13 April, 2008

Sweet Potato Pie


Resepi dari majalah, resepi asalnye..serve pie ni dengan creame, tapi saya makan cenggitu jerr. Boleh buat size kecil2 OR letak one short in a big acuan, pastu leh potong masa nak makan...

  • 300gm tepung gandum
  • 180gm butter (sejuk) didadu
  • 1 biji kuning telur
  • 2-3 sudu besar air sejuk
  • **55gm gula perang **
  • **25gm rolled oats **(saya gantikan dengan nestum)
  • **60gm pecan **(pecah2 kasar)
  • **60gm butter **(suhu bilik)

Untuk filling:

  • 1kg keledek kuning (kumara) - direbus sehingga empuk
  • 20gm butter
  • 100ml fresh orange juice
  • 200gm gula perang
  • 2 biji telur (pukul sedikit)
  • 1 bij kuning telur
  • 2 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
  • 1/2 sudu kecil vanilla essence
  1. Satukan tepung dengan butter, gaul rata. Tambahkuning telur & air. Gaul lagi sehingga menjadi doh. Uli sedikit seupa mendapat permukaan yang licin. Rehatkan doh dah siap canai tadi ke dalam fridge selama 30 minit.
  2. Sementara itu, siapkan filling; satukan keledek dengan butter, mash sehingga smooth. Campurkan dengan orange juice, gula, telur, kuning telur, serbuk kulit kayu manis & vanilla. Mash lagi sehingga semuanya smooth. (Nak senang, masukkan semuanye dalam prosessor).
  3. Panaskan oven ke 200 degree celcius.
  4. Canai nipis doh, potong ikut size acuan. Rehatkan lagi ke dalam fridge selama 15 minit.
  5. Cucuk bahagian dasar pastry dengan garpu, kemudian lapikkan dengan baking sheet on top, then letak pemberat untuk elakkan pastry menggelembung semasa membakar (boleh letak beras, pastry weight).
  6. Bakar selama 10 minit. Kemudian keluarkan pemberat..turunkan suhu ke 180 celcius & bakar lagi selama 8 minit atau sehingga kekuningan.
  7. Sudukan filling ke dalam pastry base, ratakan. Bakar lagi selama 10 minit or until just set.
  8. Satukan bahan bertanda ** dalam bekas lain. Gaul sehingga semuanya combined. Letakkan bahan2 ini evenly over the pies. Bakar lagi sehingga keperangan.

2 comments:

Dayang said...

nampak mcm sedap jerrrrr,mtk ckit bleh?

Shafidah Shamen said...

amik lerrr dayang :P amik gambar tuuu heheehheee