31 January, 2008

Classic Lasagne

Minggu ni melayan tekak cik abang bukan2..banyak request! hehehhehe ni haaa den dah buek kan yoo...

wokehhh ni resepi nyerr, yield for 8. Saya buat utk makan 2 orang..so saya kurangkan ammount bahan bahannya. Yang kat bawah ni ialah resepi asal:

Bahan sauce daging

  • 3 sudu butter
  • 1 labu bawang besar (besar) - potong dadu
  • 1 carrot - potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 3 biji bawang putih - cincang halus
  • 250ml dry red wine (saya tak bubuh..saya letak air putih jerr)
  • 2 tin 'italian diced tomato'
  • 2 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1/3 cawan fresh parsley - cincang kasar

Bechamel sauce

  • 2 littre milk
  • 2 bay leaves
  • sepotong kecil bawang
  • 185gm butter
  • 185g plain flour
  • 1/2 sudu kecil serbuk pala
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • Bahan lain: Lasagne sheet (18 keping), 90gm parmesan cheese (parut) & butter untuk grease
  1. Panaskan butter, tumis bawang & carrot smapai layu. Kemudian masukkan daging. Kacau selalu supaya daging tak bergumpal. Tunggu sehingga air daging kering.
  2. Masukkan bawang putih, tambah air sikit kalau kering sangat.
  3. Masukkan diced tomato, gula dan garam. Biar mendidih.
  4. Perlahankan api..biar reneh sampai kuah pekat. Masukkan pancetta dan parsley.
  5. Sediakan bechamel sauce : panaskan butter, masukkan tepung, kacau sampai sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan susu dan bahan2 lain. Kacau sehingga pekat.
  6. Panaskan oven 180 degree celcius..sediakan lasagne: grease acuan, spread bechamel sauce, letak lasagne sheet on top, followed by kuah daging. Buat 3 lapisan yang sama. Last sekali spread lebihan bechamel sauce kat lapisan paling atas. Taburkan parutan parmesan cheese.
  7. Bakar selama lebih kurang 45 minit atau sehingga lapisan atas keperangan (dan ada buble kat tepi2) - yang ini ada paham kaaaa????
  8. Wokehh itu sahaja....allow to stand for 15 minutes before cutting into serving portion :)

2 comments:

MyPeriukBelanga - Is BACK!! said...

sha,lawa mangkuk ayun lasagne tu, kenan den nk wat manantu leh ka? itu pun kalu mangkuk ayun tu dah baligh lerr ahak, ampuunnn...

Shafidah Shamen said...

apo plak mangkuk kak nisss...kan ke baking pan tuu..bekas bakar kek!! haahhaaaaaaa..mmg sah apa mat gebu cakap, overdose sentil!!! haahahaaa