15 January, 2008

Roti Sandwich

Saje cuba buat roti resepi baru. Tengok roti kat blog Rozzan tu mcm cun jerr..rasa eager pulak nak try resipi baru. Ni la hasil yang saya dapat..jadi!!! tapi tak se'cun' roti si tuan punya resipi...timakasih ye abang rozzan :D

Resepi asal abang rozzan pakai 500g tepung. tapi saya adjust the whole recipi utk 'suit' kan dengan 400gm tepung jerr. Acuan saya kecik..kalau letak 500gm..nanti membuak2. Resepi asal abang Rozzan ni uli pakai tangan, tapi saya campakkan semuanyerr dalam breadmaker...sonang kojo den..:D


Roti Sandwich
  • 500 g tepung roti
  • 25 g gula kaster
  • 10 g garam
  • 7 g pemantap roti (bread improver)
  • 10 g yis kering
  • 25 g lelemak sayuran (vegetable shortening)
  • 20 g mentega
  • 260 ml airsedikit
  • mentega utk menggriskan acuan roti
  1. Campur tepung, gula, garam & pemantap roti. Gaul rata dgn tangan. Masukkan yis & gaul lagi dgn tangan.
  2. Masukkan mentega & lelemak sayuran. Gaul sebati dgn tangan.
  3. Tuang air sedikit demi sedikit & uli adunan sehingga menjadi doh lembut.
  4. Bulatkan doh, bungkus dgn plastik & rehatkan 20 minit pada suhu bilik hingga kembang.
  5. Tumbuk doh dgn tangan sehingga kempis untuk mengeluarkan udara.
  6. Gulung ketat doh utk mengeluarkan baki udara yang masih ada.
  7. Masukkan doh ke dlm acuan roti (18 cm panjang x 12.7 cm lebar x 11.5 cm tinggi) yang telah dilengser dgn sedikit mentega & tutup. Rehatkan doh lebih-kurang satu jam sehingga kembang & memenuhi 3/4 acuan
  8. Bakar roti pada suhu 200C hingga masak (lebih-kurang 35 minit)
Nota:Setelah roti siap dibakar, sapu mentega pada kesemua permukaan roti supaya kulit roti tu lembut.

2 comments:

Pushpa said...

Hello, nice looking bread. I just want to know if the bread stays soft and fresh the next day or two. The bread I make using the breadmaker will harden the next day and I need to steam again. Thanks and keep posting.

slupee said...

Terima kasih ya share resepi..saya try buat ye..