10 March, 2008

Seafood Pizza

Buat pizza ni pagi semalam, late breakfast aka lunch :D

Doh:

  • 200gm tepung
  • 100ml air suam
  • sedikit garam
  • 1 sudu besar gula
  • 1 1/2 sudu kecil instant yeast.
  1. Satukan semua bahan, uli sehingga licin. ATAU, saya satukan semua bahan, kemudian saya masukkan ke dalam breadmaker. (malas nak menguli..hehheee). Saya biar breadmaker uli dalam 10-15 minit.
  2. Keluarkan dah biarkan doh naik 2 kali ganda (lebih kurang setengah jam)
  3. Tumbuk2 keluarkan angin, then simpan lagi sekali biar lembut.
  4. Leperkan/canai menjadi 12 inci diameter. Rehatkan sekejap. lebih kurang 10 minit sebelum bakar.

Sos:

  1. Sementara tunggu nak bakar, kita siapkan sauce. Saya nak senang, saya bancuh ajer tomato sos secukupnya dengan dried parsley & oregano.
  2. Sapukan pada permukaan doh yang direhatkan tadi..kemudian bakar doh dengan suhu 180 degree sehingga kekuningan dibahagian tepinye.

Topping:

  1. Sapukan lagi sedikit sos, sikitttt jer (sebab sos yang bakar tadi kering sangat).
  2. Taburkan mozarella cheese.
  3. Taburkan seaffod pilihan.
  4. Taburkan bawang & capcicum.
  5. Lagi lots of mozarella cheese.
  6. Bakar sehingga masak. yuhuuuu siap!

No comments: