13 February, 2008

Ikan Tongkol Masak 'Rendang'

Saya pi pasar, purposely car ikan tuna. Sebab teringin makan lauk ni..teringat mak masak macam ni. Kalau kat Malaysia, mak masak pakai ikang tongkol, tapi sini takde tongkol..so gantikan dengan tuna.. :)

Nama lauk ni 'rendang' tapi dia tak sama macam rendang pun..jom kita tengok resepinye :)
  1. Ikan tongkol dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Bersihkan.
  2. Rebus ikan dengan air yang sangat sedikit (rebus sekejap aje). Masukkan sekeping asam jawa dan sedikit garam semasa rebus.
  3. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng, bila minyak betul2 panas, masukkan ikan yangtelah direbus tadi. Goreng. Angkat dan ketepikan.
  4. Kurangkan minyak menggoreng tadi..kemudian tumiskan bawang putih & bawang merah yang telah ditumbuk. Tumis sehingga wangi.
  5. Masukkan pula cili boh (ikut tahap kepedasan masing2..) lauk ni kalau pedas sangat pun tak rasa kesedapan dia. Masak sehingga terbit minyak.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa, garam.
  7. Agak2 dah masak kuah tu..masukkan ikan goreng tadi..kemudian taburkan hirisan daun kunyit. kacau2 dan angkat. Siap!

No comments: