23 January, 2008

Roti Jala

Kuah dalca yang buat hari tu tak habis2..nak buang sayang..terpikir pulak nak buat roti jala ni, boleh padankan dengan kari dalca yang ada tuu..lagi pun buat roti jala tak susah :D saya buat ikut resepi mak. Mak cakap, kalau nak buat ni..cuma gunakan:-
  • Tepung (ikut banyak mana kita nak buat)
  • Telur (untuk 1-2 cawan tepung, letak le telur sebiji)
  • Garam
  • Serbuk kunyit untuk bagi color
  • air secukupnya untuk bancuh
  1. Campurkan semua bahan, kepekatan mcm nak buat kuih ketayap/kuih gulung. Nak lagi senang, masukkan semua bahan dalam blender jerr..
  2. Pastu tirai dalam kuali dengan acuan roti jala

22 January, 2008

Port Stephen, Nelson Bay

Saje nak masukkan selingan..
Entry hari ni bukan aktiviti memasak..hehhehehehe
Ini aktiviti kami ahad lepas, beronggeng ke Padang Pasir di bumi Australia..
tak banyak aktiviti yang kami dapat buat, sebab kami sampai sana dah nak petang..
4WD tour fully booked, so kami buat tarragon..slide kat pasir ke tempat curam ke bawah..seronokkk. And nasib baik kami sempat buat camel ride..we were the last persons sebelum unta balik hehhehehe..habis je round and bila sampai je kat start point, hujan pun turun dengan lebatnyerr..Alhamdulillah..


















21 January, 2008

Kari Dalca

Saya buat kari dalca ni untuk makan ngan Nasi Pilaf. Dulu selalu tengok mak buat ni, saya pun cuba2 la pulak..dah banyak kali buat, jadi plak tu..so boleh le share kat sini..

  1. Mula mula, panaskan minyak. Kemudian tumis bawang, bawang putih, halia sampai wangi. (ada orang letak kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih, tapi saya tak letak)..so kira optional la tu..
  2. Masukkan pula cili boh sikit..anggaran ikut kepedasan yang kita nak..goreng sampai cili garing.
  3. Masukkan pula rempah kari daging, yang ini pun ikut banyak mana kari yang kita nak masak. Saya masak satu periuk kecik..letak 1 sudu besar penuh. Kalau kering, tambah air sikit, kemudian goreng lagi sampai naik minyak.
  4. Masukkan daging lebih kurang satu mangkuk. Mungkin boleh masukkan lebih kalau suka. Biarkan empuk.
  5. Masa daging dah separuh empuk, boleh masukkan sayur2 yang keras seperti carrot & kentang. Masak sampai empuk.
  6. Masukkan pula kacang (yang telah direndam & direbus sampai empuk terlebih dahulu).
  7. Masukkan santan. Santan ni jangan cair sangat & jangan pekat sangat..yang sedang2 ajerr..
  8. Masukkan sayur2 lain seperti kacang panjang, terung & cili. Masak sehingga sayur masak & sehingga santan nampak cantik.
  9. Last sekali masukkan tomato. Saya suka masukkan last sekali sebab tak nak bagi tomato tu benyek.
  10. Rasakan garam.

Nasi Pilaf

Mana mana blog saya pegi, nampak org cuba resepi Kak Nis, saya pun tak nak ketinggalan nak cuba. Senang nak buat dan sedap..memang berbaloi..timakasih Kak Nis..


Resepi asal Kak Nis bagi ialah untuk 2 kilo beras..tapi saya buat sikit jerr, jadinyer saya adjust le utk suitkan dengan sukatan beras saya yang sikit tuu. Kat bawah ni ialah resepi asalnya..
  • 2 kilo beras basmati, dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam, kemudian cuci & tos
  • 1 1/2 ketul butter
  • 2 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 6 biji bunga cengkih
  • 4 helai daun pandan, disimpul
  • 3 biji bawang besar, dicincang halus
  • Segenggam kismis kuning
  • air secukupnya
  • garam
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam daun pudina
  • Segenggam bawang goreng
  1. Panaskan periuk. Cairkan butter.
  2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih & daun pandan.
  3. Masukkan pula bawang besar & gaul lagi hingga wangi.
  4. Masukkan beras basmati tadi & gaul (Kak nis cakap, gaul pelan2 kalau taknak beras patah2) Goreng sebentar beras ini dengan teknik 'clockwise' hingga lah minyak dari butter tadi benar2 sebati dengan beras. Teknik ini akan menjadikan nasi menjadi berderai sebiji2 & tidak melekat antara satu dengan lain.
  5. Masukkan pula air ikut sukatan beras. Masukkan juga garam.
  6. Kecilkan api & tutup periuk, tanak lah nasi hingga masak.
  7. Apabila nasi sudah masak, tutup api & taburkan segala daun2, kismis kuning & bawang goreng.

Boleh makan dengan apa2 lauk kegemaran. Saya hidangkan dengan kari dalca, papedam & ayam bakar.

20 January, 2008

Caramel Sauce

Saya takde exact resepi untuk sauce ni. Saya selalu buat main agak2 jerr...rasa ikut kemanisan & kepekatan yang saya nak. Sebab kalau ikut resepi asal, boleh meninggal lepas makan..manis gilerr..resepi yang saya dah adjust ni pun still considered manis. Sauce ni saya buat utk makan dengan Pretzel, atau pun boleh cicah dengan buah2 or lain2 roti. Tapi one thing, makan ni cicah sikit2 jerr, so ok laa kalau manis sikit. Saya buat cara mcm ni..untuk dapat satu mangkuk kecil seperti dalam gambar.
  1. 3 sudu besar gula - saya panaskan sehingga jadi caramel
  2. Masukkan air - lebih kurang 1/2 cawan - kacau
  3. Masukkan butter - kacau sampai butter cair
  4. Dalam masa yang sama boleh masukkan 1 sudu madu (optional)
  5. Kacau selalu..sehingga dapat kepekatan yang kita nak. Kalau pekat sangat tambah air sikit.
  6. Tutup api..kemudian masukkan susu pekat manis, untuk dapatkan caramel color yang pudar sikit. (part yang ni pun ikut kemanisan yang kita suka)
siap!

19 January, 2008

Pretzel -Alma@myresipi

Rasa mcm ada mood nak makan Pretzel. Resepi Kak Alma ni memang dah lama dalam simpanan. Satu adun dapat banyak. Kalau ikut resepi dapat 8 ketul, tapi saya devided to 10 ketul..konon nak buat kecil sikit lerr. Tapi nyerr dapat besar jugakk..makan satu memang kenyang heheheee. Dulu dulu kat Malaysia, suka makan ni dengan Caramel Sauce.

Lepas buat repesi ni, terjumpa satu lagi resepi Aunty Ann's Pretzel. Ntah bila masa tah resepi tu ada dalam simpanan. Tiba tiba je ada dalam folder, nanti lain kali boleh cuba yang tu pulak. Ini resepi Kak Alma yang saya cuba semalam..



  • 1 ¼ cawan air
  • 1 bj kuning telur
  • 2 sdb gula
  • 1 sdk garam
  • 1/8 sdk lada sulah
  • 3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
  • 1 sdb yis segera
  • ½ biji putih telur campur ½ sdb air (glaze)
  • Sedikit bijan (topping)
  1. Masukkan semua bahan dalam breadmachine, guna dough setting.
  2. Rehatkan dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal.
  3. Keluarkan dari bekas dan letak atas papan/alas yg ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkn saiz pretzel yg lebih kecil).
  4. Bentukkan setiap satu bahagian seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bhg, panjangnya dlm 40cm). Rehat seketika.
  5. Ikat setiap satu dgn ikatan pretzel yg longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dgn campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30min, bakar dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
  6. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat (optional).

Patithat Thai

Seronoknya...kami ada tetamu minggu ni. Kakak Rezan & family from Denudine datang holiday ke Sydney. Budak budak cuti sekolah dia New Zealand sekarang, so dia bawa anak2 makan angin ke Brisbane, and further down to Sydney. Rasa seronok bila ada sedara mara datang jenguk kita..

Hari kedua mereka kat sini, kami bawa dia pegi Pathitat Thai, Bronte. Kenapa kami pegi sini?? Sebab mereka nak makan Thai Cuisine..and yang paling penting sebab kat Pathitat Thai ni kami boleh dok santai and borak lepas makan. Kalau pegi ke TOT Randwick or Sing Ha Coogee, lepas makan cepat2 kena keluar. Pasalnyerrr kedai tu kecik and org ramai sangat menunggu. Kita belum siap makan lagi..diorang dah sibuk2 nak clear meja..hahahahhahaahh

So kami decided pegi Pathitat Thai..selesa untuk kami. Makan kat sini considered sedap. I would rate them no 2 after Sing Ha Coogee. Tapi satu je lerr yang tak berkenan...dia serve manyakk lambat..hehheheheee