Bulan puasa ni, kepala saya asyik dok fikir nak makan kuih2 basah macam ni. Tak habis2 terkenang kat Pulut Serikaya ni. Merata2 saya cari recipe, last2 tanya kat mak..mak tahu buat rupanyerrr.. ampun makk!! heheheee
Lagi satu, bulan puasa ni..setiap kali call mak..asyik laa mintak recipe. Dulu2 lagi mak dah pesan suruh belajar buat kuih2 ni..nanti bila dah hidup sendiri boleh buat bila nak makan. Even sebelum datang sini dulu pun..mak dah suruh belajar, tapi saya eksennn masa tuu..hehehee now padan muka !
Care to share pasal 'art' kuih ni..(ni untuk sesape yang tak tahu je ehh..yang dah tahu..diam2! hehheheeee ampunnn!). Mak saya cakap, cara buatnye sama. Tapi 'seni' kuih ni ada berbeza sikit. Dari segi bahan, lebih kurang sama..cuma color nye lain & jenis gula yang digunakan lain.
- Pulut serikaya : Lapisan atas berwarna cokelat. Kita guna gula putih & gula merah. Lapisan atas lebih tebal dari dari lapisan pulut. And telur yang digunakan untuk buat serikaya lebih sikit kalau dibezakan dengan pulut serimuka.
- Pulut serimuka: Lapisan atas berwarna hijau. Kita guna gula putih sahaja. Lapisan atas lebih kurang sama tebal or sedikit rendah dari lapisan pulut. Telur yang digunakan kurang sedikit kalau dibezakan dengan pulut serikaya. Ada juga orang yang tak letak telur at all.
ok..lets see recipe mak saya ni..recipe ni boleh dapat satu loyang 8x8 inch:
Lapisan Bawah (pulut):
- 2 cawan tepung pulut (direndam -saya rendam 2 jam je)
- Santan cair secukupnya untuk kukus
- garam
Lapisan atas (serikaya)
- 3 cawan santan pekat
- 4 ½ sudu besar tepung gandum
- 1 ketul gula merah kerat2 & hancurkan
- ½ cawan gula pasir (adjust ikut kemanisan)
- 2 biji telur
- vanili (bagi hilang bau telur)
Method:
- Lapisan bawah: Pulut - lepas rendam, buang air rendaman, masukkan dalam bekas, curahkan santan separas dengan pulut. Masukkan garam sikit. Kukus sehingga masak. Mak pesan, selalu2 tengok pulut ni..and kacau2 sikit untuk pastikan pulut masak sekata.
- Bila pulut dah masak, masukkan dalam bekas yang dah disapu sedikit minyak (ni untuk pastikan pulut tu nanti tak lekat sangat masa nak keluarkan kuih dari loyang). Tekan pulut betul2 padat dalam loyang tu.
- Lapisan atas: Telur dipukul both gula dengan beater, sekadar nak hancurkan gula. Kemudian satukan bahan2 lain. Kacau semuanya untuk hilangkan 'lump'. Tapis jika perlu. Perlahan2 curahkan ke atas lapisan pulut tadi. Kukus sehingga masak (selama lebih kurang 1 jam).
- Biar sejuk baru potong.
**Pastikan air kukusan tak menitis ke surface kuih masa mengukus. Balut dengan kain lid pengukus jika perlu.
**Lepas saya buat pakai recipe mak ni..saya jumpa pulak yang nii...mesti cuba nih!!! Pulut Serikaya mcm ni laaa yang saya nakkk!
No comments:
Post a Comment