17 March, 2008

Yong Tau Fu Sauce

Cuma buat kuah sahaja..barang2 lain semua beli ready made :)
  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka
  • Bijan goreng
  • Gula(kalau kurang manis)
  • Sedikit garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 50 ml air
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
    setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  2. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
    setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  3. Masukkan garam dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  4. Masukkan bijan goreng.

No comments: