12 April, 2008

Gulai Telur


Resepi mak saya. Selalu mak masak guna telur itik. Tapi sini tak sanggup lahh nak beli telur itik..mahaiiii. Pakai telur ayam je lahh, ok gak rasa dia. Saya tambah daun kunyit sebab nak test out pokok kunyit ku itewwwwww..dah boleh makan hasilnyerr pun..

  1. Cili api dan kunyit hidup ditumbuk halus. (Kalau nak letak bawang merah sikit pun boleh, tapi saya tak letak).
  2. Masukkan dalam periuk, curahkan santan cair. Masukkan sedikit asam keping. Biar didih.
  3. Masukkan telur sebiji sebiji (tggu telur yang masuk dulu tu agak2 mengeras..baru masukkan yang berikutnya).
  4. Masukkan santan pekat.
  5. Racik halus daun kunyit, masukkan. (ikut la kita nak letak banyak mana..banyak2 pun sedap!)
  6. Biar didih sekejap. Rasa garam. Siap.

Slice Cheese Cake


Kek yang tak berapa menjadi..ntah mana silapnye :( Sepatutnya texture kek ini ringan dah gebu..tapi yag saya dapat, berat & mampat. Half bahagian atas, nampak mcm sponge sikit, tapi half bahagian bawah tu..mampat, macam talam suji... :(

10 April, 2008

Seafood Salad

Kebetulan..hehehe mama anis cakap pasal salad, kebetulan saya pun buat Seafood Salad :)
  • 300 seafood highlight
  • 1/2 biji bawang besar, dicincang/ didadu
  • 1 batang (kecil) celery - takde pun takperr
  • Capcicum hijau & merah dadu kecil (lebih kurang satu sudu besar each warna)
  • Creamy mayonis secukupnya
  • Parsley
  1. Seafood highlight tu dicelur sekejap. Jangan lama sangat. Celup2 jerr..
  2. Gaulkan dengan semua bahan. That's it!

07 April, 2008

Mee Rebus


Sedap je nampak mee rebus kat rumah LG hari tu..terliur. Kebetulan tofu pun ada kat rumah..so projek jalannn...maaf ler kengkawan, saya tak tahu mana satu mee rebus jawa, mee rebus biasa or mee jawa. Semua tu berbeza kerr..? Saya buat ni ikut resepi kawan bagi..sebab biasa makan mee rebus dia sedap..so tanya dia camana buat..

Kawan saya cakap..kalau nak sedap..boleh letak kentang rebus..tapi saya masa tu dah pandai2 beli keledek..so saya letak je keledek. Nothing much different..semua boleh!

Resepi kat bawah ni, yielding 4-5 serving..pandai2 lerr adjust yerr..

Untuk buat kuah:

  1. Keledek size kecil (lebih kurang 200gm) direbus sehingga empuk. Blend & ketepikan sementara.
  2. 3-4 biji bawang merah, 2 ulas bawang putih, sedikit halia, 2 batang serai (kalau besar, satu je cukup) dan setengah cawan udang geragau. Blend & tumis sampai wangi.
  3. Masukkan 2-3 sudu besar rempah kari daging. Biar sehingga naik minyak.
  4. Masukkan air untuk kuah. (saya guna air rebusan keledek tadi). Reneh, biar didih.
  5. Setengah cawan taucu, dibilas. Kemudian masukkan ke dalam kuah tadi. Kacau.
  6. Masukkan blended keledek tadi. Kacau.
  7. Masukkan bancuhan tepung gandum dengan air. (2 sudu besar tepung & 2 sudu air). Kuah akan jadi pekat.

Garnishing:

  1. Cili hijau potong bulat
  2. Telur rebus
  3. Taugeh
  4. Daun bawang
  5. Bawang besar dihiris nipis
  6. Tauhu dipotong
  7. Bawang goreng
  8. Limau nipis atau lemon

Assemble mee kuning dengan kuah, kemudian letak kuah, and garnish.

06 April, 2008

Moroccan Chicken


Asasnye, masakan ni lebih kurang macam ayam masak merah yang biasa kita buat tu..cuma resepi ni ada tambah beberapa jenis herba lain..

  1. Ayam dipotong ikut suka, bersihkan, tos.
  2. Boleh goreng ayam sebelum dicampur kuah, tapi saya prefer masak terus. So tak guna minyak banyak dalam masakan ni.
  3. Tumis kulit kayu manis, bunga cengkih & bunga lawang.
  4. Tumis bawang putih & halia yang ditumbuk. Masukkan pula bawang besar yang dimayang. Tumis sehingga layu.
  5. Masukkan pula cili boh. Masukkan sedikit sahaja, sebab masakan ini not meant to be very hot!
  6. Masukkan serbuk cummin. Serbuk cummin ni bubuh banyak2 sikit..baru kick!
  7. Tunggu sehingga pecah minyak.
  8. Masukkan ayam dan juga kentang.
  9. Kacau2..biarkan ayam keluarkan air sekejap.
  10. Masukkan cili sos. Masukkan air jika perlu.
  11. Masukkan dried basil & oregano. Masak sehingga kuah pekat dan cantik.

Kerabu Epal


Cincai style..tapi tambah selera makan dengan lauk camnii ;)) jom buat!

  1. Epal hijau, carrot dipotong julianne.
  2. Mayang bawang, cili.
  3. Gaul semua bahan. Rasa garam.
  4. Perah lemon.
  5. Taburkan ikan bilis tumbuk (jika suka)

Mexican Bun

Kalau sesiapa yang biasa ke KLCC shopping centre..mesti familiar dengan bun yang digelar 'roti boy'. Specially kalau kita keluar jer dari Putra LRT station, and walk towards to shopping centre..mesti akan jumpa dengan kedai yang jual roti ni. Baunyerr pun semerbak..ader lagi ke ekk kedai tu skrg ??? Resepi & cara buat boleh amik dari sini. Happy trying!