03 October, 2008

Nasi Minyak


Nasi minyak saya buat ni, texture nasi nyer hancur laaa :( kalau buat lain kali..kena tukar method kot. Kena didihkan dulu air..kemudian baru masuk beras. Anyhow..ini cara & resipi yang saya gunakan baru2 ni:-

  • Panaskan minyak secukupnya, masukkan minyak sapi 2-3 sudu. Biarkan minyak sapi cair.
  • Masukkan rempah penumis (bunga cengkih, bunga lawang & kulit kayu manis)
  • Tumis bawang, bawang putih halia sehingga wangi.
  • Masukkan beras & air secukupnya. Masukkan serai ketk.
  • Masukkan susu cair. (untuk 2 cawan beras, saya masukkan setengah tin susu cair. since saya masukkan susu cair, saya kurangkan sukaan air untuk beras.
  • Masak sehingga nasi set.
  • Agak2 nasi nak masak..masukkan kismis, kacang gajus.
  • Boleh titik kan pewarna kuning, jika suka. Biar sehinga nasi betul2 masak.

p/s: next time..kena ubah sikit method..tumis semua bahan..masukkan air & susu secukupnya, biarkan mendidih, baru masukkan beras. Biar sehingga hampir2 masak, masukkan kacang gajus & kismis & pewarna.

No comments: