05 January, 2008

Masak Lada Hitam

Anything will do..ayam boleh, daging pun boleh. Saya cuba ayam untuk kali ni..senang je nak prepare dish ni..lebih kurang macam masak kicap, bezanyer resepi ni guna lada hitam..so let's see..

  • Dalam satu bekas, pukul putih telur. Dalam bekas lain, sediakan tepung jagung
  • Masukkan ayam ke dalam telur, kemudian salutkan pula dengan tepung jagung
  • Goreng dalam minyak yang betul2 panas. Tak perlu lama, goreng lebih kurang seminit jerr..tujuan goreng tu cuma nak dapatkan lapisan tepung tu jerr..angkat dan ketepikan
  • Sediakan kuah..bahan2nyer sama mcm masak kicap. Bawang, bawang putih & halia ditumbuk/ blend kemudian tumis sampai wangi. Masukkan kicap & lada hitam. Lada hitam tu terpulang pada selera, kalau nak pedas masuk lebih
  • Masukkan air, lepas masuk air..terus masukkan ayam tadi. Reneh sampai ayam masak & kuah pekat.
  • Kuah akan pekat sendiri sebab kat ayam tadi ada tepung jagung.
  • Masukkan sayur2an jika suka, i.e carrot, capsicum, tomato etc..

1 comment:

MyPeriukBelanga said...

ooo..itu mcm ka shaa?? patut ler sedap giler! dh 40 taon idup laa ni baru taw ish ish ish....kalu kulit si matt tu kita bubuh putih telor celup tepung pun orait gak eh ahak *cabottt*