27 February, 2008

Croissant

Saya cuba lagi buat croissant semalam. Macam macam resepi & method saya penah cuba. Tapi yang saya cuba semalam ni..nampak nyer berjaya..yehaaaaa.. jom kita try buat jom!

Dulu saya penah sumbang resepi croissant kat Myresepi. tapi semalam saya guna resepi lain..amik kat squidoo. Resepinya lebih kurang, kalau ikut nisbah, resepinya sama..cuma resepi baru nii portionnyer lebih kecil.

Method nak fold & shape pula, saya ikut seperti yang dalam video kat bawah ni. Ringkasnyer..resepi dough saya ikut resepi squidoo, tapi butter untuk laminate, saya ikut kaedah video. Butter yang digunakan ialah unsalted butter.


Below ialah hasil croissant yang saya dapat. :D seronokk!!!


Bahan Bahan Croissant:

  • 375gm tepung gandum
  • 1 cawan susu suam
  • 1/3 cawan gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil (penuh) yeast
  • 150gm unsulted butter atau lebih (untuk canai nipis & diletak di tengah2 doh)

Cara: (Sila rujuk video utk lebih faham)

Sediakan doh

  • Satukan susu dengan yeast, satukan bahan kering, kemudian combine bahan dan uli. Tapi saya satukan semua bahan termasuk yeast, kemudian masukkan susu. Uli sehingga semuanye bersatu dan dapat adunan yang licin.
  • Balut doh dengan plastik (dust dengan sedikit tepung sebelum balut utk elak melekat2). Simpan dalam fridge selama 8 jam atau semalaman.

Sediakan butter

  • Gunakan butter yang masih sejuk. Potong kecil. Ketuk dengan rolling pin kemudian canai senipis yang boleh
  • Tips 1: ketuk atas tepung utk elak butter melekat2 di papan pencanai).

Assemble butter & doh

  • Doh dicanai nipis bentuk 4 segi memanjang (rectangular).
  • Susun butter nipis tadi di atas doh, cover 2/3 doh. Sediakan border 1/2 - 1 inci keliling, untuk memudahkan kita seal butter. Tujuannya supaya butter tak terkeluar semasa kita canai.
  • Lipat 3 (rujuk video) kemudian seal.
  • Pusing 90 darjah, kemudian canai lagi, dapatkan betuk 4 segi memanjang (rectangular). Lipat 4 seperti buku (rujuk video).
  • Balut dengan plastik, kemudian simpan dalam fridge lebih kurang 8 jam, atau semalaman.

Bentuk/ shape

  • (Rujuk video) Doh di belah dua, canai, kemudian potong bentuk 3 segi.
  • Potong sikit bahagian tengah doh 3 segi tadi, supaya mudah nak jadikan bentuk lengkung.
  • Gulung dari bahagian paling lebar ke bahagian paling kecik, sambil menarik nipis bahagian kecil. Buat bentuk lengkung.
  • Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda, brush dengan eggwash.
  • Bakar sehingga masak (400F lebih kurang 20 minit atau hingga keperangan).

No comments: