18 May, 2008

Cakar Ayam


Tetiba rasa nak makan. Macam ingat-ingat lupa, masa kecik2 dulu tgk mak buat. Saya cuba buat sendiri ikut logik :-)

  1. Keledek disagat, goreng hingga garing. Angkat & ketepikan. Goreng sehingga habis.
  2. Gula melaka dicairkan, campur dengan sedikit air. Kuantiti gula & air ni kena agak2...
  3. Sira keledek dengan air gula, gaul rata.
  4. Sementara masih panas, cepat2 bentuk. Sukahati nak bentuk apa. Kalau ikut tradisional, bentuknye bulat (guna tutup botol nescafe tu je senang). Biarkan sejuk & keras. Simpan dalam botol kedap udara.

1 comment:

Cik Siti Wan Kembang said...

saya sukaaa mendi ni Fidah... ala.. tapi cam susah je buat.keledek dah ler mahall..