14 September, 2008

Keropok Lekor

Baru siap rebus..

Sebelum goreng..

Selepas goreng..tunggu kena ngap!
Saya takde measurement untuk resepi ni. Orang yang ajar saya cuma cakap macam ni:
  • Ikan dibersihkan, asingkan dari tulang & kulit. Saya guna blue mackarel.
  • Tumbuk ikan hingga lumat. Bila lumat, masukkan garam & beberapa ketulan ais. Saya masukkan ikan dalam food processor, blend. Untuk 350gm isi ikan, saya masukkan 4-5 ketulan ais.
  • Masukkan tepung sagu secukupnya. Uli sehingga mendapat dok yang lembut. Buat bentuk cylinder memanjang.
  • Rebus air yang banyak dalam kuali atau periuk besar (muat untuk merebus keropok ni). Biarkan air mendidih baru masukkan keropok. Kepokok akan terapung bila dah masak.
  • Angkat & sejukkan. Potong & goreng.

No comments: