12 April, 2008

Gulai Telur


Resepi mak saya. Selalu mak masak guna telur itik. Tapi sini tak sanggup lahh nak beli telur itik..mahaiiii. Pakai telur ayam je lahh, ok gak rasa dia. Saya tambah daun kunyit sebab nak test out pokok kunyit ku itewwwwww..dah boleh makan hasilnyerr pun..

  1. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk halus. (Kalau nak letak bawang merah sikit pun boleh, tapi saya tak letak).
  2. Masukkan dalam periuk, curahkan santan cair. Masukkan sedikit asam keping. Biar didih.
  3. Masukkan telur sebiji sebiji (tggu telur yang masuk dulu tu agak2 mengeras..baru masukkan yang berikutnya).
  4. Masukkan santan pekat.
  5. Racik halus daun kunyit, masukkan. (ikut la kita nak letak banyak mana..banyak2 pun sedap!)
  6. Biar didih sekejap. Rasa garam. Siap.

2 comments:

Cik Siti Wan Kembang said...

Daun apa tuh Fidah hang letak dalam gulai telur??.. kami wat.. simple kosong jerkk

Shafidah Shamen said...

ct...letak daun kunyit, hehehee memandai2 jerrr saya ni tambah2 bahan yerrkkk :D