17 February, 2008

Roti Siput

Memandai mandai je bagi nama roti siput sebab tak tahu nak letak nama apa..resepi asalnyer dari yani (myresipi). Dia letak cream cheese, tapi saya ubah letak filling lain. Itu sebab namanye lain dari resepi asal. Since rupa dia macam siput, saya pun bagi nama 'roti siput' heheheee (mintak halal ye yani :-) )


Bahan roti:

  • 160ml susu segar @ 160ml air + 10g susu tepung
  • 230g tepung roti
  • 20g tepung gandum (saya tak letak tepung ni pun..100% tepung roti)
  • 30g butter
  • 20g gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • cornet (seperti gambar di bawah)

Bahan Filing:

  • Seafood stick/crab stick (dipotong kecil2)
  • sedikit udang (direbus dipotong kecil2)
  • mixed vege (yang kita guna untuk goreng nasi tu..)
  • mayonis
  • sedikit bawang (potong kecil2)
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. Pilih setting dough, tekan start button, biarkan bread machine siapkan doh :)
  2. Bila siap, keluarkan doh dari bread machine dan keluarkan angin dengan cara tumbuk2.
  3. Bahagikan doh kepada 8 bahagian & bulatkan. Rehatkan selama 10-15 minit.
  4. Ambik sebiji doh. Uli panjang 32-33cm. Kemudian lilit pada cornet. Buat sampai habis.
  5. Rehatkan lagi untuk penaik kan roti, sapukan sedikit kuning telur sebelum bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  6. Untuk siapkan filling, campurkan semua bahan, gaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam roti siput tadi. (boleh juga juga filling lain yang disukai..)

4 comments:

MyPeriukBelanga said...

sha...nk tnya kalu kita nk bakar mu-siput ni, besi nya nk kena tanggalkan tak?

Shafidah Shamen said...

kak nis, bakar sekali ngan cornet tu. Bila masak baru tanggalkan.. (ni pestime kakak aku nihhh bagi comment serious..selalu melawak je kejenyerrr ahakkkssss)

MyPeriukBelanga said...

sha kalu gitu knis nak kena bli ramai anak2 konet-cenonet tulah yer? mano lah aku nak cari mak konet yg blom menopos laeii ni eh....erkkk!!

Shafidah Shamen said...

kak nis..cornet tu pun mmg biasanyerr di ajual sekali setengah dozen!! nak tak nak kena beli 6..kak nis nak boli banyak mano???? hehee