08 January, 2008

MeXiCan MeATbaLL

Yang ni buat pagi tadi, bawak bekal pi keje hari ni. Best to serve with pasta, plain bread or steam rice. Pagi tadi breakfast saya makan ngan roti, untuk lunch plak saya gandingkan dengan pasta..letak avocado dip sket...huhhuuuuu..

Mexican meatball

  • 250gm mince chicken or mince beef
  • 1 biji telur
  • 1 labu bawang besar saiz besar - dadu kecil
  • setengah cawan coriender - cincang halus
  • dried oregano & basil
  • bread crumb secukupnya
  • setengah biji capsicum - dadu kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 tin tomato (whole peeled or crushed, will do)
  • garam, gula
  • minyak untuk menggoreng & menumis
  1. Satukan mince meat, telur, coriender, oregano, basil & setengah bawang (setengah lagi simpan utk tumis kuah). Masukkan juga bread crumb secukupnya supaya boleh form ball. Jangan lembik sangat.
  2. Goreng meatball & ketepikan
  3. Buat kuah - tumis bawang putih, bawang, capsicum sampai layu. Masukkan tomato dalam tin. (kalau suka boleh letak cili boh sikit, tapi resepi asal takde..& saya pun tak letak).
    Kalau kering sangat tambah air..masak hingga pekat & masukkan meatball. Biar kuah meresap dalam meatball seketika. done!



1 comment:

zaliana said...

nak try buat yang ni :D