10 February, 2008

Teh Masala

Variasi teh..indian style. Kat ofice ni ada satu staff tu selalu buat teh style ni untuk boss dia. Kalau dia boil teh, satu office bau..wangii :D kadang2 dia buat banyak..habis satu office semua merasa. Saya ni muka tak malu..mintak resepi dari dia..takkan nak minum yang dia buat je..ye tak?? Nak jugak cuba sendiri..

Rezan selalunye tak layan teh..apa lagi nescaffe. Supprisingly..teh ni dia suka pulak..heran aku!! Selalu benda2 berempah ni...dia suka tunjuk muka pelik! Hmmm lenkali boleh le buat lagi. Herba2 yang kita masukkan dalam teh ni..ada fungsi masing2. Kawan tu ada cakap hari tu...tapi den lupo..yang saya ingat, bunga cengkih untuk segarkan nafas dan juga turunkan tekanan darah tinggi. Kulit kayu manis untuk turunkan kadar gula dlaam darah. Ada lagi dia sebut yang lain2..tapi saya tak ingat. Yang penting...saya buat ni sebab saya baru makan petai..paham2 je la kan!! hehehhehe

Basic Teh Masala, untuk minum 3 orang:
  1. Didihkan setengah sudu jintan manis (fennel seed) & 7-8 biji buah pelaga (cardamon) yang dipecah2kan sedikit, bersama 2 cawan air. Masukkan 1 uncang teh, biarkan teh tu keluarkan warna teh yang pekat sekejap.
  2. Masukkan 1 cawan susu, biarkan didih. Bila mendidih, cepat2 padamkan api. Tambah gula ikut selera masing. (Kalau saya minum teh ni..saya suka yang tak berapa manis..baru syok rasa herbs tuu).
  3. Tapis dulu sebelum minum.

Atau pun..boleh juga simpan stock masala yang dah siap blend..bila nak minum..didihkan dengan teh. Yang ini pulak..resepi teh masala yang lengkap dengan herbs yang lain:

  • 2 genggam penuh buah pelaga
  • 1 genggam penuh jintan manis
  • sedikit bunga cengkih (lebih kurang 1 sudu besar penuh)
  • sedikit kulit kayu manis (3-4 batang)
  1. Blend semua herbs tu, simpan dalam bekas kering. Bila nak minum, sediakan ikut cara seperti dia atas.

3 comments:

siti said...

s_shamen..ceritalah sikit teh masalah ni bubuh rempah apa..hihi..

Shafidah Shamen said...

siti..dah letak resepi dah..semalam mood malas..letak gambar rajin, tapi nak taip malas heheee

alien said...

semalam baru minum
sedap gak la
first time rasa