Rasa mcm ada mood nak makan Pretzel. Resepi Kak Alma ni memang dah lama dalam simpanan. Satu adun dapat banyak. Kalau ikut resepi dapat 8 ketul, tapi saya devided to 10 ketul..konon nak buat kecil sikit lerr. Tapi nyerr dapat besar jugakk..makan satu memang kenyang heheheee. Dulu dulu kat Malaysia, suka makan ni dengan Caramel Sauce.
Lepas buat repesi ni, terjumpa satu lagi resepi Aunty Ann's Pretzel. Ntah bila masa tah resepi tu ada dalam simpanan. Tiba tiba je ada dalam folder, nanti lain kali boleh cuba yang tu pulak. Ini resepi Kak Alma yang saya cuba semalam..
Lepas buat repesi ni, terjumpa satu lagi resepi Aunty Ann's Pretzel. Ntah bila masa tah resepi tu ada dalam simpanan. Tiba tiba je ada dalam folder, nanti lain kali boleh cuba yang tu pulak. Ini resepi Kak Alma yang saya cuba semalam..
- 1 ¼ cawan air
- 1 bj kuning telur
- 2 sdb gula
- 1 sdk garam
- 1/8 sdk lada sulah
- 3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
- 1 sdb yis segera
- ½ biji putih telur campur ½ sdb air (glaze)
- Sedikit bijan (topping)
- Masukkan semua bahan dalam breadmachine, guna dough setting.
- Rehatkan dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal.
- Keluarkan dari bekas dan letak atas papan/alas yg ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkn saiz pretzel yg lebih kecil).
- Bentukkan setiap satu bahagian seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bhg, panjangnya dlm 40cm). Rehat seketika.
- Ikat setiap satu dgn ikatan pretzel yg longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dgn campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30min, bakar dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
- Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat (optional).
1 comment:
Ok now I'm craving pretzels.
Post a Comment