17 May, 2008

Kari Ketam


Resepi dari Myresipi, nasi kandar style. Resepi yang saya dapat ini untuk volume besar, restaurant size kot..tapi saya masak sikit, so saya adjust sket dari resepi asal..

  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan 3 sekawan kisar (3 sekawan ialah bawang besar + bawang putih +halia)
  • 4 pokok daun ketumbar
  • 5 biji tomato
  • segenggam 4 sekawan (4 sekawan ialah bunga lawang+cengkih+pelaga+kulit kayu manis)
  • 2 cawan cili kering kisar
  • 5 sudu serbuk kas-kas
  • 1/2 cawan udang kering kisar
  • 5 sudu rempah daging
  • 5 sudu rempah ikan
  • 2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 tin susu cair
  • gula dan garam secukup rasa
  • Ketam

Cara memasak pun saya ubah sikit, ikut cara biasa kita masak kari..

  1. Panaskan minyak. Masukkan bunga dengkih, lawang, pelaga & kayu manis.
  2. Masukkan bawang, bawang putih & halia. Masukkan juga udang kering. Tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan kesemua rempah ratus. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga naik minyak.
  4. Masukkan daun ketumbar dan tomato buah hiris.
  5. Masukkan air untuk kuah. Jangan banyak sangat air, as this recipe is meant to be sedikit pekat. Masukkan juga susu tadi.
  6. Masak sehingga kuah nampak 'masak' and cantik.
  7. Curahkan ke atas ketam yang telah digoreng dengan garam & kunyit terlebih dahulu. **boleh juga digantikan dengan lain i.e udang, sotong, ayam & others :)

No comments: