12 March, 2008

Apam Tapai Beras

Saje nak test out ragi yang ada kat sini, at the same time memang rasa nak makan apam tapai ni pun. Dulu selalu tengok mak buat, tapi tak tahu exact bahan. Apalagiii..roger!

Saje buat kaler maler..konon nak buat color bendera Malaysia (merah, putih, biru & kuning). Sekali terletak banyak la pulakk color merah & kuning tuuu..merah sangat la mak ngah..and kuning tu macam kuning apa ehhh??? ;)) Anyway..dalam 2-3 hari ni nak buat lagi, semalam makan tak puas..sebiji2 tu tak terasa masuk ke mulut hehhehehhe


  • Cara nak sediakan tapai nasi:
  1. Ragi yang nak digunakan mesti dalam keadaan betul2 kering. Jemur dulu bawah cahaya matahari jika perlu. Peroikan kemudian tapis atau ayak sebelum digunakan untuk membuat tapai.
  2. 1 cawan nasi yang dah disejukkan digaul dengan sebesar ibu jari ragi. Gaul rata ragi sehingga melitupi semua nasi. Kemudian renjiskan sedikit sahaja air. Tutup rapat bekas & simpan di tempat yang warm selama 2 malam.

  • Cara membuat apam:
  1. Satukan 250gm tepung beras (setengah kampit), 1 cawan tapai beras, 1 cawan gula, 1 cawan air, 1 cawan tapai beras & 1 sudu teh instant yeast. Blend semuanya. (saya guna cawan sukatan 250ml).
  2. Masukkan dalam bekas bertutup yang besar, simpan atau peram selama 4 jam. Bancuhan ini akan membuak dan mengembang, sebab itu perlukan bekas yang besar.
  3. Bila dah ready, panaskan kukusan. Panaskan sekali acuan.
  4. Just before kita kukus..masukkan sedikit eno ke dalam adunan, kacau rata. (untuk setiap 500ml bancuhan, masukkan setengah sudu kecil eno).
  5. Masukkan ke dalam acuan kecil2, kukus semalam 15 minit, atau sehingga masak. (jika menggunakan loyang besar, masa kukusan mungkin lebih lama).
  6. Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

3 comments:

kak T said...

che mat, betul ke tapai beras yang digunakan tu 2 cawan?

SaraLily said...

Salam...saya nak tanya...klu tak taruh yeast leh tak...tapi saya buat tapi tak jadi cantik..merekah apam tu..nape yea...

ZURINA BT HARITH said...

Salam!...kalau saya tukar tapai nasi kepada tapai pulut ..boleh tak