05 March, 2008

Roti Kacang Merah



Tak pasal2 buat roti inti kacang merah. Sebab inti lebih hari tu ada lagi..so buat je untuk habiskan stock inti. Resepi doh amik resepi CMG, resepi inti dari sini.
  • 500 g tepung roti
  • 240 ml air
  • 20 g susu tepung
  • 1 biji telur gred A, dipukul sedikit
  • 80 g lemak sayur (shortening)
  • 100 g gula halus
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca teh yis segera
  • 1 camca teh bread improver
  • 1 camca teh bread softerner
  • Inti kacang merah secukupnya
  1. Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker (kecuali inti kacang merah). Pilih button 'dough'. Start.
  2. Bila doh dah siap, tumbuk2, kemudian bahagikan kepada beberapa bulatan kecil. (resepi ini yielding about 20 buns).
  3. Rehatkan sekejap selama 10 minit.
  4. Isikan inti ke dalam doh, kemudian rehatkan selama 45 minit.
  5. Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 degree selama 7-10 minit,
  6. Bila masak, sapukan permukaan dengan mentega semasa panas.

No comments: