02 March, 2008

Red Bean Stollen & Chrysanthemum Bread

Resepi dari Kak D. Dah lama 'mengidam' nak buat ni..tapi dari sehari ke sehari, lelama lupa. Baru2 ni, masuk blog Jo, nampak dia buat, terus berkobar balik semula!

Saya copy & paste resepi Kak D dari Myresipi, malas nak menaip, panjang sangat! :D **Total ammount tepung dalam resepi di bawah ialah 500gm, yielding 10-12 roti.

Bahan A

  • 350 gram tepung roti/high protein flour
  • 150 gram tepung halus/ tepung superfine
  • 100 gram gula
  • 1 sudu teh garam halus
  • 30 gram susu tepung
  • 1 sudu teh bread improver (optional)
  • 1 sudu teh bread softener (optional)
  • 4 sudu teh yis kering
    Gaul bahan di atas sebati
Bahan B

  • air
  • 1 biji telur kecil (pukul sikit)
    Campukan bahan di atas dan timbang supaya mendapat 265 gram

Bahan C

  • 40g butter
  • 40g shortening
    Boleh guna shortening atau butter sahaja
  1. Masukkan Bahan B kedalam A dan uli sehingga adunan licin.
  2. Masukkan Bahan C dalam adunan dan uli hingga adunan menjadi licin dan tak melekat ditangan dan bekas.
  3. Perap doh selama 30 – 40 minit.
  4. Tumbuk-tumbuk doh dan uli untuk keluarkan angina. Ini penting untuk menghasilkan roti yang tidak berongga besar didalam.
  5. ATAU cara lain masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, kemudian press 'dough' button & tekan start.
  6. Bila dah siap uli, bahagikan doh seberat 60 gram dan bulatkan doh. Rehatkan selama 10 minit.
  7. Sediakan inti kacang merah seberat 50gm setiap satu dan dibulat-bulatkan.Ketepikan.
  8. Canai doh, kemudian masukkan inti kacang merah
  9. Canai leper doh yang sudah diisi inti selebar lebih kurang 6-7 inci. Kemudian bentuk seperti gambar di bawah:

Cara membuat Red Bean Stollen

  • Dengan pisau tajam yang dicelup tepung, potong seperti buat jalur, tapi jangan putus, hanya permukaan sahaja.
  • Terbalikkan, gulung dan buat bentuk lengkung.

          Cara membuat Chrysanthemum Bread

          • Dengan pisau tajam yang dicelup tepung, potong doh sepeti dalam gambar.
          • Terbalikkan 'kelopak' ke atas.

          10. Rehatkan doh yang telah dibentuk selama lebih kurang 1/2 jam. Sapukan dengan telur sebelum bakar dengan panas oven 180 degree selama 20 minit atau sehingga masak.

          No comments: