31 January, 2008

Classic Lasagne

Minggu ni melayan tekak cik abang bukan2..banyak request! hehehhehe ni haaa den dah buek kan yoo...

wokehhh ni resepi nyerr, yield for 8. Saya buat utk makan 2 orang..so saya kurangkan ammount bahan bahannya. Yang kat bawah ni ialah resepi asal:

Bahan sauce daging

  • 3 sudu butter
  • 1 labu bawang besar (besar) - potong dadu
  • 1 carrot - potong dadu
  • 500gm daging cincang
  • 3 biji bawang putih - cincang halus
  • 250ml dry red wine (saya tak bubuh..saya letak air putih jerr)
  • 2 tin 'italian diced tomato'
  • 2 sudu gula
  • 1/2 sudu garam
  • 1/3 cawan fresh parsley - cincang kasar

Bechamel sauce

  • 2 littre milk
  • 2 bay leaves
  • sepotong kecil bawang
  • 185gm butter
  • 185g plain flour
  • 1/2 sudu kecil serbuk pala
  • 1 sudu kecil garam
  • 1/2 sudu kecil lada sulah
  • Bahan lain: Lasagne sheet (18 keping), 90gm parmesan cheese (parut) & butter untuk grease
  1. Panaskan butter, tumis bawang & carrot smapai layu. Kemudian masukkan daging. Kacau selalu supaya daging tak bergumpal. Tunggu sehingga air daging kering.
  2. Masukkan bawang putih, tambah air sikit kalau kering sangat.
  3. Masukkan diced tomato, gula dan garam. Biar mendidih.
  4. Perlahankan api..biar reneh sampai kuah pekat. Masukkan pancetta dan parsley.
  5. Sediakan bechamel sauce : panaskan butter, masukkan tepung, kacau sampai sekejap dalam 1-2 minit. Masukkan susu dan bahan2 lain. Kacau sehingga pekat.
  6. Panaskan oven 180 degree celcius..sediakan lasagne: grease acuan, spread bechamel sauce, letak lasagne sheet on top, followed by kuah daging. Buat 3 lapisan yang sama. Last sekali spread lebihan bechamel sauce kat lapisan paling atas. Taburkan parutan parmesan cheese.
  7. Bakar selama lebih kurang 45 minit atau sehingga lapisan atas keperangan (dan ada buble kat tepi2) - yang ini ada paham kaaaa????
  8. Wokehh itu sahaja....allow to stand for 15 minutes before cutting into serving portion :)

30 January, 2008

My adopted chilies & tumeric

Lydia must be very happy to see this!! Cili dah merah.. :D it looks great Lydia..

Saya adopted pokok ni dari Lydia sebelum dia flew balik Malaysia. Banyak pokok2 lain dia bagi..continental parsley, thyme, spring onion, mini bush basil, etc..

Masa ambik pokok cili ni dari Lydia..buah cili dah keluar..tapi still hijau. Lama betul nak tggu dia merah, hari hari saya jenguk...tooks about a month juga laaa nak bagi dia merah.

Yang bertunas kat bawah tu pulak..pokok kunyit. Selain tinggalkan pokok2, Lydia ada tinggalkan barang lain juga kat saya. Bahan2 masak yang tak habis..sayang nak buang, Lydia bagi kat saya. Dalam banyak2 tuu..ada terselit kunyit hidup. Saya jarang masak pakai kunyit..jadi saya biarkan je kunyit tu kat dalam plastic. Come to my surprised, kunyit tu bertunas..Saya pun simpan & tanam.

Dulu saya penah cuba tanam kunyit, tapi tak hidup. Sekarang baru saya tahu..kalau nak semai kunyit, simpan kat tempat lembab & humid. Sebab tu kunyit yang simpan kat dalam plastic tu boleh tumbuh.

Thanks ya Lydia for the tumeric. I'll have my tumeric plant very soon. I dont have to worry about buying tumeric leaave after this..but then winter is coming in 3-4 months time. I wish it would not do hibernation during that period :) wish me luck!


Kerabu Ayam

Ada macam2 version kerabu ayam. Saya pun kalau buat, main tibai je ikut bahan apa yang ada kat rumah.

Saya buat kerabu ayam ikut cara ni:
  1. Ayam dibersihkan, potong kecik, kemudian direbus sampai empuk.
  2. Sediakan sayur2 seperti tomato, timun, cili, serai, daun coriander, daun kesum, carrot (saya lupa nak letak carrot) & bawang. Semua tu potong kecil2..
  3. Gaulkan semua, tambah lemon juice, fish sauce & garam. Siap

29 January, 2008

Mixed Mushroom & Baby Corn

Sesuai makan dengan nasi putih. Satu lagi sayur simple dari dapur saya.. :D

  • Button Mushroom
  • Oyster Mushroom
  • Baby corn
  • Bawang, Bawang putih
  • 1 biji cili merah
  • Sos tiram
  • Sedikit carrot potong halus mcm batang mancis
  • Coriander dipotong panjang2 (lebih kurang 1 inci)
  • Minyak untuk menumis
  1. Bawang putih, bawang merah & cili ditumbuk. Kemudian tumis sampai wangi.
  2. Masukkan baby corn, biar sekejap sampai baby corn lembut sikit.
  3. Masukkan sos tiram
  4. Masukkan pulak kedua dua jenis cendawan. Kacau2..perasakan garam.
  5. Bila dah tutup api, masukkan carrot & coriander. Kacau lagi sikit. Siap.

Nasi Goreng Cendawan

My Dear darling nak makan nasi goreng cendawan semalam. Beriya dia pi beli cendawan. Balik rumah, saya pun masak..Bila dah siap, dia tanya:

Rezan: nape tak macam nasi goreng cendawan kat kedai pun..?
Saya: aittttt ni bukan nasi goreng cendawan ke???
Rezan: Nasi goreng cendawan kat kedai tak hitam..cendawan besar2..tak payah koyak2kan..biar je sekeping2 camtu

hmmmmm iyo lahhh haiii..esok2 den buek kan laii yang tak hitam yoooo :D

Cara saya prepare nasi goreng cendawan yang 'hitam menawan' ni.. :D
  1. Bawang, halia & bawang putih ditumbuk, kemudian tumis sampai wangi, masukkan cili boh sikit (ikut tahap kepedasan masing2).
  2. Masukkan ayam, goreng sampai air dari ayam kering.
  3. Masukkan fish sauce, sos tiram & kicap.
  4. Masukkan nasi, kacau bagi sekata bahan2 tumis tadi dengan nasi.
    Last sekali baru masukkan cendawan. Saya guna cendawan tiram & cendawan butang. Saya masukkan last sekali sebab tak suka masak cendawan lama2..nanti lembik sangat

28 January, 2008

Fish Finger in Pocket


Kita pelbagaikan roti pita yang ader..nampak gambar org buat version macam ni dalam majalah...so saya pun buat untuk breakfast pagi ni. Simple, sedap & kenyang!!
Untuk buat ni, cuma perlukan:
  • Roti pita (buat macam pocket)
  • Fish finger (2 untuk setiap roti pita)
  • Daun2 salad
  • Tomato hiris
  • Carrot potong julienne
  1. Fish finger goreng, ketepikan
  2. Daun2 salad potong & masukkan dalam roti pita. Masukkan juga sayur2 lain & fish finger.

Bahan untuk sos:

  • Mayonis
  • Dijon mastard
  • Parsley (finely chopped)

Semua bahan tu sama banyak (kalau mayonis satu sudu..yang lain2 pun satu sudu). Bancuh semua, serve dengan roti pita tadi.

Roti Pita

Resepi cedok dari Erna - Myresipi. Kali ke 3 cuba buat roti ni baru lerr jadi..huhuuuuu seronokk!! Duluuu dekat setahun yang lepas, penah cuba buat ni..tak berapa nak mengembung. Sekerat leper sekerat kembung. Gambarnye pun tah mana2 dah agaknyerr...

Semalam pagi..hati tergerak nak cuba buat lagi..tapi takut2..so bancuh separuh adunan jerrr. Kalau bread maker tu boleh bercakap..agaknyer bread maker tu suruh uli sendiri jerr sebab sikit sangat tepungnyerr. Roti turn out leper..tak kembung langsung..flat habis.. hehhehehehh.. Tak puas hati betul bila tak jadi tuuhhh...jam tu jugak bancuh lagi separuh adunan. Kali ni baru le jadi...seronokkkk..yahoooo berjaya!!

Gambar tengah version leper..gambar bawah sekali version kembung...

Dah 3 kali experiment, baru le tahuu..buat roti pita ni, oven kena betul2 panas. 230 degree celcius. Buat kali kedua, yang jadi leper tu..pasalnyerr 2 minit pertama saya bukan oven..terus terkuncup :( anyhow..sape nak mencuba..ini resepinya..

  • 200g tepung roti
  • 50g tepung gandum
  • 150g air
  • 5g gula
  • 5g garam
  • 15g olive oil/minyak masak
  • 2.5g dry yeast
  1. Masukkan semua bahan ke dalam bread maker. Pilih setting untuk dough, tekan on button.
  2. Bila dah siap, keluarkan & tumbuk untuk keluarkan angin. Bahagikan adunan kepada 8. Buat bentuk bulat. Rehatkan selama 10 minit.
  3. Letakkan sedikit tepung di atas papan pencanai. Ambik satu adunan tadi. Canaikan biar jadi leper.. saiznya lebih kurang 13cm.
  4. Bila nampak dah naik sikit. Boleh bakar dalam oven pada suhu 230 degree selama 4 minit

27 January, 2008

Asam Pedas Ayam

Ini diaaaa...rezan masak semalam. Semenjak dua menjak ni..dia dah pandai makan rebung...so semalam dia senyap2 kat dapur..prepare ayam masak asam pedas dengan rebung!! :)) Pernah ke orang masak asam pedas letak rebung ek???

hmmmmm ada talent jugak dia ni masak. Rasa boleh tahan. Boleh bagi 3.5 star out of 5 !! Rezan cakap resepinye senang jerr..beli perencah asam pedas cap Brahim's. Masak ikut araham peket, hehhehehehe pastu boleh makan :D

26 January, 2008

Baby Bak Choy dengan Kulit Wantan

Lauk ni simple, tapi jadi kesukaan kami. Senang dimasak, sedap dimakan hehehehehe

Saya goreng sayur ni tak pakai bawang merah. Just tumiskan bawang putih, masukkan sos tiram, minyak bijan sikit. Masukkan air untuk kuah. Biarkan mendidih. Masukkan sayur. Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung sikit untuk pekatkan kuah. Masa nak hidang, taburkan bawang goreng & kulit wantan yang potong kecil & digoreng rangup. oopsss..sape suka pedas, boleh ketuk cili api & masukkan masa tumis. Senang je kan?? :D


25 January, 2008

Marble Round

Recently jumpa bendalah ni masa browsing barang2 kat reject shop. Kotak kat luar tulis "Marble Round Lazy Susan - Organise your table for everyday use". So patutnya kegunaan barang ni untuk nak hidang ala2 mcm meja boleh pusing2 tuu...

Disebabkan saiznyer yang kecikk..cuma 12 inchi..saya pandai2 tukar kegunaan barang ni.. :D actually bukan tukar kegunaan..tapi kita pelbagaikan..Saya gunakan barang ni untuk buat round base deco cake pun!! hahahhahahaaa...boleh kan....?? senang nak deco cake..letak je kat atas tu...pastu sambil deco, sambil pusing..(elehhhh mcm le selalu deco cake yerrr :D)

Berat giler benda ni..tapi hati ku seronok dapat beli barang yag multipurpose camni. Marble uuuu...for only $9 berbaloi..

Surface..

Bottom..

Burger Telur

Burger lagi!! :D sebabnye..burger bun semalam ada lagi 2 ketul..sape lagi nak tolong makan kalau tak kami berdua ni....hehhehe tukar selera sikit hari ni..jom kita buat burger telur :D

  1. Sebiji telur untuk setiap burger, pecahkan dalam mangkuk, tambah lada sulah & garam sikit.
  2. Pukul sikit telur tadi & dadar nipis.
  3. Sayur2 seperti kobis, carrot, timun, bawang, tomato - dipotong dadu/ hiris julienne (ikut selera masing2)
  4. Gaul sayur2, ambil sedikit & bungkus dalam telur dadar yang nipis tadi. Sebelum bungkus, boleh taburkan dengan lada sulah (jika suka).
  5. Sandwich kan pada burger bun. siap!

24 January, 2008

Burger Bun

Bawak bekal burger pi keje hari ni. Mesti tak sampai tengahari dah lapar..mesti teringat2 kat burger time keje hehehehe..burger bun buat ikut resepi Yani dari myresipi. Saya sandwich kan dengan smoked chicken, pickled cucumber, wild rocket salad, sliced onion & grape tomato. hohohooo..best! Timakasih banyak2 pada Yani for the recipe :D

  • 250g tepung roti
  • 15g butter
  • 20g gula
  • 4g garam
  • 1 biji telur
  • 170ml susu( jumlah sukatan susu campur dgn 1 biji telur)
  • 1 sudu kecil(3g) dry yeast
  • bijan
  1. Kecuali bijan, masukkan semua bahan ke dalam breadmaker, ikut breadmaker instruction. Pilih dough setting.
  2. Bila dah siap, keluarkan dari breadmaker, uli sikit untuk keluarkan angin.
  3. Bahagikan kepada 6 bahagian, dan bentukkan bulat. Rehatkan sehingga roti lembut & naik 2 kali ganda.
  4. Sapu/semburkan permukaan roti dengan air. Kemudian taburkan bijan. Bakar dengan suhu 180C selama 12-13 minit.

23 January, 2008

Roti Jala

Kuah dalca yang buat hari tu tak habis2..nak buang sayang..terpikir pulak nak buat roti jala ni, boleh padankan dengan kari dalca yang ada tuu..lagi pun buat roti jala tak susah :D saya buat ikut resepi mak. Mak cakap, kalau nak buat ni..cuma gunakan:-
  • Tepung (ikut banyak mana kita nak buat)
  • Telur (untuk 1-2 cawan tepung, letak le telur sebiji)
  • Garam
  • Serbuk kunyit untuk bagi color
  • air secukupnya untuk bancuh
  1. Campurkan semua bahan, kepekatan mcm nak buat kuih ketayap/kuih gulung. Nak lagi senang, masukkan semua bahan dalam blender jerr..
  2. Pastu tirai dalam kuali dengan acuan roti jala

22 January, 2008

Port Stephen, Nelson Bay

Saje nak masukkan selingan..
Entry hari ni bukan aktiviti memasak..hehhehehehe
Ini aktiviti kami ahad lepas, beronggeng ke Padang Pasir di bumi Australia..
tak banyak aktiviti yang kami dapat buat, sebab kami sampai sana dah nak petang..
4WD tour fully booked, so kami buat tarragon..slide kat pasir ke tempat curam ke bawah..seronokkk. And nasib baik kami sempat buat camel ride..we were the last persons sebelum unta balik hehhehehe..habis je round and bila sampai je kat start point, hujan pun turun dengan lebatnyerr..Alhamdulillah..


















21 January, 2008

Kari Dalca

Saya buat kari dalca ni untuk makan ngan Nasi Pilaf. Dulu selalu tengok mak buat ni, saya pun cuba2 la pulak..dah banyak kali buat, jadi plak tu..so boleh le share kat sini..

  1. Mula mula, panaskan minyak. Kemudian tumis bawang, bawang putih, halia sampai wangi. (ada orang letak kulit kayu manis, bunga lawang & cengkih, tapi saya tak letak)..so kira optional la tu..
  2. Masukkan pula cili boh sikit..anggaran ikut kepedasan yang kita nak..goreng sampai cili garing.
  3. Masukkan pula rempah kari daging, yang ini pun ikut banyak mana kari yang kita nak masak. Saya masak satu periuk kecik..letak 1 sudu besar penuh. Kalau kering, tambah air sikit, kemudian goreng lagi sampai naik minyak.
  4. Masukkan daging lebih kurang satu mangkuk. Mungkin boleh masukkan lebih kalau suka. Biarkan empuk.
  5. Masa daging dah separuh empuk, boleh masukkan sayur2 yang keras seperti carrot & kentang. Masak sampai empuk.
  6. Masukkan pula kacang (yang telah direndam & direbus sampai empuk terlebih dahulu).
  7. Masukkan santan. Santan ni jangan cair sangat & jangan pekat sangat..yang sedang2 ajerr..
  8. Masukkan sayur2 lain seperti kacang panjang, terung & cili. Masak sehingga sayur masak & sehingga santan nampak cantik.
  9. Last sekali masukkan tomato. Saya suka masukkan last sekali sebab tak nak bagi tomato tu benyek.
  10. Rasakan garam.

Nasi Pilaf

Mana mana blog saya pegi, nampak org cuba resepi Kak Nis, saya pun tak nak ketinggalan nak cuba. Senang nak buat dan sedap..memang berbaloi..timakasih Kak Nis..


Resepi asal Kak Nis bagi ialah untuk 2 kilo beras..tapi saya buat sikit jerr, jadinyer saya adjust le utk suitkan dengan sukatan beras saya yang sikit tuu. Kat bawah ni ialah resepi asalnya..
  • 2 kilo beras basmati, dicuci bersih & direndam selama 1/2 jam, kemudian cuci & tos
  • 1 1/2 ketul butter
  • 2 batang kayu manis
  • 4 biji bunga lawang
  • 6 biji bunga cengkih
  • 4 helai daun pandan, disimpul
  • 3 biji bawang besar, dicincang halus
  • Segenggam kismis kuning
  • air secukupnya
  • garam
  • Segenggam daun ketumbar
  • Segenggam daun pudina
  • Segenggam bawang goreng
  1. Panaskan periuk. Cairkan butter.
  2. Masukkan kayu manis, bunga lawang, cengkih & daun pandan.
  3. Masukkan pula bawang besar & gaul lagi hingga wangi.
  4. Masukkan beras basmati tadi & gaul (Kak nis cakap, gaul pelan2 kalau taknak beras patah2) Goreng sebentar beras ini dengan teknik 'clockwise' hingga lah minyak dari butter tadi benar2 sebati dengan beras. Teknik ini akan menjadikan nasi menjadi berderai sebiji2 & tidak melekat antara satu dengan lain.
  5. Masukkan pula air ikut sukatan beras. Masukkan juga garam.
  6. Kecilkan api & tutup periuk, tanak lah nasi hingga masak.
  7. Apabila nasi sudah masak, tutup api & taburkan segala daun2, kismis kuning & bawang goreng.

Boleh makan dengan apa2 lauk kegemaran. Saya hidangkan dengan kari dalca, papedam & ayam bakar.

20 January, 2008

Caramel Sauce

Saya takde exact resepi untuk sauce ni. Saya selalu buat main agak2 jerr...rasa ikut kemanisan & kepekatan yang saya nak. Sebab kalau ikut resepi asal, boleh meninggal lepas makan..manis gilerr..resepi yang saya dah adjust ni pun still considered manis. Sauce ni saya buat utk makan dengan Pretzel, atau pun boleh cicah dengan buah2 or lain2 roti. Tapi one thing, makan ni cicah sikit2 jerr, so ok laa kalau manis sikit. Saya buat cara mcm ni..untuk dapat satu mangkuk kecil seperti dalam gambar.
  1. 3 sudu besar gula - saya panaskan sehingga jadi caramel
  2. Masukkan air - lebih kurang 1/2 cawan - kacau
  3. Masukkan butter - kacau sampai butter cair
  4. Dalam masa yang sama boleh masukkan 1 sudu madu (optional)
  5. Kacau selalu..sehingga dapat kepekatan yang kita nak. Kalau pekat sangat tambah air sikit.
  6. Tutup api..kemudian masukkan susu pekat manis, untuk dapatkan caramel color yang pudar sikit. (part yang ni pun ikut kemanisan yang kita suka)
siap!

19 January, 2008

Pretzel -Alma@myresipi

Rasa mcm ada mood nak makan Pretzel. Resepi Kak Alma ni memang dah lama dalam simpanan. Satu adun dapat banyak. Kalau ikut resepi dapat 8 ketul, tapi saya devided to 10 ketul..konon nak buat kecil sikit lerr. Tapi nyerr dapat besar jugakk..makan satu memang kenyang heheheee. Dulu dulu kat Malaysia, suka makan ni dengan Caramel Sauce.

Lepas buat repesi ni, terjumpa satu lagi resepi Aunty Ann's Pretzel. Ntah bila masa tah resepi tu ada dalam simpanan. Tiba tiba je ada dalam folder, nanti lain kali boleh cuba yang tu pulak. Ini resepi Kak Alma yang saya cuba semalam..



  • 1 ¼ cawan air
  • 1 bj kuning telur
  • 2 sdb gula
  • 1 sdk garam
  • 1/8 sdk lada sulah
  • 3 ½ cawan tepung berprotein tinggi (tepung roti)
  • 1 sdb yis segera
  • ½ biji putih telur campur ½ sdb air (glaze)
  • Sedikit bijan (topping)
  1. Masukkan semua bahan dalam breadmachine, guna dough setting.
  2. Rehatkan dalam bekas tertutup, hingga naik sekali ganda dari saiz asal.
  3. Keluarkan dari bekas dan letak atas papan/alas yg ditabur sedikit tepung. Bahagikan kepada 8 (atau 16 jika inginkn saiz pretzel yg lebih kecil).
  4. Bentukkan setiap satu bahagian seperti tali berukuran dalam 60cm panjang (kalau 16 bhg, panjangnya dlm 40cm). Rehat seketika.
  5. Ikat setiap satu dgn ikatan pretzel yg longgar sedikit. Letak atas dulang pembakar, jarakkan dalam 4cm, sapukan dgn campuran putih telur dan air, serta taburkan bijan (jika mahu). Biarkan ia naik lagi, dalam 30min, bakar dalam oven (yg telah dipanaskan terlebih dahulu), suhu dalam 180°C, selama 15-20min.
  6. Selepas siap bakar, sapukan atasnya dgn sedikit butter supaya kelihatan berkilat (optional).

Patithat Thai

Seronoknya...kami ada tetamu minggu ni. Kakak Rezan & family from Denudine datang holiday ke Sydney. Budak budak cuti sekolah dia New Zealand sekarang, so dia bawa anak2 makan angin ke Brisbane, and further down to Sydney. Rasa seronok bila ada sedara mara datang jenguk kita..

Hari kedua mereka kat sini, kami bawa dia pegi Pathitat Thai, Bronte. Kenapa kami pegi sini?? Sebab mereka nak makan Thai Cuisine..and yang paling penting sebab kat Pathitat Thai ni kami boleh dok santai and borak lepas makan. Kalau pegi ke TOT Randwick or Sing Ha Coogee, lepas makan cepat2 kena keluar. Pasalnyerrr kedai tu kecik and org ramai sangat menunggu. Kita belum siap makan lagi..diorang dah sibuk2 nak clear meja..hahahahhahaahh

So kami decided pegi Pathitat Thai..selesa untuk kami. Makan kat sini considered sedap. I would rate them no 2 after Sing Ha Coogee. Tapi satu je lerr yang tak berkenan...dia serve manyakk lambat..hehheheheee