31 August, 2008

Fruity Cheesecake



Resepi Cheesecake yang senang. Boleh letak apa2 je buah yang kita suka. Saya suka strawberry & kiwi. Kalau ada mango, lagi kawwww!!!
  • 1 and quarter cup sweet biscuit crumbs**
  • 80gm butter, melted**
  • 2 x 250gm cream cheese, softened
  • 3/4 cup sugar
  • 2 table spoon lemon juice
  • 3 tablespoon gelatine, disolved with 1/4 cup boiling water
  • 1 cup cream
  • 1 small bowl assorted fruit (your choice) - chopped
  1. Combine ingredients with ** for base. Press into 20cm springform. Chill.
  2. Beat the cream cheese and sugar using electric until smooth. Add lemon juice and gelatine mixture and beat until combined.
  3. Fold in cream & fruits.
  4. Pour filling into prepared base & refrigerate overnight.
  5. Garnish with the remaining fruits. Saya simbahkan sedikit dengan plain jelly atas buah2an tu, nak bagi buah tu melekat among themselves :) (Optional)

Gulai Daging & Rebung


  1. Cili api & kunyit, tumbuk sampai lumat. Masukkan dalam periuk & panaskan periuk.
  2. Masukkan daging. Biar air daging keluar & daging kecut.
  3. Masukkan santan cair, masak daging sampai empuk.
  4. Bila dah empuk, masukkan rebung & santan pekat & asam keping. Masak lagi sehingga santan masak.
  5. Rasa garam. Siap!

Yam Bun

Resepi bun amik dari Lydia. Memang lembut & gebu! Saya modified sikit..tambah yam essence & pupple color. Yam paste recipe boleh tgk kat previous entry.

Selamat Menyambut Ramadhan


Ada ketikanya MATA silap memandang...
TELINGA salah mendengar....
LIDAH terlanjur berkata-kata....
FIKIRAN Khilaf menafsir dan....
HATI silap menduga....
Mohon MAAF atas segalanya
Marhaban Ya Ramadhan!.

Wish you 'Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak & Selamat Menjalani Ibadah Puasa. Semoga Kita Sama-Sama Akan Mendapat Barakah..'

Regards,
Shafidah Shamen & Sheikh Rezan

30 August, 2008

Corn Muffin

Last muffin, before puasa kot. Saya selalunye buat mufifn ni untuk breakfast. Kalau bulan puasa..mana lalu nak makan muffin pagi2 buta yedakkk. Lagipun, sahur saya jarang bangun :D. Kot bangun pun..untuk minum air jerr. OK..jom tgk resepi corn muffin ni..beberapa kawan yang makan muffin ni..cakap sedap!
  1. 1 cup plain flour, 1/2 cup corn stach (yang kuning tu), 1/2 cup of sugar, 3/4 sudu kecil baking powder, 1 sudu penuh powdered milk - combined everything.
  2. 1/3 cawan minyak, 1 biji telur & 75-100ml air - bancuh semua, then pour into dry ingredient. Air tu depends, kepekatan batter mcm kita nak buat cekodok..
  3. Masukkan 1 tin kecil jagung (lebih kurang 1/2 cawan). Kacau.
  4. Bakar 180 degree sampai masak.

Apam Eno

Resepi ni amik kat Myrespi.com, resepi Kak Zara. Nape ekk..org lain buat semua 'tersenyum mekar' je apamnyer. Saya punya flat gitu! nape ehh? apa rahsia nyerr ek? Mak kata, kena panaskan dulu acuannyerr..dah buat pun tak mekar jugak! :(

Daging Masak Prune

Resepi amik kat rumah Dayang. Sedap, kuahnyer pekat, melekat2 kat daging..

Tweety Hug

Thank you Siti..this is so cute!

27 August, 2008

Solok Lada

Dah lama nak makan lauk ni..beli ikan dah lama, keluar masuk keluar masuk fridge je kejenyerr. Cili pun..dari color hijau, dah tukar color merahh. Nampak macam cerewet nak buat ni..tapi kalau well organised, kejap jerrr buatnyerr..nak seribu daya..ye dakk?? :D
  • 2 ekor ikan kembung - bersihkan & asingkan dari kulit & tulang. (ambil isinyer sahaja).
  • Tumbuk 3-4 ulas bawang, 2 ulas bawang putih & sedikit lada hitam hingga lumat.
  • Masukkan isi ikan - tumbuk lagi sampai hancur.
  • Masukkan segenggam kelapa parut (in my case, saya guna kelapa kering tu jerr) - tumbuk lagi sampai bersatu semuanyer.
  • Perahkan sedikit lemon, letak sedikit garam. Gaul rata.
  • Cili dibelah buat macam pocket, buang isi dalamnyer. Kemudian ambil sedikit isi ikan yang ditumbuk tadi, masukkan ke dalam cili. Buat sehingga habis.
  • Rebus cili2 yang telah disumbat tadi dalam santan cair, sehingga masak.

Yam Puff


I am seriously forgotten apa nama kuih ni. First time i saw this kuih, terus rasa nak cuba. Nampak kat blog sape tahh..betul2 tak ingat nih! Nama dia macam pelik..so bila nak search balik..dah tak jumpa. My chinese fren out there, any idea apa nama kuih ni?? if i'm not mistaken it's a chinese makanan.
Since search blog tu tak jumpa, resepi nye pun saya main bantai jerr. Ingat2 lupa..pastry sama macam buat karipap, cuma yam paste je yang lain. So i made the paste as follows:-
  • Yam - i cleaned, boiled to tender & mashed.
  • Heat some oil, then masukkan mashed yam tadi..then kacau sampai sebati semuanyerr. rasanyer, the purpose letak minyak ni, ialah untuk bagi paste tu kilat.
  • Masukka gula - ikut manis.
  • Masak sampai likat & kilat.
  • I did some modification by adding yam essence as well as the purple color :)

Lepas tu buat la macam karipap biasa, letak filling kat tengah2 & kemas kan tepinyer. Goreng.

25 August, 2008

Satay

Satay buatan sendiri! huhuuuuu seronokkk wooooooooo :D Nanti nak buat lagikk!

Muffin Secret

I would like to share something with you guys..on the secret of making muffins. I did the experiments for few times..and memamng menjadi, its time for me to share this with everyone!

I terbaca somewhere, totally forgotten the source. But it was on the secret of risen up the muffin. Sebelum kita bake muffin, make sure oven kita preheated. Panaskan ke tahap maximum, then as soon as kita masukkan muffin ke dalam oven, just lower the temperature according to recipe. Suhu panas tu nanti akan tolak muffin naik!

Lately, what i did when i'm making muffin, i will start with preheating the oven. so while i'm preparing the batter, oven pun dah cukup panas. Panaskan ke tahap maximum. Jangan takut2, takkan hangus :) Bila batter dah ready & dah siap masuk dalam muffin cup, saya pun put them into the oven, then i quickly lower the temperature. Normally to 180 degree celcius la kan. Then, bake macam biasa. Huhuuuuuu you guys pasti seronok tgk your muffin yang membuak2 tu! tak caya??? cuba laaaaa :P

Dear Vin,

I dont have the exact recipe, but basically..this is what i did to have that outcome! :
  • 1 and half cup of plain flour, 3/4 tsp baking powder, 1 heap spoon of powdered milk & half cup of sugar or less or more.. depends : combine everything
  • 1/3 cup vege oil, 1 egg, pandan paste : stir together.
  • combine the liquid & dry ingredients. Add some water more or less 75-100 ml.
  • cut some prune into small size, then put it in. Kacau just like u buat cekodok.
  • Bake 180 degree to set.

Awards

Terima Kasih pada kawan2 yang extend the award to me. Sorry la ye kawan2,,dah lama bagi, baru la dapat letak kat sini. Timasih pada CMG, kak E, kak Jun, Kak Ummi..ada sape2 lagi ke yang saya tak sebut?? tu laaaa dah lama sangat dahhhhh..baru hari ni sempat update & gantung kat sini.

Bear Hug, given by Vin from Canberra. Saya bukan je dapat bear..saya ada dapat orange cookies and milo cookies pun dari dia. Vin, i tak sempat nak amik gambar your cookies to put up here, i couldnt help myself..it's sedapppp..i makan sampai lupa hahahahahhah!

10 August, 2008

Carrot Cake

For the recipe, please click here!

Ikan Bakar

hhhh mmg dah lama nak makan ikan bakar mcm ni. Hari tu jumpa 'blue mackarel' ala2 macam ikan kembung. Kalau dapat ikan pari lagi sedap kan..tapi sini..tak penah jumpa pongggg! Eh jap nak tanya..ada rupa ikan kerr gambar kat atas tuu?? hahaaa

Saya main bantai je buat ikut bahan yang ade:
  • Kuah : Blend bawang, garlic, serai, belacan, cili, kuyit & coriender. Tumis sampai wangi, masukkan cili boh. Masukkan air asam, garam & gula secukup rasa. Masak api sederhana sehingga cili masak.
  • Ikan dibersihkan, kelar. Amik sikit tadi, gaul pada ikan. Bakar atas skillet (lapik dengan daun pisang & daun kunyit).
  • Bila masak, curahkan kuah yang lebih tadi, perah asam limau.

Tom Kha Ghai

hhahhaaa nama dia 'Tom Kha Gai'..tapi dalam gambar saya letak nama dia terbalik. Bantai le labuuu..malas hakuu nak membetulkan semulaaaaa..taramm je laaa.

Lately, saya addicted to this lauk. Sejak2 busy je ni..selalu dok pi makan kat kedai thai, asik laaaa order lauk ni..hmmm takleh jadi! I tried & google, jumpa pun resepinye! huhuuu taste like heaven! Cuba tgk resepi kat sini.

Meat Roll

Macam ingat2 lupa bahan2 buat roll ni. Sebab mggu lepas buat ni, dah le tu..bahan2 pun main ikut sedap hati jerr :D. Dalam 2-3 hari ni nanti nak buat lagi...sebabnyer hari tu testing buat 6 biji jerr..saya rasa sekerat jerr...lagi 5 setengah sape makan tah! tak hingat orang belakang langsung..hahahaaa sedap kerrrr ?? ;))
  • Sekeping besar frozen puff pastry, thawed & cut into 6 pieces
  • 300 gm daging cincang, bersihkan. Kemudian microwave sekejap lebih kurang 5 minit to let them half cooked.
  • 1 biji besar bawang (dicincang), 2 biji bawang putih, pepper, garam & herbs (saya letah thyme & basil). Semua bahan2 ini dikisar sekali dengan daging cincang tadi dalam food processor, sehingga semua sebati.
  • Bahagikan kepada 6 bahagian. Letak setiap satu di tengah2 1 of the puss pastry tadi. Gulung. Kelar2 sikit bahagian luar roll.
  • Sapukan dengan kuning telur.
  • Bakar dengan suhu 190 degree sehingga masak.