01 April, 2008

Kek Parutan Keju

Kek ni sebenarnya kek simple jerr. Basic plain cake, disandwich & dilepa dengan butter cream, and akhir sekali ditaburkan parutan cheddar cheese. Lots of cheese..sinful cake hahahahaaa! Yang menentukan kesedapan kek ini ialah jenis cheddar cheese yang digunakan. Sebolehnya cari extra tasty & cheesy.

Resepi kat bawah ini ialah untuk kek saiz kecil (8x4x3.5). Pada sesiapa yang nak buat besar, kena la double or triple kan resepi ni yerr :D

Cake:

  • 5 biji telur
  • 60gm gula halus
  • 75gm tepung gandum
  • 15gm tepung jagung
  • 1 1/2 sudu besar minyak
  • esen vanilla
  1. Asingkan putih & kuning telur.
  2. Pukul putih telur dengan sebahagian gula sehingga mengeras. (meringue)
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, baki gula dan esen vanilla sehingga kembang.
  4. Satukan putih & kuning telur. Masukkan minya. Kacau.
  5. Tepung yang telah diayak.
  6. Bahagi 2 adunan sama banyak..bakar sehingga masak (lebih kurang175 degree *10-12 minit)

Butter cream:

  • 150 butter
  • 150 shortening
  • 150gm icing sugar
  • 1 sudu susu segar
  1. Pukul semua bahan dengan kelajuan perlahan, sehingga bertukar menjadi cream

Cheddar Cheese - diparut

Assemble:

  1. Sandwichkan kek dengan cream, cantum. kemudian sapu lebihan cream ke seluruh kek. Coat semua.
  2. Taburkan parutan cheddar cheese ke seluruh permukaan kek yang dah disalut dgn cream tadi.

1 comment:

Dianne said...

sedaplah mtk half tu,ceh tamak nii,keh keh