Resepi doh sama macam roti2 yang sebelum ni. Cuma tukar inti tuna kali ni. Campur je tuna dengan mayonis & squeeze dengan sedikit lemon. Resepi doh boleh dapat di sini.
Bahan doh:
- 500 g tepung roti
- 240 ml air
- 20 g susu tepung
- 1 biji telur gred A, dipukul sedikit
- 80 g lemak sayur (shortening)
- 100 g gula halus
- 1/2 camca teh garam
- 2 camca teh yis segera
- 1 camca teh bread improver
- 1 camca teh bread softerner
- Masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, pilih button 'dough'. Start.
- Bila doh dah siap, tumbuk2, kemudian bahagikan kepada beberapa bulatan (ikut saiz roti yang kita nak).
- Rehatkan sekejap selama 10 minit.
- Isikan inti ke dalam doh, kemudian rehatkan selama 45 minit.
- Bakar dalam oven dengan kepanasan 180 degree selama 7-10 minit,
Bila masak, sapukan permukaan dengan mentega semasa panas.
No comments:
Post a Comment