- Kacang dal dibersihkan, kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga empuk. Masukkan sedikit serbuk kunyit, untuk bagi color. Seeloknya, kacang dal direndam seketika sebelum rebus.
- Bila dah empuk, masukkan kentang & carrot, yang telah dipotong2. Rebus lagi sehingga empuk.
- Kemudian masukkan pula terung, juga yang telah dipotong. Juga masukkan cili yang telah dikerat2.
- Bila semuanya sudah lembut, dalam bekas yang lain, panaskan minyak. Kemudian tumis biji sawi, cengkih, kayu manis & bunga lawang. Masukkan bawang yang dimayang nipis, bawang putih & halia yang diracik halus. Kalau ada daun kari, masukkan sedikit. Tumis sehingga layu dan wangi.
- Tuangkan bahan tumisan ini ke dalam dah tadi. Kacau2, rasa garam. Siap.
- Sesuai dihidang dengan roti canai, murtabak, capati atau boleh juga dimakan dengan nasi. :)
29 March, 2008
Kuah Dal
Dulu saya penah post resepi ni kat myresipi.com. Buat kuah ni senang sangat, walau keje banyak camana pun, boleh sempat lagi siapkan kuah ni, sebab semua bahan main rebus jerr. Campak jer dalam periuk, last sekali baru tumis :) tak caya..jom tengok camana nak buat..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment