21 May, 2008

Petola Tumis Air


Rasanya, ni antara resepi terawal yang saya cuba-cuba masak sendiri, masa zaman muda-muda dulu kot.. :D Saya jarang2 jumpa petola kat sini..sekali sekala kalau jumpa, saya suka buat mcm ni.

  1. Bawang putih & bawang merah & udang kering tumbuk. Jangan hancur sangat.
  2. Tumis dengan sedikit minyak, sehingga wangi.
  3. Masukkan air, (kuah).
  4. Biar didih. Kemudian pecahkan telur sebiji. Kacau untuk pecahkan telur.
  5. Bila didih lagi, masukkan petola.
  6. Masukkan pula fucuk & so'on yang telah direndam sekejap.
  7. Agak2 petola dah masak, boleh padamkan api.

No comments: