24 January, 2008

Burger Bun

Bawak bekal burger pi keje hari ni. Mesti tak sampai tengahari dah lapar..mesti teringat2 kat burger time keje hehehehe..burger bun buat ikut resepi Yani dari myresipi. Saya sandwich kan dengan smoked chicken, pickled cucumber, wild rocket salad, sliced onion & grape tomato. hohohooo..best! Timakasih banyak2 pada Yani for the recipe :D

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 1 biji telur
  • 170ml susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast
  • bijan
  1. Kecuali bijan, masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, ikut breadmaker instruction. Pilih dough setting.
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker, uli sikit untuk keluarkan angin.
  3. Bahagikan kepada 6 bahagian, dan bentukkan bulat. Rehatkan sehingga roti lembut & naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.

1 comment:

Cik Siti Wan Kembang said...

hehe shafidah..kita dah buat ..teruja tengok awak buat...