24 April, 2008

Chicken Panang Curry


Resepi ni, kalau sekali pandang macam banyak jerr bahan, tapi tak susah masak. Buat paste, masak paste dengan daging, campur santan kemudian campur sayur..jon tengok detail recipe:
Bahan lain:
  • 8-10 biji cili kering (kalau tak nak pedas, boleh kurangkan)
  • 6 biji bawang kecil
  • 6 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil ketumbar
  • 1 sudu besar jintan manis
  • 1 sudu kecil lada sulah
  • 2 batang serai
  • 1 inci lengkuas
  • 6 batang daun ketumbar
  • 2 sudu kecil belacan
  • 2 sudu besar roasted peanuts

Bahan Lain:

  • Ayam
  • Santan
  • Sayur sayur - semua nyer sikit2 i.e capsicum, zuchinni, carrot, kacang buncis & brocolli
  1. Blend semua bahan, jadikan paste.
  2. Masak ayam dengan paste tadi sehingga ayam kecut.
  3. Tambah santan cair. Masak sehingga ayam empuk.
  4. Masukkan santan pekat.
  5. Masukkan sayur (mulakan dengan sayur yang paling keras, and akhiri dengan sayur2 lembut).
  6. Rasakan garam.
  7. Taburkan hirisan daun limau purut.

Tuna Bun


Resepi doh sama macam roti2 yang sebelum ni. Cuma tukar inti tuna kali ni. Campur je tuna dengan mayonis & squeeze dengan sedikit lemon. Resepi doh boleh dapat di sini.

Bahan doh:

  • 500 g tepung roti
  • 240 ml air
  • 20 g susu tepung
  • 1 biji telur gred A, dipukul sedikit
  • 80 g lemak sayur (shortening)
  • 100 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca teh yis segera
  • 1 camca teh bread improver
  • 1 camca teh bread softerner
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih button 'dough'. Start.
  2. Bila doh dah siap, tumbuk2, kemudian bahagikan kepada beberapa bulatan (ikut saiz roti yang kita nak).
  3. Rehatkan sekejap selama 10 minit.
  4. Isikan inti ke dalam doh, kemudian rehatkan selama 45 minit.
  5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 degree selama 7-10 minit,
    Bila masak, sapukan permukaan dengan mentega semasa panas.

Murtabak


Resepi asal doh ialah resepi roti canai dari Myresipi. Boleh check resepi kat sini.

Bahan Roti

  • 550 gm tepung gandum
  • **250 gm air
  • **1 egg-50gm
  • **3 Tbsp susu pekat manis-60gm
  • **1 tsp garam-6gm
  • **1 tsp butter/margerin-15gm
  • 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli

Bahan Inti Murtabak

  • Daging cincang
  • Bawang
  • Telur
  • Coriender
  • Serbuk kari daging
  • Garam masala
  • Garam
  1. Bancuh air, telur, susu pekat, garam & butter. Kacau hingga sebati masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung. Uli hingga jadi doh, rehatkan doh selama 10min.
  2. Uli lagi selama 5min. Ulang proses uli & rehat sebanyak3 kali. Lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal dan tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau lembik lg selepas 2nd time uli & rehat, tambah sedikit tepung (1 tbsp) .
  3. Buat bulat2 kecil 12-16 biji, lumur dengan margerine. Perap selama 3jam atau lebih.
  4. Boleh proceed process kibar. Kalau tak pandai kibar boleh tarik lebar2.
  5. Sediakan inti - dadu bawang, campurkan dengan bahan2 lain.
  6. Letakkan inti dalam tepung tadi, masak atas kuali dengan sedikit minyak. Tunggu sehingga masak.

21 April, 2008

Kek Lapis

haaaaa sape nak tolong jawab nihhhhh!! Batter yang asalnyer color purple tetiba tukar color hijauuu. Apa kesss nihhhhh???? Konon nak buat Yam Kek Lapis..perisa yam saya tu takde color. Since saya takde color purple, saya pun bancuh color merah & biru 3:1 respectively. Memang dapat color purple..cantekkkk jerr..! tapiiiiiiiiiiiiiiiii naper kek ini bertukar color hijauuu niii????? Sempena ituuu..saya bagi nama kek lapis ni "Kek Lapis Magic" instead! :D

Kek Kukus Pulut Hitam


Ada cerita di sebalik kek ni. Satu hari ada kawan bagi rasa makan kek kukus pulut hitam ni. Ingatkan kek coklat, sebab color mcm kek coklat. Tapi bila makan macam ada rasa lemak2..sedap! Rasa pulut hitam. Sejak dari tu saya asik la berangan nak buat..tapi tak jugak buat..sampai laaa si CMG buat ciffon pulut hitam. Saya pun terus terseruuu nak buat kek niiihhh hahhaaa!

Pulut Sushi


Idea dari Ct Azma, tgk dia buat cenggini..saya pun buat. Pulut & serunding digulung dengan seaweed. hmmm camana pun, saya lagi suka original sushi..hehehehheheh

Tag Buku Resepi dari Nita



Tag lagikk!!! si dari Nita pulakkk..ko mmg saje laa nitaaaa..psttt den takdo buku conteng2 macam hang punyo tuuu..omak den punyo buku ader laaa, tapi kat Msia. Dulu den tak suka masak2..sebab tu takde kesah nak amik buku tuuu :D

Dalam file ni den letak semua resepi yang print dari internet as well as resepi yang dapat dari roger mak. Mana yang conteng2 ngan tangan tu semua amik dari omak den!
Den teringin lahh nak tengok buku resepi 3 sifu yang berikut nihhh..tunjuk ehhh jgn tak tunjuk!

Tag dari CMG, Edaazman & Kak Pah

Tagging week ke apa nii?? asik kena tag jerr :( ni dari CMG, Edaazman & Kak Pah plakk, tak ape lahhh..asik entry recipe jerr boring jugak kan..jom kita panjang2kan tag ni!! hehehehe, next person..just link this tag to other friends, you may change the pic if you like..and keep this pic as a gift from me..jom kita tengok sape yang kenannn yeehaaaa!


This is another of those Linky Love game where you only have to tag 10 person in one post but still there is no actual limit (you can tag more if you want!). Once tagged, you have to copy paste the link in this post, and make them grow! Do not delete any of the links and be honest to yourself!
************************************************************
BennyLiew, RamblingMoo, Mum & Kids In Wonderland, Judelittle, Our mini blogsphere, Rooms in My Heart, http://janiceng.blogspot.com/, ChinNee, Jo-N, LadyJava's Lounge, Apples Of The Eyes, aNgRiAniWoRLd, persismutiara, my little family, LG a.k.a Lemongrass ,McTa ,manje ,nitta,yatt, mat gebu, S_Shamen, Siti Azma, Sweet Bobo, Mak Lang, Kak Pah Sherry, Lizah Zakaria, Dayang and Amy
next
The lucky person(s) I am going to tag is :-)

20 April, 2008

Tag dar Ctnik



Buat assignment Ctnik bagi..pokok ntah apa2..dah masuk autumn..pokok mcm hidup segan mati tak mau. Lagi2 pulak ujan jeee memanjang..hmm lantak ko la pokokkkk..

16 April, 2008

Kek Parutan Keju

Siaran ulangan. Dah buat kek ni previously..tapi kali ni tukar sikit resepi basic plain cake tu. Sebab sebelum ni guna 5 biji telur utk kek kecik sangat. So kalau nak double size, kena pakai 10 telur pulak. Thus, saya guna resepi lain sikit..taste better!

  • 6 biji kuning telur
  • 6 biji putih telur
  • 75gm mentega
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram plain flour
  • 60 gram tepung jagung
  • 50 gram air sejuk
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar ovalette
  • 1 sudu teh esen vanilla
  1. Pukul putih telur dengan sebahagian gula sehingga kental (meringue).
  2. Dalam bekas lain, pukul kuning telur dengan baki gula hingga kembang.
  3. Masukkan ovallette & vanilla.
  4. Satukan tepung dengan baking powder. ayak.
  5. Masukkan air & tepung berselang seli. kaup balik rata.
  6. Masukkan mentega yang telah dicairkan. Kacau rata.
  7. Grease loyang 8 inci. Bakar dengan suhu 150-160 celcius selama 35-40 minit. Atau bergantung kepada oven masing. (bakar sehingga masak).

Piri Piri Chicken

Kesedapan resepi ni bergantung kepada sauce nyer. Kalau sedap kuah..so sedap la masakan ni. Boleh juga try sauce ini on burgers and snacks too..!
  • Sediakan piri piri sauce terlebih dahulu, caranye..satukan kesemua bahan2 dibawah (kecuali minyak). Masukkan dalam food processor or blender. Process and adding minyak secukupnya untuk dapatkan paste cair.
  1. 285gm jar wood-roasted small whole peppers (as in the picture) - kalau tak jumpa..boleh ganti dengan jeruk capcicum, sama cara mcm buat cili jeruk jugaa..
  2. 2 biji cili merah
  3. 2 biji bawang putih
  4. 1 sudu kecil ground cumin
  5. 2-3 sudu minyak masak

  • 1 whole chicken..potong 4 atau 8. Bersihkan. Marinate dengan sauce sebahagian dari sauce piri piri sekurang-kurang nya satu jam, atau lebih. (longer is better).
  • Bakar ayam sehingga masak. Masa bakar..boleh lumur ayam dengan sedikit lagi sauce jika suka.
  • Campurkan cuka dan coriander ke dalam lebihan sauce piri piri tadi. Masukkan sediit garam & black pepper, to make a serving sauce.
  • Hidangkan dengan lettuce, timun, tomato, capcicum & lemon.

Tag dari LG

Nak buat homework LG bagi..boleh view kat album yang kat link yerr. Sape nak tengok..pi masuk je situ..then leh browse..cari lerr album accordingly..hehehe takpe ehh LG, saya buat cenggini..malu lerr nak letak terang2an kat siniii..

13 April, 2008

Sweet Potato Pie


Resepi dari majalah, resepi asalnye..serve pie ni dengan creame, tapi saya makan cenggitu jerr. Boleh buat size kecil2 OR letak one short in a big acuan, pastu leh potong masa nak makan...

  • 300gm tepung gandum
  • 180gm butter (sejuk) didadu
  • 1 biji kuning telur
  • 2-3 sudu besar air sejuk
  • **55gm gula perang **
  • **25gm rolled oats **(saya gantikan dengan nestum)
  • **60gm pecan **(pecah2 kasar)
  • **60gm butter **(suhu bilik)

Untuk filling:

  • 1kg keledek kuning (kumara) - direbus sehingga empuk
  • 20gm butter
  • 100ml fresh orange juice
  • 200gm gula perang
  • 2 biji telur (pukul sedikit)
  • 1 bij kuning telur
  • 2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil vanilla essence
  1. Satukan tepung dengan butter, gaul rata. Tambahkuning telur & air. Gaul lagi sehingga menjadi doh. Uli sedikit seupa mendapat permukaan yang licin. Rehatkan doh dah siap canai tadi ke dalam fridge selama 30 minit.
  2. Sementara itu, siapkan filling; satukan keledek dengan butter, mash sehingga smooth. Campurkan dengan orange juice, gula, telur, kuning telur, serbuk kulit kayu manis & vanilla. Mash lagi sehingga semuanya smooth. (Nak senang, masukkan semuanye dalam prosessor).
  3. Panaskan oven ke 200 degree celcius.
  4. Canai nipis doh, potong ikut size acuan. Rehatkan lagi ke dalam fridge selama 15 minit.
  5. Cucuk bahagian dasar pastry dengan garpu, kemudian lapikkan dengan baking sheet on top, then letak pemberat untuk elakkan pastry menggelembung semasa membakar (boleh letak beras, pastry weight).
  6. Bakar selama 10 minit. Kemudian keluarkan pemberat..turunkan suhu ke 180 celcius & bakar lagi selama 8 minit atau sehingga kekuningan.
  7. Sudukan filling ke dalam pastry base, ratakan. Bakar lagi selama 10 minit or until just set.
  8. Satukan bahan bertanda ** dalam bekas lain. Gaul sehingga semuanya combined. Letakkan bahan2 ini evenly over the pies. Bakar lagi sehingga keperangan.

12 April, 2008

Gulai Telur


Resepi mak saya. Selalu mak masak guna telur itik. Tapi sini tak sanggup lahh nak beli telur itik..mahaiiii. Pakai telur ayam je lahh, ok gak rasa dia. Saya tambah daun kunyit sebab nak test out pokok kunyit ku itewwwwww..dah boleh makan hasilnyerr pun..

  1. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk halus. (Kalau nak letak bawang merah sikit pun boleh, tapi saya tak letak).
  2. Masukkan dalam periuk, curahkan santan cair. Masukkan sedikit asam keping. Biar didih.
  3. Masukkan telur sebiji sebiji (tggu telur yang masuk dulu tu agak2 mengeras..baru masukkan yang berikutnya).
  4. Masukkan santan pekat.
  5. Racik halus daun kunyit, masukkan. (ikut la kita nak letak banyak mana..banyak2 pun sedap!)
  6. Biar didih sekejap. Rasa garam. Siap.

Slice Cheese Cake


Kek yang tak berapa menjadi..ntah mana silapnye :( Sepatutnya texture kek ini ringan dah gebu..tapi yag saya dapat, berat & mampat. Half bahagian atas, nampak mcm sponge sikit, tapi half bahagian bawah tu..mampat, macam talam suji... :(

10 April, 2008

Seafood Salad

Kebetulan..hehehe mama anis cakap pasal salad, kebetulan saya pun buat Seafood Salad :)
  • 300 seafood highlight
  • 1/2 biji bawang besar, dicincang/ didadu
  • 1 batang (kecil) celery - takde pun takperr
  • Capcicum hijau & merah dadu kecil (lebih kurang satu sudu besar each warna)
  • Creamy mayonis secukupnya
  • Parsley
  1. Seafood highlight tu dicelur sekejap. Jangan lama sangat. Celup2 jerr..
  2. Gaulkan dengan semua bahan. That's it!

07 April, 2008

Mee Rebus


Sedap je nampak mee rebus kat rumah LG hari tu..terliur. Kebetulan tofu pun ada kat rumah..so projek jalannn...maaf ler kengkawan, saya tak tahu mana satu mee rebus jawa, mee rebus biasa or mee jawa. Semua tu berbeza kerr..? Saya buat ni ikut resepi kawan bagi..sebab biasa makan mee rebus dia sedap..so tanya dia camana buat..

Kawan saya cakap..kalau nak sedap..boleh letak kentang rebus..tapi saya masa tu dah pandai2 beli keledek..so saya letak je keledek. Nothing much different..semua boleh!

Resepi kat bawah ni, yielding 4-5 serving..pandai2 lerr adjust yerr..

Untuk buat kuah:

  1. Keledek size kecil (lebih kurang 200gm) direbus sehingga empuk. Blend & ketepikan sementara.
  2. 3-4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, 2 batang serai (kalau besar, satu je cukup) dan setengah cawan udang geragau. Blend & tumis sampai wangi.
  3. Masukkan 2-3 sudu besar rempah kari daging. Biar sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air untuk kuah. (saya guna air rebusan keledek tadi). Reneh, biar didih.
  5. Setengah cawan taucu, dibilas. Kemudian masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau.
  6. Masukkan blended keledek tadi. Kacau.
  7. Masukkan bancuhan tepung gandum dengan air. (2 sudu besar tepung & 2 sudu air). Kuah akan jadi pekat.

Garnishing:

  1. Cili hijau potong bulat
  2. Telur rebus
  3. Taugeh
  4. Daun bawang
  5. Bawang besar dihiris nipis
  6. Tauhu dipotong
  7. Bawang goreng
  8. Limau nipis atau lemon

Assemble mee kuning dengan kuah, kemudian letak kuah, and garnish.

06 April, 2008

Moroccan Chicken


Asasnye, masakan ni lebih kurang macam ayam masak merah yang biasa kita buat tu..cuma resepi ni ada tambah beberapa jenis herba lain..

  1. Ayam dipotong ikut suka, bersihkan, tos.
  2. Boleh goreng ayam sebelum dicampur kuah, tapi saya prefer masak terus. So tak guna minyak banyak dalam masakan ni.
  3. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang.
  4. Tumis bawang putih & halia yang ditumbuk. Masukkan pula bawang besar yang dimayang. Tumis sehingga layu.
  5. Masukkan pula cili boh. Masukkan sedikit sahaja, sebab masakan ini not meant to be very hot!
  6. Masukkan serbuk cummin. Serbuk cummin ni bubuh banyak2 sikit..baru kick!
  7. Tunggu sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan ayam dan juga kentang.
  9. Kacau2..biarkan ayam keluarkan air sekejap.
  10. Masukkan cili sos. Masukkan air jika perlu.
  11. Masukkan dried basil & oregano. Masak sehingga kuah pekat dan cantik.

Kerabu Epal


Cincai style..tapi tambah selera makan dengan lauk camnii ;)) jom buat!

  1. Epal hijau, carrot dipotong julianne.
  2. Mayang bawang, cili.
  3. Gaul semua bahan. Rasa garam.
  4. Perah lemon.
  5. Taburkan ikan bilis tumbuk (jika suka)

Mexican Bun

Kalau sesiapa yang biasa ke KLCC shopping centre..mesti familiar dengan bun yang digelar 'roti boy'. Specially kalau kita keluar jer dari Putra LRT station, and walk towards to shopping centre..mesti akan jumpa dengan kedai yang jual roti ni. Baunyerr pun semerbak..ader lagi ke ekk kedai tu skrg ??? Resepi & cara buat boleh amik dari sini. Happy trying!

Baked Bread With Curry Filling

Buat untuk dinner malam tadi..kalau dah mcm gini gayanyerr..paham2 je lahh yerr..kes mim alif lam sin! Tak dapek den nak nulunnnn. Inti mmg dah siap ada dalam fridge malam tadi..saya tinggal assemble jerr, then bake!

Inti:
(ala2 macam buat intgi karipap tu haaa)
  1. Tumis daun kari (kalau ada). Masukkan bawang, bawang putih & halia. Biar sampai wangin
  2. Masukkan rempah kari. Biar sampai naik minyak.
  3. Masukkan daging cincang..kacau supaya daging tak bergumpal.
  4. Masukkan kentang yang telah didadu.
  5. Tambah air jika perlu. Masak sehingga daging & kentang empuk & kering.

Assemble:

  1. Roti putih secukupnya, celup ke dalam susu. Kemudian susun ke dalam acuan.
  2. Layer dengan filing curry tadi. Layer tebal2 sikit.
  3. Celup lagi roti dengan susu..cover filing tadi.
  4. Ambil telur secukupnya, campur sedikit garam masala, potong sedikit daun ketumbar. Godak..kemudian curahkan bahagian atas roti tadi. Ratakan. Bakar 160 degree sehingga keperangan (masak).

Mee Hoon Sup


Meehoon Sup cincai style..
  1. Daging seketul besar, direbus dengan sup bunjut. Rebus sehingga empuk. Tak perlu letak minyak as daging tu nanti akan mengeluarkan minyak.
  2. Masukkan sayur (sawi & carrot). Masukkan juga daun ketumbar.
  3. Rasakan garam.
  4. Sediakan kicap pedas. Tumbuk bawang putih dengan cili. Campurkan dengan kicap. Perah sedikit lemon. Rasakan garam & gula.
  5. Serve. Celur bihun sehingga lembut. Tuangkan kuah ke atas meehoon. Daging yang besar2 tadi dihiris. Taburkan bawang goreng & letak kicap pedas tadi.

05 April, 2008

Kari Kambing

Kari kambing..nak kena letak resepi gak kerr?? tak payah la kan...mcm masak kari biasa tu laaa..tapi kari ni saya tak letak santan nor susu. Rempah kari saya pakai tu pun..sedap lahh, cap burung nuri. Product Malaysia tauu, tapi masa kat Malaysia dulu, tak penah lakk nampak brand tuu. Rempahnyerr buat kuah cantik merah rasa rempah tu sedap!..saya masak ni tak letak cili pun.

Kek Lapis Permata Delima



Macam biasa lerr..kek lapis saya ni..pakai basic resepi dayang bagi. Then bagi2kan utk warna merah & hijau (amik sedikit ajerr), yang selebihnyerr biarkan warna asal. Pastu start ler melapis. Ikut susunan warna seperti dalam gambar. Lepas warna merah baru letak prune yang dah diisi dengan batter berwarna. Buat sampai habis. Untuk keterangan lanjut..tanya kat cikgu kek lapis kita..sape lagi kalau bukan dayang hehehehee timakasih dayang! ppstttt..timakasih bahasa Sarawak cakap camana ehhh??? :D
p/s..dayang cakap, nama kek ni lain..so tukar as advised. Tapi kat gambar ni la plakkk...halal la yerr..malas nak edit dahh ;))

Caramelised Onion & Slow Cooked Lamb Sandwich


Caramelised onion ni..sedap kalau layan ngan roti mcm ni..or letak dalam burger. Tak caya kaluuu..cuba buat!
  • Mayang bawang, kemudian masukkan dalam kuali..spray dengan sedikit sahaja minyak.
  • Masak sehingga layu.
  • Masukkan gula..ikut tahap manis & ammount bawang. Biar sehingga gula melt & perang. Masukkan pula sedikit cuka. Masak sehingga kering.

Slow cooked lamb tuu..lagi la simple nak buatnyer. Bersihkan jerr lamb, rebus dengan air dalam dengan api kecil. Masukkan rosemary. Masak sehingga kering & empuk. Bila dah masak..carik2-carik kan, kemudian serve dengan roti & caramelised onion.

Seafood Paprik

Dah lama masak ni, tapi baru hari ni ada hati nak update blog nii. Masa tuu..hati rasa nak makan paprik..tapi seafood je ade kat rumah. Semua ada sikit2..so campur lahh semua, layannnnzzz
Macam masak paprik biasa..tapi gantikan dengan seafoon, instead of meat or chicken.

01 April, 2008

Kek Parutan Keju

Kek ni sebenarnya kek simple jerr. Basic plain cake, disandwich & dilepa dengan butter cream, and akhir sekali ditaburkan parutan cheddar cheese. Lots of cheese..sinful cake hahahahaaa! Yang menentukan kesedapan kek ini ialah jenis cheddar cheese yang digunakan. Sebolehnya cari extra tasty & cheesy.

Resepi kat bawah ini ialah untuk kek saiz kecil (8x4x3.5). Pada sesiapa yang nak buat besar, kena la double or triple kan resepi ni yerr :D

Cake:

  • 5 biji telur
  • 60gm gula halus
  • 75gm tepung gandum
  • 15gm tepung jagung
  • 1 1/2 sudu besar minyak
  • esen vanilla
  1. Asingkan putih & kuning telur.
  2. Pukul putih telur dengan sebahagian gula sehingga mengeras. (meringue)
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, baki gula dan esen vanilla sehingga kembang.
  4. Satukan putih & kuning telur. Masukkan minya. Kacau.
  5. Tepung yang telah diayak.
  6. Bahagi 2 adunan sama banyak..bakar sehingga masak (lebih kurang175 degree *10-12 minit)

Butter cream:

  • 150 butter
  • 150 shortening
  • 150gm icing sugar
  • 1 sudu susu segar
  1. Pukul semua bahan dengan kelajuan perlahan, sehingga bertukar menjadi cream

Cheddar Cheese - diparut

Assemble:

  1. Sandwichkan kek dengan cream, cantum. kemudian sapu lebihan cream ke seluruh kek. Coat semua.
  2. Taburkan parutan cheddar cheese ke seluruh permukaan kek yang dah disalut dgn cream tadi.