06 April, 2008

Moroccan Chicken


Asasnye, masakan ni lebih kurang macam ayam masak merah yang biasa kita buat tu..cuma resepi ni ada tambah beberapa jenis herba lain..

  1. Ayam dipotong ikut suka, bersihkan, tos.
  2. Boleh goreng ayam sebelum dicampur kuah, tapi saya prefer masak terus. So tak guna minyak banyak dalam masakan ni.
  3. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang.
  4. Tumis bawang putih & halia yang ditumbuk. Masukkan pula bawang besar yang dimayang. Tumis sehingga layu.
  5. Masukkan pula cili boh. Masukkan sedikit sahaja, sebab masakan ini not meant to be very hot!
  6. Masukkan serbuk cummin. Serbuk cummin ni bubuh banyak2 sikit..baru kick!
  7. Tunggu sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan ayam dan juga kentang.
  9. Kacau2..biarkan ayam keluarkan air sekejap.
  10. Masukkan cili sos. Masukkan air jika perlu.
  11. Masukkan dried basil & oregano. Masak sehingga kuah pekat dan cantik.

No comments: