19 July, 2008

Sambal Tumis Udang


Selalu masak sambal tumis , main lebur2 jerr..sebab nak cepat. Kali ni masak yang betul2 punya ikut resepi mak.
  1. Udang dibersihkan, buang kepala & kulit.
  2. Tumis bawang merah sehingga wangi, kemudian masukkan cili boh. Kuantiti cili boh ikut tahap kepedasan masing2. Masak dengan api yang sangat kecil sehingga cili garing dan naik minyak.
  3. Masukkan udang.
  4. Masukkan bawang besar yang dipotong baji.
  5. Masukkan sedikit air asam jawa. Rasa garam & gula.
  6. Masak dengan api kecil sehingga udang masak & kuah sambal tumis nampak cantik. pasti sedap!

No comments: