27 August, 2008

Solok Lada

Dah lama nak makan lauk ni..beli ikan dah lama, keluar masuk keluar masuk fridge je kejenyerr. Cili pun..dari color hijau, dah tukar color merahh. Nampak macam cerewet nak buat ni..tapi kalau well organised, kejap jerrr buatnyerr..nak seribu daya..ye dakk?? :D
  • 2 ekor ikan kembung - bersihkan & asingkan dari kulit & tulang. (ambil isinyer sahaja).
  • Tumbuk 3-4 ulas bawang, 2 ulas bawang putih & sedikit lada hitam hingga lumat.
  • Masukkan isi ikan - tumbuk lagi sampai hancur.
  • Masukkan segenggam kelapa parut (in my case, saya guna kelapa kering tu jerr) - tumbuk lagi sampai bersatu semuanyer.
  • Perahkan sedikit lemon, letak sedikit garam. Gaul rata.
  • Cili dibelah buat macam pocket, buang isi dalamnyer. Kemudian ambil sedikit isi ikan yang ditumbuk tadi, masukkan ke dalam cili. Buat sehingga habis.
  • Rebus cili2 yang telah disumbat tadi dalam santan cair, sehingga masak.

No comments: