02 March, 2008

Inti Kacang Merah

Saya sebenarnya cari resepi inti kacang yang macam jual kat kedai tu. Tanya orang sana sini.. last2 Noreen cakap, dia penah nampak Lydia bagi resepi inti kacang merah kat forum my resepi. And dia bagi link (saya dah tak simpan link tu..mana tahh). Still tak dapat tecture yang saya nak. Tapi rasa memang sedap! Thanks anyway to Lydia yang bagi tip kat forum & to Noreen yang bagi link forum, credit untuk both of them!


  1. 300gm kacang merah direndam semalaman.
  2. Cuci bersih, kemudian rebus hingga empuk, lebih kurang 40 minit hingga satu jam (bergantung pada jenis kacang merah). Jangan letak air sekali banyak, letak paras2 kacang, dah tambah air ikut keperluan. Masa blend kacang, kita tak nak air yang terlalu banyak.
  3. Blend kacang hingga jadi paste lembut.
  4. Dalam kuali lain, panaskan minyak masak, kemudian tumis sedikit bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis, sehingga wangi kemudian keluarkan dan buang penumis tadi.
  5. Masukkan 1/2 cawan hingga 3/4 cawan gula ke dalam minyak panas tadi, biarkan gula cair seperti kita buat caramel.
  6. Masukkan paste kacang merah tadi, kacau sehingga kering.
  7. Tambah gula jika perlu.
  8. Letak sedikit garam untuk tambah rasa lemak.


Sumber gambar di bawah ialah dari Myresepi, sumbangan DianaA. Pada sesiapa yang ada resepi untuk buat inti kacang merah mcm dalam gambar ni...jangan malu2 share yerr :D

No comments: