saya pun dah tak ingat, sebab saya beli 4 tahun yang lepas. Lepas ni..kalau saya nak beli handphone, saya nak beli yang tak banyak features..setakat call & sms je kan..yang lain2 tu bukan guna sangat pun..so pikir2 balik..takyah laaa yang canggih manggih. heeeeee

sape lakkkk laaaa saya nak tag ni ekkkk.. :D wajib ker..? nanti ehh saya pi jenjalan rumah sesape..kalau sape lum dapat tag ni..saya bagi. :D

22 September, 2008

Tart Gulung

Panas lagi nihh..baru keluar oven! excited nak amik gambar ! 2 thumbs up for this excellent recipe. Tengok je recipe ni terus rasa nak cuba, dah takleh nak tunggu dahhh..inti memang dah lama standby dalam fridge. Check kat dapur..bahan semua ada, terus buat! Padahal tadi kat opis..punya laa cakap hari ni penat..balik nak tido..last2 buat tart! yehaaaaaa...Terima kasih Zaliana.

Crispy Citrus and Sesame Fish Fillets


Rupa nampak tak lawa, tapi rasa not bad...

  1. White fish fillet, potong bentuk & size macam fish finger.
  2. Sedikit cuka, garam, putih telur & sedikit tepung jagung - satukan semua.
  3. Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung jagung tadi..perap selama 15-20 minit.
  4. Satukan bijan putih & bijan hitam. Celup ikan tadi ke dalam bijan. Salut. Goreng dalam minyak panas sehingga garing.
  5. Sediakan lemon & honey sauce: Lemon juice, campur dengan honey, sprinkle garan & thyme.
  6. Drizzle sauce ke atas ikan..serve immediately.

21 September, 2008

Cendol

Cendol lagii! Ni kes tak puas hati la ni..! hehehehehee mggu lepas buat tak berapa jadi. Minggu ni pun tak berapa nak jadi gakkk..bentuk dia sontot2 hahaaahahaa! Tapi nampak elok sikit dari yang minggu lepas. Resepi kat sini.

Talam Suji - Mocha

Minggu lepas ada buat talam suji, tapi top dia lembik. Ada kat previous entry. Semalam cuba buat lagi..kali ni baru ngam!

**Bahan Atas**

3 cawan santan pekat
4 sudu besar tepung gandum
3 biji telor
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar mocha paste

**Bahan Bawah**

2 cawan tepung suji
6 cawan santan cair
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan gula
  1. Sediakan bahagian bawah dulu. Campur semua bahan untuk bahagian bawah, kacau supaya dia tak berketul. Saya blend je semua sebab nak senang. Tapis jika perlu. Kemudian kacau atas stove sehingga batter sedikit memekat. Jangan sampai keras, supaya kita senang nak spread batter dalam loyang.
  2. Sapukan sedikit minyak kat dasar loyang, kemudian tuang adunan bawah tadi, ratakan. Kemudian kukus sehingga adunan mengeras. (lebih kurang 15-20 minit)
  3. Sediakan bahagian atas. Campur semua bahan untuk bahagian atas. Saya blend & tapis supaya tak berketul. Kemudian tuang perlahan2 di atas adunan suji tadi. Kukus sehingga mengeras. (selama satu jam lebih).
  4. Tunggu sejuk baru potong.

** Ikut resepi mak, adunan atas tu terus tuang jer atas adunan suji. Tapi saya tak confident nak buat macam tu, takut lembik lagi. Saya kacau sekejap adunan untuk yang atas tu kat stove sampai memekat sikit, baru saya tuang atas suji. Kemudian baru kukus.

** Resepi asal mak, top dia tu patutnya pandan. Tapi saya sengaja bagi variety, tukar ke mocha.