- Mula mula, panaskan minyak. Kemudian tumis bawang, bawang putih, halia sampai wangi. (ada orang letak kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih, tapi saya tak letak)..so kira optional la tu..
- Masukkan pula cili boh sikit..anggaran ikut kepedasan yang kita nak..goreng sampai cili garing.
- Masukkan pula rempah kari daging, yang ini pun ikut banyak mana kari yang kita nak masak. Saya masak satu periuk kecik..letak 1 sudu besar penuh. Kalau kering, tambah air sikit, kemudian goreng lagi sampai naik minyak.
- Masukkan daging lebih kurang satu mangkuk. Mungkin boleh masukkan lebih kalau suka. Biarkan empuk.
- Masa daging dah separuh empuk, boleh masukkan sayur2 yang keras seperti carrot & kentang. Masak sampai empuk.
- Masukkan pula kacang (yang telah direndam & direbus sampai empuk terlebih dahulu).
- Masukkan santan. Santan ni jangan cair sangat & jangan pekat sangat..yang sedang2 ajerr..
- Masukkan sayur2 lain seperti kacang panjang, terung & cili. Masak sehingga sayur masak & sehingga santan nampak cantik.
- Last sekali masukkan tomato. Saya suka masukkan last sekali sebab tak nak bagi tomato tu benyek.
- Rasakan garam.
21 January, 2008
Kari Dalca
Saya buat kari dalca ni untuk makan ngan Nasi Pilaf. Dulu selalu tengok mak buat ni, saya pun cuba2 la pulak..dah banyak kali buat, jadi plak tu..so boleh le share kat sini..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment