15 March, 2008

Kek Lapis

Kek Lapis..kali ni letak rempah. Dapat layer nipis..tapi garing la
pulakkkk. Takperr..nanti nak cuba lagi!

Lunch Combination dated 15 March 08 :)


Rasa nak makan lauk yang berkuah cair2 mcm gini..with somthing ada cili sikit & ada benda yang rangup sket..so, buat Tumis air kentang, seafood bags dengan sambal ikan bilis tumbuk.

Taco

Dinner malam tadi. Kes kepenatan & kemalasan. Beli taco kit..masak daging cincang letak taco seasoning, letak apa sayur yang patut. Dah makan..dok senyap2! heheheheh

Sambal Tempe & Ikan bilis

Ni kes tengok tempe & ikan bilis kat rumah org la niii.. :D

Jemput-Jemput

Pagi semalam bangun tido..terus teringat kat jemput2..heheheh. Bertahun dah agaknyerr tak makan jemput2 ni..lepas je semayang subuh, terus godak. Pagi2 buta makan jemput2 hehhehee..

12 March, 2008

Apam Tapai Beras

Saje nak test out ragi yang ada kat sini, at the same time memang rasa nak makan apam tapai ni pun. Dulu selalu tengok mak buat, tapi tak tahu exact bahan. Apalagiii..roger!

Saje buat kaler maler..konon nak buat color bendera Malaysia (merah, putih, biru & kuning). Sekali terletak banyak la pulakk color merah & kuning tuuu..merah sangat la mak ngah..and kuning tu macam kuning apa ehhh??? ;)) Anyway..dalam 2-3 hari ni nak buat lagi, semalam makan tak puas..sebiji2 tu tak terasa masuk ke mulut hehhehehhe


  • Cara nak sediakan tapai nasi:
  1. Ragi yang nak digunakan mesti dalam keadaan betul2 kering. Jemur dulu bawah cahaya matahari jika perlu. Peroikan kemudian tapis atau ayak sebelum digunakan untuk membuat tapai.
  2. 1 cawan nasi yang dah disejukkan digaul dengan sebesar ibu jari ragi. Gaul rata ragi sehingga melitupi semua nasi. Kemudian renjiskan sedikit sahaja air. Tutup rapat bekas & simpan di tempat yang warm selama 2 malam.

  • Cara membuat apam:
  1. Satukan 250gm tepung beras (setengah kampit), 1 cawan tapai beras, 1 cawan gula, 1 cawan air, 1 cawan tapai beras & 1 sudu teh instant yeast. Blend semuanya. (saya guna cawan sukatan 250ml).
  2. Masukkan dalam bekas bertutup yang besar, simpan atau peram selama 4 jam. Bancuhan ini akan membuak dan mengembang, sebab itu perlukan bekas yang besar.
  3. Bila dah ready, panaskan kukusan. Panaskan sekali acuan.
  4. Just before kita kukus..masukkan sedikit eno ke dalam adunan, kacau rata. (untuk setiap 500ml bancuhan, masukkan setengah sudu kecil eno).
  5. Masukkan ke dalam acuan kecil2, kukus semalam 15 minit, atau sehingga masak. (jika menggunakan loyang besar, masa kukusan mungkin lebih lama).
  6. Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

Sushi

Dah lama tak buat sushi and kebetulan ada smoked salmon kat rumah. (hehhehehe kalau raw salmon, tak sanggup mokcikk nak telan weiiii). Penat2 pikir apa nak makan, buat sushi je lah senang!


  1. Masak beras sushi ikut arahan packaging beras.
  2. Gaulkan vinegar sushi, juga ikut arahan packaging beras. Sushi vinegar dah siap gula dalam tu. Boleh juga gantikan dengan rice vinegar dengan gula, atau kalau takde juga..gantikan cuka biasa dengan sedikit garam & gula. Masa gaul ni..on kipas supaya dapat tolong cepat sejukkan nasi.
  3. Ratakan nasi di atas seaweed, letak filing yang disukai, gulung kemas, potong. That's it!
  4. Saya buat salmon & california sebab itu je bahan yang aderr :D