05 February, 2008

Orange Caramel Castard

Variasi Caramel..jom kita cuba!

Gambar caramel saya ni nampak kecik sebab saya buat separuh adunan dari resepi berikut:
  • 1 1/4 cawan gula caster
  • 1/4 cawan air
  • 300 ml cream
  • 1 cawan susu
  • 2 sudu kecil parutan kulit limau
  • 3 biji telur
  • 3 biji kuning telur
  • Orange slices utk hiasan
  1. Panaskan oven sehingga 160 degree celcius
  2. Sediakan caramel dengan cara memanaskan 1 cawan gula dalam periuk/kuali. Biar sehingga perang kemudian campurkan air. Masak hingga sedikit pekat, sejukkan & biarkan sementara.
  3. Masukkan caramel dalam bekas yang akan digunakan untuk bakar castard.
  4. Dalam bekas lain, satukan cream, susu, baki gula dan kulit limau. Panaskan atas api perlahan sehingga gula larut. Biarkan didih sekali, kemudian tutup api, sejukkan selama 5 minit.
  5. Pukul perlahan semua telur dalam satu bekas lain. Kemudian campurkan dengan adunan cream tadi.
  6. Masukkan ke dalam bekas yang siap bersama caramel.
  7. Bakar dengan kaedah water bath selama 35-40 minit.
  8. Biar sejuk, kemudian masukkan dalam fridge. Hidangkan dengan orange slice .

No comments: