09 February, 2008

Marshmallows

Projek hari sabtu... tetiba nak cuba recipe ni..senang rupanyerr buat nii, cuma everything kena cepat2..kalau takk habis semua melekat2 mcm chewing gum hahahhaaaa. Ini cubaan saya kali pertama, insyallah lepas ni nak buat lagi utk dapatkan bentuk yang lagii lawoo :D

Jom Kita tengok resepinyerr..

  • 1/4 cawan tepung jagung
  • 1/3 cawan confectioners sugar
  • 21 gm gelatin
  • 1/3 cawan air
  • 2/3 cawan gula
  • 1/2 cawan corn syrup (glucose syrup)
  • secubit garam
  • 1 sudu kecil vanilla essence
  • pewarna (optional)
  1. Ayak tepung jagung dengan confectioner sugar, kemudian ketepikan
  2. Satukan gelatin dengan air dalam periuk..biarkan rendam sekejap untuk 5 minit. Kemudian masukkan gula & panaskan dengan api kecil hingga gula larut.
  3. Dalam bekas besar yang lain, satukan corn syrup, vanilla, garam dan bancuhan gelatin tadi. Masukkan pewarna (jika suka) sebelum mula beat.
  4. Pukul dengan mixer dengan speed paling laju selama 15 minit atau sehingga peaks form.
  5. Masukkan ke dalam loyang/bekas yang disapu sedikit minyak (nipis) dan ditaburkan dengan campuran tepung jagung & gula tadi. Taburkan pada dasar & bahagian tepi bekas. (bekas lebih kurang 8X8 inci)
  6. Biarkan selama lebih kurang 2 jam atau sehingga marshmallows set.
  7. Potong dengan pisau basah atau terap dengan acuan pilihan.
  8. Dustkan lagi dengan tepung jagung tadi..dah biar marshmallow betul2 kering sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.
  9. Marshmallow can be kept for up to 1 month.

8 comments:

SA said...

envelope gelatin tu apa ...nak lah juga buat...bestnya ...

Shafidah Shamen said...

siti..1 'envelope' gelatine. confused yerr..ok lahh kita edit, takyah tulis envelope tu.. :D, jom buat..kita pekena dalam hot chocolate..urghhhhh nyamannn :D

SA said...

takde step bakar ke? konpiusnya saya yg beginner bab2 masak makanan mat salleh ni..hihi..

Shafidah Shamen said...

takyah bakar siti..letak dalam tray..marshmallow tu akan set in 2 hours..

umi_e said...

fida... kak e confuse masa 'beat' bahan tu... beat bahan tu dlm mangkok asing atau semasa atas dapur? Kak e ni slow sikit so kena clear bebenor hehehehehe

Shafidah Shamen said...

Kak E..keluarkan, beat dalam mangkuk lain. Mixture of gelatin with gula tu..kita campurkan dengan glucose, salt & vanilla, then baru beat (bukan dalam periuk)

SA said...

shafidah...saya ni lagi susah nak bayangkan kalu tak tengok..heheh..lenkali awak buat le lagi..ambik gambar step by step ya. saya dah lama teringin nak buat..kat German ni...mana ada marshmallows Halal..

Mrs Leman said...

hi shafidah..first time buat terus jadi ya? untung nye..
saya wat tak jadi..marshmallow tu dah biar 12 jam pun die still melekit2..tak kering2..pelik bin hairan betul..