06 April, 2008

Baked Bread With Curry Filling

Buat untuk dinner malam tadi..kalau dah mcm gini gayanyerr..paham2 je lahh yerr..kes mim alif lam sin! Tak dapek den nak nulunnnn. Inti mmg dah siap ada dalam fridge malam tadi..saya tinggal assemble jerr, then bake!

Inti:
(ala2 macam buat intgi karipap tu haaa)
  1. Tumis daun kari (kalau ada). Masukkan bawang, bawang putih & halia. Biar sampai wangin
  2. Masukkan rempah kari. Biar sampai naik minyak.
  3. Masukkan daging cincang..kacau supaya daging tak bergumpal.
  4. Masukkan kentang yang telah didadu.
  5. Tambah air jika perlu. Masak sehingga daging & kentang empuk & kering.

Assemble:

  1. Roti putih secukupnya, celup ke dalam susu. Kemudian susun ke dalam acuan.
  2. Layer dengan filing curry tadi. Layer tebal2 sikit.
  3. Celup lagi roti dengan susu..cover filing tadi.
  4. Ambil telur secukupnya, campur sedikit garam masala, potong sedikit daun ketumbar. Godak..kemudian curahkan bahagian atas roti tadi. Ratakan. Bakar 160 degree sehingga keperangan (masak).

Mee Hoon Sup


Meehoon Sup cincai style..
  1. Daging seketul besar, direbus dengan sup bunjut. Rebus sehingga empuk. Tak perlu letak minyak as daging tu nanti akan mengeluarkan minyak.
  2. Masukkan sayur (sawi & carrot). Masukkan juga daun ketumbar.
  3. Rasakan garam.
  4. Sediakan kicap pedas. Tumbuk bawang putih dengan cili. Campurkan dengan kicap. Perah sedikit lemon. Rasakan garam & gula.
  5. Serve. Celur bihun sehingga lembut. Tuangkan kuah ke atas meehoon. Daging yang besar2 tadi dihiris. Taburkan bawang goreng & letak kicap pedas tadi.

05 April, 2008

Kari Kambing

Kari kambing..nak kena letak resepi gak kerr?? tak payah la kan...mcm masak kari biasa tu laaa..tapi kari ni saya tak letak santan nor susu. Rempah kari saya pakai tu pun..sedap lahh, cap burung nuri. Product Malaysia tauu, tapi masa kat Malaysia dulu, tak penah lakk nampak brand tuu. Rempahnyerr buat kuah cantik merah rasa rempah tu sedap!..saya masak ni tak letak cili pun.

Kek Lapis Permata Delima



Macam biasa lerr..kek lapis saya ni..pakai basic resepi dayang bagi. Then bagi2kan utk warna merah & hijau (amik sedikit ajerr), yang selebihnyerr biarkan warna asal. Pastu start ler melapis. Ikut susunan warna seperti dalam gambar. Lepas warna merah baru letak prune yang dah diisi dengan batter berwarna. Buat sampai habis. Untuk keterangan lanjut..tanya kat cikgu kek lapis kita..sape lagi kalau bukan dayang hehehehee timakasih dayang! ppstttt..timakasih bahasa Sarawak cakap camana ehhh??? :D
p/s..dayang cakap, nama kek ni lain..so tukar as advised. Tapi kat gambar ni la plakkk...halal la yerr..malas nak edit dahh ;))

Caramelised Onion & Slow Cooked Lamb Sandwich


Caramelised onion ni..sedap kalau layan ngan roti mcm ni..or letak dalam burger. Tak caya kaluuu..cuba buat!
  • Mayang bawang, kemudian masukkan dalam kuali..spray dengan sedikit sahaja minyak.
  • Masak sehingga layu.
  • Masukkan gula..ikut tahap manis & ammount bawang. Biar sehingga gula melt & perang. Masukkan pula sedikit cuka. Masak sehingga kering.

Slow cooked lamb tuu..lagi la simple nak buatnyer. Bersihkan jerr lamb, rebus dengan air dalam dengan api kecil. Masukkan rosemary. Masak sehingga kering & empuk. Bila dah masak..carik2-carik kan, kemudian serve dengan roti & caramelised onion.

Seafood Paprik

Dah lama masak ni, tapi baru hari ni ada hati nak update blog nii. Masa tuu..hati rasa nak makan paprik..tapi seafood je ade kat rumah. Semua ada sikit2..so campur lahh semua, layannnnzzz
Macam masak paprik biasa..tapi gantikan dengan seafoon, instead of meat or chicken.

01 April, 2008

Kek Parutan Keju

Kek ni sebenarnya kek simple jerr. Basic plain cake, disandwich & dilepa dengan butter cream, and akhir sekali ditaburkan parutan cheddar cheese. Lots of cheese..sinful cake hahahahaaa! Yang menentukan kesedapan kek ini ialah jenis cheddar cheese yang digunakan. Sebolehnya cari extra tasty & cheesy.

Resepi kat bawah ini ialah untuk kek saiz kecil (8x4x3.5). Pada sesiapa yang nak buat besar, kena la double or triple kan resepi ni yerr :D

Cake:

  • 5 biji telur
  • 60gm gula halus
  • 75gm tepung gandum
  • 15gm tepung jagung
  • 1 1/2 sudu besar minyak
  • esen vanilla
  1. Asingkan putih & kuning telur.
  2. Pukul putih telur dengan sebahagian gula sehingga mengeras. (meringue)
  3. Dalam mangkuk lain, pukul kuning telur, baki gula dan esen vanilla sehingga kembang.
  4. Satukan putih & kuning telur. Masukkan minya. Kacau.
  5. Tepung yang telah diayak.
  6. Bahagi 2 adunan sama banyak..bakar sehingga masak (lebih kurang175 degree *10-12 minit)

Butter cream:

  • 150 butter
  • 150 shortening
  • 150gm icing sugar
  • 1 sudu susu segar
  1. Pukul semua bahan dengan kelajuan perlahan, sehingga bertukar menjadi cream

Cheddar Cheese - diparut

Assemble:

  1. Sandwichkan kek dengan cream, cantum. kemudian sapu lebihan cream ke seluruh kek. Coat semua.
  2. Taburkan parutan cheddar cheese ke seluruh permukaan kek yang dah disalut dgn cream tadi.