Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

22 April, 2012

Tudungssss


Assalamualaikum...

Amboiiiii lama nyeerr saya amik masa untuk update blog ni lepas the previous entry yerr. Adeihhh, ntah lerrr, punya laa lama tak update blog, sampaikan saya dah lupa camana nak post new entry. Ni tadi..terhegeh2, teragak2...sib baik leh catch up balik. 

Haaaa ni kali ni saya datang bawak tudung and kain2 untuk di jual. Baru nak berjinak2 je nii..sokong lahh saya yerr. Stok akan ditambah dari masa ke semasa. Beli laaaa hehehehe

Buat sementara ni, saya akan gunakan blog ni as a medium. Sikit hari lagi, saya akan create a new blog khas untuk jualan2 saya. Apa2 perubahan nanti, saya akan update kat sini..so rajin2 laa datang jenguk saya kat sini.

Sesapa yang berminat, boleh email saya or YM saya at s_shamen@yahoo.com utk my acct details dan alamat penghantaran. Harga di bawah TIDAK termasuk kos penghantaran. Apa yang saya nak mention kat sini, charge untuk penghantaran 1-4 tudung ialah RM7, moral nye..beli laaa lebih dari satu..sebab 'buy more and u'll save more' hehehheeee. Those di sekitar Nibong Tebal & Parit Buntar, boleh datang pick up, or we can meet somewehere.

okehhh, dipersilakan cuci mata...


TUDUNG 3D, brand Haziq (RM35.00/each)
L size, Awning, Kain sedap dipakai, terletak kat bahu.


 3D: Combination of red, blue, white, black
1 Available


 3D: Combination of purple, green, white, black
1 Available, 2 Sold


 3D: Combination of green, yellow, black, brown
1 Available, 2 Sold


3D: Combination of brown, white, black
2 Available, 1 sold




Tudung Plain, Brand Nur Kasih (RM48.00/each)
L Size, No awning, kain sejuk sedap pakai.




 Nur Kasih: Red
1 Available SOLD


Nur Kasih: Black
1 Available SOLD


 Nur Kasih: Purple
1 Available SOLD



Cotton Sulam (RM65.00/pair)
2M plain, 2M sulam


Cotton Sulam: Purple
1 Available

 
 Cotton Sulam: Peach
1 Available

 Cotton Sulam: Black
1 Available SOLD

 Cotton Sulam: Orange
1 Available

ok, tu jerrr stok untuk kali ni. Ada apa2 nak tanya, u can always contact me. Daaaaaa...

05 April, 2011

I'm back!!

Ya Allah, banyak nye sawang!! Nak sapu sawang jap!! Banyak lagi keje nak kena buat niihhh, rumah dah lama kena tinggal ler kata kan..nyapu, ngemop..ubah perabot mana yang patut..(kalau rajin lerrr) ;)) Ngemas-ngemas je nii...tak tahu lerr berapa kerap blog ni akan di-update lepas ni. Bergantung kepada tahap kemalasan tuan punya blog. Timakasih pada kawan2 yang masih lagi datang menjengok..ada jugak yang ingat kat saya yerr...sayang u all!

12 August, 2010

Salam Ramadhan

Salam Everyone..

Rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan Salam Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Saya mohon kemaafaan andai saya pernah mengguris hati mana2 pihak, perkataan atau perbuatan. Semoga kita sama2 akan mendapat barakah Ramadhan ini, dan semoga ibadah kita diterima Allah swt. Amin...

22 November, 2009

Water Roux

I found something new while jumping from blog to blog. It's quite interesting..I found numbers of bread recipe nowadays using the water roux - the thicken liquid of mixture of bread flour and water. Wondering how's the outcome of it..? I just couldnt wait to reach home and having my own kitchen back. Owhhh how I miss those activities of trying the new recipe and kitchen thingy.. :)

21 August, 2009

Salam Ramadhan

Salam kepada kawan2 and pengunjung2 my humble blog ini.

Esok will be the 1st day puasa in here (1st Ramadhan), thuss saya mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan selamat berpuasa kepada semua. Semoga sama2 kita pertingkatkan ibadah kita dan semoga ibadah kita pada ramadhan kali ini adalah lebih baik dari tahun2 yang lepas.

Tak lupa juga saya ingin memohon maaf kepada semua, andainya selama ini ada kesilapan saya lakukan secara sengaja atau tidak. Ramadhan Kareem!

17 July, 2009

Baby On Board


Salam to All,

I'm so sorry for taking so long to update this blog, and for not replying messages.
Picture tells i guess..yesss i would like to introduce our new family member 'Shahmeen Aqleena Bte Sheikh Abdul Rezan, born on 8th July 2009 @ 1.25 pm @ 2.945kg @ Royal Women Hospital, Randwick NSW, Australia. Do visit this site for more updates.

16 June, 2009

Lattice Roller Pastry





Owwhhhh I love this! It's pretty cool toy!
Can you guys see the picture of 'blueberry pie' on the packaging box? Someone in this house has already pastering me with that..sape lagi kalau bukan 'my-baby-besar' ni kann :D

08 January, 2009

Help!!!

Help......!!!!!!!!! Any idea why is that i can't upload any pictures into my blog???? I have tried several times..still failing :(

13 September, 2008

Grape Tomato

Saya lupa nak cerita pasal tomato ni :D last week saya pegi flemingtom market. Sana kan murahkan..& macam2 ada..sayur2, buah2,..2nd hand stuff pun ader. Kalau pi sana sebelum pukul 11.00 am, diorang ada jual fresh flower pun! Saya pegi sana last week..sebab saje2 jerr..konon nak cari seafood..tapi end up beli macam2..spent $50, tapi dapat macam2..balik dengan barang satu trolley!! hahaaaaa..

Back to tomato ni punya cerita..saya masa tu dah nak balik, dah nak keluar dari building tu pun. Sekali ada satu mamat ni jerit2 '$1..$1..!' Then rezan cakap 'Beli totamo tu..' Saya cakap dalam hati..'murah betul..!' sebab selalu tomato ni..satu punnet je at least $2 and even more expensive pun kadang2 tu. Saya capai 2 punnet and bagi orang tu coin $2. Then orang tu cakap 'take the lot darling'. Then saya cakap 'to much!'. Lepas tu saya tengok..orang2 sebelah saya angkut sekotak..sekotak. Saya macam pelik. Then saya tanya lagi '$1 for the whole lot?' Orang sebelah2 saya cakap 'yes!' Arghhhh saya pun angkut sekotak. hahahahhaaa sekotak tu ada 15 punnets! Balik rumah, saya bagi2 kan kat orang2 yang dekat dengan rumah saya..saya amik 4 punnet je, itu pun sampai hari ni lum habis! haaaahaaa

31 August, 2008

Selamat Menyambut Ramadhan


Ada ketikanya MATA silap memandang...
TELINGA salah mendengar....
LIDAH terlanjur berkata-kata....
FIKIRAN Khilaf menafsir dan....
HATI silap menduga....
Mohon MAAF atas segalanya
Marhaban Ya Ramadhan!.

Wish you 'Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga Kita Sama-Sama Akan Mendapat Barakah..'

Regards,
Shafidah Shamen & Sheikh Rezan

06 July, 2008

I'll Be Away Again..

Kawan-kawan, kita jumpa lagi mggu depan. I'll be away to New Zealand ada urusan kerja. Itu lahh sebabnya saya busy macam nak gila semenjak dua menjak ni. Hopefully lepas balik ni, everything will be back to normal. Sayonara & jumpa lagi! :D

10 March, 2008

Expandable Cake Tin

Sabtu hari tu, macam biasa, kalau saya pi ke Eastgarden..pasti singgah ke 'House' kejap. Kalau tak beli barang pun..saja pi tengok. Tapi selalunyerr pasti akan beli something.

Pegi yang baru ni..hati saya tergerak nak beli tin cake ni. Best tin ni, handy! Boleh panjangkan atau pendekkan. Saya selalu buat kek setengah adun..so memang sesuai sangat laa pakai tin ni. Kita adjust je laa..Pada sesiapa yang berminat dengan tin ni...mintak ampun ehh..tak dapek den nak menolong, pasalnyerrrr this the only unit yang tinggal. heheheh...

Lebar 3.45 inci

Paling pendek 6.5 inci


Boleh panjangkan up to 12 inci

06 March, 2008

Stone Fruits


Summer dah nak habis..winter datang lagi. Saya suka summer, sebab ada matahari..at least ada rasa warm. Dan lagi..bila summer datang, macam2 fruits keluar antaranya stone fruits & mango. Stone fruits ni ialah 'nama manja' untuk buah2 seperti cherries, peach, plum & nectarine. (ada lagi ke yang tertinggal ehh?). Dipanggil stone fruits sebab bijinya kat dalam tu yang keras macam stone. Dalam banyak2 ni..saya suka white nectarine, white peach & cherries. Yang lain2 tu, tak layannn sangat :D

Sekarang summer dah nak habis..buah2 ni pun dah berkurangan. Cherries memang dah tak nampak, yang lain2 tu masih ada lagi sikit2. Bila habis utk musim ni..kena tunggu hujung thn ni untuk merasa lagii :( itu pun kalau saya masih di sini lagi...

17 February, 2008

Roti Siput vs Hermit Crab

Ada persamaan tak dengan anak angkat kami si 'hermit crab' nihhh..hehheheheee


13 February, 2008

Pokok Kunyit ku..

Daun pertama dari pokok kunyit kuu..sronottttt...mintak2 hidup subur la kunyit ni yerrr :D


30 January, 2008

My adopted chilies & tumeric

Lydia must be very happy to see this!! Cili dah merah.. :D it looks great Lydia..

Saya adopted pokok ni dari Lydia sebelum dia flew balik Malaysia. Banyak pokok2 lain dia bagi..continental parsley, thyme, spring onion, mini bush basil, etc..

Masa ambik pokok cili ni dari Lydia..buah cili dah keluar..tapi still hijau. Lama betul nak tggu dia merah, hari hari saya jenguk...tooks about a month juga laaa nak bagi dia merah.

Yang bertunas kat bawah tu pulak..pokok kunyit. Selain tinggalkan pokok2, Lydia ada tinggalkan barang lain juga kat saya. Bahan2 masak yang tak habis..sayang nak buang, Lydia bagi kat saya. Dalam banyak2 tuu..ada terselit kunyit hidup. Saya jarang masak pakai kunyit..jadi saya biarkan je kunyit tu kat dalam plastic. Come to my surprised, kunyit tu bertunas..Saya pun simpan & tanam.

Dulu saya penah cuba tanam kunyit, tapi tak hidup. Sekarang baru saya tahu..kalau nak semai kunyit, simpan kat tempat lembab & humid. Sebab tu kunyit yang simpan kat dalam plastic tu boleh tumbuh.

Thanks ya Lydia for the tumeric. I'll have my tumeric plant very soon. I dont have to worry about buying tumeric leaave after this..but then winter is coming in 3-4 months time. I wish it would not do hibernation during that period :) wish me luck!


25 January, 2008

Marble Round

Recently jumpa bendalah ni masa browsing barang2 kat reject shop. Kotak kat luar tulis "Marble Round Lazy Susan - Organise your table for everyday use". So patutnya kegunaan barang ni untuk nak hidang ala2 mcm meja boleh pusing2 tuu...

Disebabkan saiznyer yang kecikk..cuma 12 inchi..saya pandai2 tukar kegunaan barang ni.. :D actually bukan tukar kegunaan..tapi kita pelbagaikan..Saya gunakan barang ni untuk buat round base deco cake pun!! hahahhahahaaa...boleh kan....?? senang nak deco cake..letak je kat atas tu...pastu sambil deco, sambil pusing..(elehhhh mcm le selalu deco cake yerrr :D)

Berat giler benda ni..tapi hati ku seronok dapat beli barang yag multipurpose camni. Marble uuuu...for only $9 berbaloi..

Surface..

Bottom..

22 January, 2008

Port Stephen, Nelson Bay

Saje nak masukkan selingan..
Entry hari ni bukan aktiviti memasak..hehhehehehe
Ini aktiviti kami ahad lepas, beronggeng ke Padang Pasir di bumi Australia..
tak banyak aktiviti yang kami dapat buat, sebab kami sampai sana dah nak petang..
4WD tour fully booked, so kami buat tarragon..slide kat pasir ke tempat curam ke bawah..seronokkk. And nasib baik kami sempat buat camel ride..we were the last persons sebelum unta balik hehhehehe..habis je round and bila sampai je kat start point, hujan pun turun dengan lebatnyerr..Alhamdulillah..


















10 January, 2008

Happy Birthday Eric..

Somebody has a birthday on 10th January 2008! Happy Birthday Mohd Eric Iskandar, my beloved nephew. He turns 3 years old today. Ada homemade birthday cake untuk Eric..mummy buat sendiri ni tauuuu..perisa mango & passion fruit.

pstttt..tak lupa juga, kek ni dedicated utk kawan kawan yang sambut birthday juga.. i.e mat gebu, kak pah, kak hani...sape lagi??? angkat tangan..! owwhhhh Azlita pun angkat tangan :D..selamat hari jadi semua..



Resepi kek ni dari olahan and experiments sebelum2 ni..tokok tambah and adjustments..

Kek span (saiz 20cm)
  • 5 biji telur saiz besar - asing putih & kuning
  • 120gm tepung gandum
  • 100gm gula (saya tak suka manis, kalau nak lebih manis, tambah sikit lagi)
  • sedikit vanilla essence
  • 2 sudu besar susu segar
  1. Bahagi 2 gula, separuh masuk kat kuning telur and separuh lagi kat putih telur.
  2. Meringue putih telur
  3. Pukul kuning telur sampai kembang
  4. Masukkan tepung yang telah diayak kedalam kuning telur, kemudian masukkan susu
  5. Masukkan putih separuh, kaup balik. Kemudian masukkan yang separuh lagi. kaup balik lagi.
  6. Bakar dalam oven 160-170 degree sehingga masak (lebih kurang 15 minit - 20 minit)

Krim

  • 600ml Fresh cream/thicken cream
  • 4-5 sudu gula, bergantung pada tahap kemanisan masing2
  1. Putar semuanya dengan mixer speed perlahan sehingga kental
  2. Hias kek dengan krim ikut kreativiti masing2.

Topping

  • Beberapa biji passion fruit
  • Setengah biji mango
  1. Blend mango jadi puree, passion fruit keluarkan isinye kemudian tapis air nyer. Satukan passion fruit dengan mango puree.
  2. Air passion fruit tu saya dilute dengan air sikit, kemudian saya sapukan antara kek span, sebelum saya 'sandwich' cream

Eric, on his 1st birthday..mummy was in Malaysia that moment..


Latest Pictures of Eric..sometime in middle 2007 i guess..

Big boy...miss you much!! mmuahhh..Eisya & Alia pun mummy&uncle rezan rindu juga...

09 January, 2008

Salam Maal Hijrah

Selamat menyambut kedatangan tahun baru Islam. 1 Muharram 1429 di Australia bermula selepas magrib hari ini (9 Januari 2008) . Alhamdulillah, kita masih lagi diberi kesempatan menyambut kedatangannya. Betapa cepat masa berlalu....

Sebaik-baiknya, sempena kedatangan tahun baru ini, kita memohon keampunan dari Allah atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan pada tahun lalu, dah hendaklah kita berusaha agar dosa-dosa tersebut tidak terjadi lagi di tahun yang akan datang. Mohonlah keampunan dengan membaca doa akhir tahun ada awal tahun. Marilah kita sama sama merebut peluang ini..kerana usia kita tiada siapa yang tahu...

Fadhilahnya, barang siapa membaca do'a ini dalam waktu tersebut maka syaitan berkata:
"Kesusahanlah bagiku, dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam (manusia) pada tahun ini".

Doa ku untuk diriku, suamiku, ibu bapaku, seluruh kaum keluargaku, serta seluruh kaum muslimin muslimat..semoga hari yang akan kita lalui di hadapan akan menjadi hari2 yang lebih baik dari hari sebelumya..sama -sama kita memperbaiki amalan kita untuk bekalan di akhirat & mutu kerja tugasan harian kita di dunia ini..aminn..