Saje buat kaler maler..konon nak buat color bendera Malaysia (merah, putih, biru & kuning). Sekali terletak banyak la pulakk color merah & kuning tuuu..merah sangat la mak ngah..and kuning tu macam kuning apa ehhh??? ;)) Anyway..dalam 2-3 hari ni nak buat lagi, semalam makan tak puas..sebiji2 tu tak terasa masuk ke mulut hehhehehhe
- Cara nak sediakan tapai nasi:
- Ragi yang nak digunakan mesti dalam keadaan betul2 kering. Jemur dulu bawah cahaya matahari jika perlu. Peroikan kemudian tapis atau ayak sebelum digunakan untuk membuat tapai.
- 1 cawan nasi yang dah disejukkan digaul dengan sebesar ibu jari ragi. Gaul rata ragi sehingga melitupi semua nasi. Kemudian renjiskan sedikit sahaja air. Tutup rapat bekas & simpan di tempat yang warm selama 2 malam.
- Cara membuat apam:
- Satukan 250gm tepung beras (setengah kampit), 1 cawan tapai beras, 1 cawan gula, 1 cawan air, 1 cawan tapai beras & 1 sudu teh instant yeast. Blend semuanya. (saya guna cawan sukatan 250ml).
- Masukkan dalam bekas bertutup yang besar, simpan atau peram selama 4 jam. Bancuhan ini akan membuak dan mengembang, sebab itu perlukan bekas yang besar.
- Bila dah ready, panaskan kukusan. Panaskan sekali acuan.
- Just before kita kukus..masukkan sedikit eno ke dalam adunan, kacau rata. (untuk setiap 500ml bancuhan, masukkan setengah sudu kecil eno).
- Masukkan ke dalam acuan kecil2, kukus semalam 15 minit, atau sehingga masak. (jika menggunakan loyang besar, masa kukusan mungkin lebih lama).
- Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.
3 comments:
che mat, betul ke tapai beras yang digunakan tu 2 cawan?
Salam...saya nak tanya...klu tak taruh yeast leh tak...tapi saya buat tapi tak jadi cantik..merekah apam tu..nape yea...
Salam!...kalau saya tukar tapai nasi kepada tapai pulut ..boleh tak
Post a Comment