28 February, 2008

Kek Marble Trio

Buat lagi sekali kek resepi dari Mat Gebu. Dulu buat tak berapa jadi..color pucat sebab saya tak letak cokelat emulco, kali ni baru la hatiku gumbiraaa. Boleh tengok resepi kat Myresipi atau kat blog dia. Bravo mat, excellent recipe..timakasihhhhh!!!


27 February, 2008

Croissant

Saya cuba lagi buat croissant semalam. Macam macam resepi & method saya penah cuba. Tapi yang saya cuba semalam ni..nampak nyer berjaya..yehaaaaa.. jom kita try buat jom!

Dulu saya penah sumbang resepi croissant kat Myresepi. tapi semalam saya guna resepi lain..amik kat squidoo. Resepinya lebih kurang, kalau ikut nisbah, resepinya sama..cuma resepi baru nii portionnyer lebih kecil.

Method nak fold & shape pula, saya ikut seperti yang dalam video kat bawah ni. Ringkasnyer..resepi dough saya ikut resepi squidoo, tapi butter untuk laminate, saya ikut kaedah video. Butter yang digunakan ialah unsalted butter.


Below ialah hasil croissant yang saya dapat. :D seronokk!!!


Bahan Bahan Croissant:

  • 375gm tepung gandum
  • 1 cawan susu suam
  • 1/3 cawan gula
  • sedikit garam
  • 1 sudu kecil (penuh) yeast
  • 150gm unsulted butter atau lebih (untuk canai nipis & diletak di tengah2 doh)

Cara: (Sila rujuk video utk lebih faham)

Sediakan doh

  • Satukan susu dengan yeast, satukan bahan kering, kemudian combine bahan dan uli. Tapi saya satukan semua bahan termasuk yeast, kemudian masukkan susu. Uli sehingga semuanye bersatu dan dapat adunan yang licin.
  • Balut doh dengan plastik (dust dengan sedikit tepung sebelum balut utk elak melekat2). Simpan dalam fridge selama 8 jam atau semalaman.

Sediakan butter

  • Gunakan butter yang masih sejuk. Potong kecil. Ketuk dengan rolling pin kemudian canai senipis yang boleh
  • Tips 1: ketuk atas tepung utk elak butter melekat2 di papan pencanai).

Assemble butter & doh

  • Doh dicanai nipis bentuk 4 segi memanjang (rectangular).
  • Susun butter nipis tadi di atas doh, cover 2/3 doh. Sediakan border 1/2 - 1 inci keliling, untuk memudahkan kita seal butter. Tujuannya supaya butter tak terkeluar semasa kita canai.
  • Lipat 3 (rujuk video) kemudian seal.
  • Pusing 90 darjah, kemudian canai lagi, dapatkan betuk 4 segi memanjang (rectangular). Lipat 4 seperti buku (rujuk video).
  • Balut dengan plastik, kemudian simpan dalam fridge lebih kurang 8 jam, atau semalaman.

Bentuk/ shape

  • (Rujuk video) Doh di belah dua, canai, kemudian potong bentuk 3 segi.
  • Potong sikit bahagian tengah doh 3 segi tadi, supaya mudah nak jadikan bentuk lengkung.
  • Gulung dari bahagian paling lebar ke bahagian paling kecik, sambil menarik nipis bahagian kecil. Buat bentuk lengkung.
  • Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda, brush dengan eggwash.
  • Bakar sehingga masak (400F lebih kurang 20 minit atau hingga keperangan).

25 February, 2008

Tuna Puff Senang

Ini tuna puff untuk orang yang malas macam saya, hehehhehe bangun tido nak pegi keje lagi 45 minit pun boleh siapkan puff ni! dengan syarat, puff pastry dah siap thawed!

  • Tuna dalam tin kecil, dikeluarkan & campur dengan sedikit cili boh.
  • 1 biji bawang besar, dadu kecil, campurkan dengan tuna.
  • Sedikit garam.
  • Sedikit lemon juice, kacau semuanya.
  • Season dengan lada hitam sikit.
  • Puff pastry sheet dibelah 2, kemudian letakkan tuna tadi ditengah2.
  • Seal, brush dengan egg wash & bakar.

24 February, 2008

Thai Fish Cake


thumbs up! and yet a simple recipe..

  • 500gm isi ikan putih (tenggiri atau lain2), potong kecil
  • 2 sudu besar coriander dicincang
  • 1 sudu besar thai red curry paste (saya hentam rempah kari biasa jerr)
  • 1 sudu besar perahan lemon
  • 50gm kacang buncis (dihiris nipis)
  • 1 cawan (atau lebih, jika suka) campuran herba - basil, parsley, mint & daun kesum
  • garam
  1. Campurkan semua bahan KECUALI kacang buncis. Kisar dalam mixer atau tumbuk dengan lesung batu sampai jadi macam paste.
  2. Masukkan kacang buncis tadi, satukan kesemuanya.
  3. Bahagikan kepada 8 bulatan, buat sepeti bentuk daging burger. Bentuk cantik2 (saya buat tu tak cantik..) TIPS..basahkan tangan sebelum mula bentuk untuk elakkan dari melekat di tangan.
  4. Spray minyak pada skillet dengan api sederhana panas, masak fish cake selama 3-4 minit each side atau sehinngga warna keemasan.

Fruit Jelly

Resepi dari Yani kat Myresipi, ppssttt..ni kes malas nak menaip..sila rujuk resepi kat link tuu..timakassihhhhh!

Fish & Chips


Saya buat fish & chips cara saya, asalkan senang nak sediakan.

  • Chips memang beli ready made, tinggal goreng jer..
  • Tartar sauce pun beli ready made..
  • Ikan tu celup dalam batter (bancuhan tepung naik sendiri, tepung jagung & tepung beras bancuh dengan air hingga dapat kepekatan macam batter goreng pisang. Celup ikan, goreng.
  • Habis cerita! :D

23 February, 2008

Bar Coluzzi

23/2/08 - kami pegi ke aiport hantar kawan nak balik ke Malaysia for good. Flight diornang pukul 3.40, so kitorang budget pukul 1.30 diorang suppose dah kat sana. Pukul 1.35 kami dah tercegat kat airport, tapi sorang kawan pun kami tak nampak. Rupanye diorang still kat rumah lagi hehehhee..so saya ngan rezan jalan2 dulu sekitar airport. Pi semayang zohor jap & pi pekena iced chocolate kat Bar Colluzzi. Pastry yang jual kat sini cantik2..tapi kami tak makan pun, sebab still kenyang as we had our lunch just before we went out! Saya tayang gambar sekitar kedai je lahh yerr :D

Mussels Bake With Tomato

Tak berapa pasti apa nama mussels ni dalam bahasa kita. Bukan kupang kan? Setahu saya, kulit kupang warnanye putih seakan2 biru. Iye kerr?? tak pasti lahhh..(correct me if i'm wrong) :D

Jom kita try masak mussels with this easy, low-fat and aromatic shellfish classic!
  • 1.5 kg mussels (dibersihkan)
  • 4 biji tomato masak ranum (dadu kecil)
  • 2 biji bawang putih (hiris nipis)
  • 1 biji cili merah (buang biji & dadu kecil)
  • 2 sudu besar parsley (fresh or dried)
  • 1 sudu besar oregano (fresh or dried)
  • 100ml cuka
  • Serbuk lada sulah
  • garam
  1. Panaskan oven atau grill.
  2. Satukan tomato, bawang putih, cili, parsley, oregano & cuka. Season dengan serbuk lada sulah
  3. Alas bekas yang akan digunakan sekeping aluminium foil, kemudian alaskan baking paper di atas aluminium foil tadi. Masukkan mussels tadi (kalau boleh gunakan bekas yang besar, sebab tak nak bagi mussles ni bertindih. Bahagikan mussels kepada 2 bahagian jika perlu).
  4. Curahkan bancuhan tomato tadi ke atas mussels, bungkus dan bakar lama 10-15 minit.

Bolognese Spaghetti


Saya buat blognese spaghetti ni pakai apa yang ada kat rumah jerr..tambah apa yang patut, ignore apa yang takde..wallaaaa..sedpa jugakkk :D

  1. Spaghetti secukupnya..direbus hingga masak. Tambah sedikit minyak semasa merebus.
  2. Sebiji bawang besar, dicincang halus, kemudian tumis ke dalam sedikit minyak. Biar sehingga layu & wangi.
  3. Masukkan daging cincang, kacau selalu supaya dagingnya tak berketul.
  4. Masukkan tomato puree, biarkan reneh.
  5. Masukkan dried oregano, basil & parsley.
  6. Rasakan garam. Padamkan api bila hampir kering.
  7. Hidangkan kuah bersama spaghetti tadi bersama sayur2an pilihan anda. Sprinkle dengan parmesan cheese! yumm..

20 February, 2008

Kuih Tiram

Mat tanya resepi kuih ni semalam..Kak Lina yang nak, katanyerr. Saya pernah mintak resepi ni kat mak..tapi ntah mana tahh saya letak. Biasa lerrr...kalau cari memang tak jumpa :D Tengahari tadi, saya roger mak..balik kejer terus buat..senang bangett!!

Okeh..ni cara resepi & cara buatnyerr:
  • 500 gm tepung gandum
  • 1 biji telur
  • 2 sudu margerin
  • sedikit garam
  • 160ml air (lebih kurang)

Bahan lain:

  • 6 sudu tepung jagung
  • 6 sudu minyak masak
  1. Satukan tepung, margerin, telur & garam, gaul hingga rata semua nyer hinga jadi mc bread crumb.
  2. Masukkan air Jangan masuk semua, takut terlembik. (tapi kalau terlembik boleh tambah tepung, ye tak?) hehheehe. Uli doh sehingga kita dapat doh yang licin.
  3. Sediakan bancuhan tepung jagung dengan minyak. Satukan kedua dua bahan ini & kacau sehingga mendapat bancuhan seperti gam. (Jangan pekat sangat & jangan cair sangat).
  4. Doh tadi dibahagi 2 (supaya senang kita nak kerja kan dia..kalau tak nanti..besar sangat la pulakk) hehhehe.Setiap satu doh..kita canai nipis seperti nak buat karipap (of course kita akan dapat canai yang besar & lebar) :)
  5. Sapukan bancuhan tepung jagung tadi keseluruh permukaan tepung.
  6. Kemudian gulung memanjang. Jika mahukan lapisan yang banyak buat 2 kali proses ini..ataupun terus ke step 7.
  7. Kemudian potong kecil2 seperti dalam gambar. Potong lebih kurang sebesar ibu jari.
  8. Gelek seperti dalam gambar, kemudian goreng dengan minyak yang banyak sehingga kekuningan.

  9. Sira dengan gula halus. Simpan dalam botol kedap udara. Saya buat 500gm tepung dapat satu botol besar & satu botol kecik. banyakkk :)

Crispy Beef with Carrot

  • Malas nak citer panjang pasal lauk ni..sebab memang jadi kesukaan suami ku ituuuu...
  • Daging
  • Telur
  • Tepung jagung
  • minyak untuk menggoreng
  • Carrot
  • Bawang
  • Cili merah atau hijau
  • Bawang putih
  • Cili boh (sikitttt jerr)
  • Cuka
  • Garam & gula
  • Sos tiram
  1. Daging dipotong nipis memanjang. Bersihkan & tos.
  2. Pecahkan telur ke dalam daging. (Kalau daging sikit, takyah le masuk sampai sebiji..masuk sikit jerr).
  3. Sedikan tepung jagung dalam pinggan lain.
  4. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.
  5. Carrot dipotong halus (mcm bantang mancis) kemudian goreng hingga nampak crispy. Angkat & alaskan dengan kitchen roll untuk serap minyak.
  6. 'Coat' kan daging tadi dengan tepung jagung, kemudian goreng hingga kekuningan atau masak. Angkat dah alaskan dengan kitchen roll untuk serap minyak.
  7. Kurangkan minyak lebihan menggoreng, gunakan sedikit sahaja untuk menumis. Tumis bawng putih hingga wangi, kemudian masukkan cili boh..sikitttt jerr.
  8. Masukkan juga sos tiram, cuka, garam & gula. Biarkan sedikit kering.
  9. Masukkan daging & carrot yang digoreng tadi. Kacau rata.
  10. Masukkan bawang & cili yang dihiris nipis. Immediately tutup api. Gaul semuanya. Siap untuk dihidang.

Vinageratte Coleslaw


Lagi sayur yang senang dari dapur saya..ala2 orang pemalas gituu..(malas nak mengemas lepas masak, ahakssss)
  1. Kobis, carrot & bawang diracik halus.
  2. Masukkan cuka, garam & gula,
  3. Gaul.
  4. Kalau suka boleh taburkan fresh parsley..untuk kelainan rasa..huhuuu

19 February, 2008

Tortilla Wrap

Saya buat tortilla ni..bukan untuk breakfast jer..kadang lunch pun saya makan ni..kadang dinner pun saya belasah ni..den sukoo benda2 macam ni sebab dapur tak kicah..takyah nak lap2 minyak tumis2 apa semua tuuu..jom buat!


  1. Sediakan flour tortilla or corn tortilla.
  2. Letakkan daun salad di tengah. Letakkan sayur kegemaran anda..(saya letak carrot, cabbage, onion). Semuanya dia potong kecik2 kecuali daun salad.
  3. Letakkan meat atau tuna pilihan anda (saya guna canned tuna chuck)
  4. Letakkan jeruk timun.
  5. Wrap!

Tortilla

Tortilla..ataupun orang panggil flour tortilla. Yang ni paling basic, macam buat lempeng jerr..pada sesiapa yang berminat..jon kita buat. Next time, kita buat corn tortilla pulakk.. huhuuuu..
  1. Satukan 2 cawan tepung, 3/4 sudu teh baking powder, garam dan 2 sudu shortening. Gaul.
  2. Masukkan air, uli untuk dapatkan doh yang licin. Bahagikan kepada beberapa bahagian kecil (size macm telur). Rehatkan selama lebih kurang 10 minit.
  3. Leperkan kemudian masak dalam skillet, tak payah letak minyak.
  4. Tips..masak dengan api yang agak kuat/panas, tapi jgn sampai hangus. Sentiasa kawal supaya tak hitam. Kalau menggelembung..itu maknanye dah kena terbalikkan ke site lagi satu..

Cucumber pickled (Jeruk Timun)

Saya suka makan jeruk timun ni dengan sandwich atau burger. Makan macam tu pun sodappp..


Cara nak buat pun simple jerr..
  1. Potong nipis timun..kalau nak cantik..amik potato peeler..kemudian potong macam kita kupas kentang (buat memanjang). Tak pun kalau nak senang, pitong bulat2 jerr..potong nipis.
  2. Gaul timun yang siap dihiris dengan garam, biarkan sekejap 2-3 minit, kemudian bilas.
  3. Bancuh air pans dengan gula, campurkan dengan cuka, kemudian masukkan timun tadi.
  4. Pindahkan dalam botol, tutup kemas. Boleh tahan sehingga 3-4 hari.

**banyak bahan bergantung kepada berapa banyak kita nak buat & gula & cuka bergantung kepada tahap manis/masam masing masing.

17 February, 2008

Strawberry Triffle

  • Red Jelly (I made from 21gm gelatine disolve with 250ml water with strawbery flavour & red coloring
  • 250gm packet of sponge fingers
  • 1 can (400gm) strawberries in syrup
  • Custard (I made from 1 1/2 cup milk, 2tsb custard powder & sugar)
  • Grated chocolate
  1. Sediakan jelly, larutkan gelatine dalam air suam, kemudian masukkan gula perasa & pewarna, biarkan keras dalam peti sejuk, potong kecil.
  2. Sediakan custard: Satukan susu, gula & tepung custard, panaskan atas api sampai pekat
  3. Keluarkan strawberry dari tin, asingkan airnya.
  4. Celup sponge finger dalam air strawberry, kemudian susun dalam bekas.
  5. Susunkan pula jelly & strawberry untuk lapisan kedua, and custard untuk lapisan seterusnya. Ulang lagi ikut cara melapis yang sama sampai habis.
  6. Taburkan dengan parutan chocolate as a topping. :-)

Roti Siput vs Hermit Crab

Ada persamaan tak dengan anak angkat kami si 'hermit crab' nihhh..hehheheheee


Roti Siput

Memandai mandai je bagi nama roti siput sebab tak tahu nak letak nama apa..resepi asalnyer dari yani (myresipi). Dia letak cream cheese, tapi saya ubah letak filling lain. Itu sebab namanye lain dari resepi asal. Since rupa dia macam siput, saya pun bagi nama 'roti siput' heheheee (mintak halal ye yani :-) )


Bahan roti:

  • 160ml susu segar @ 160ml air + 10g susu tepung
  • 230g tepung roti
  • 20g tepung gandum (saya tak letak tepung ni pun..100% tepung roti)
  • 30g butter
  • 20g gula
  • 1/4 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil dry yeast
  • cornet (seperti gambar di bawah)

Bahan Filing:

  • Seafood stick/crab stick (dipotong kecil2)
  • sedikit udang (direbus dipotong kecil2)
  • mixed vege (yang kita guna untuk goreng nasi tu..)
  • mayonis
  • sedikit bawang (potong kecil2)
  1. Masukkan semua bahan-bahan untuk buat roti ke dalam breadmaker. Pilih setting dough, tekan start button, biarkan bread machine siapkan doh :)
  2. Bila siap, keluarkan doh dari bread machine dan keluarkan angin dengan cara tumbuk2.
  3. Bahagikan doh kepada 8 bahagian & bulatkan. Rehatkan selama 10-15 minit.
  4. Ambik sebiji doh. Uli panjang 32-33cm. Kemudian lilit pada cornet. Buat sampai habis.
  5. Rehatkan lagi untuk penaik kan roti, sapukan sedikit kuning telur sebelum bakar dengan suhu 180C selama 15 minit.
  6. Untuk siapkan filling, campurkan semua bahan, gaul rata. Kemudian sumbatkan ke dalam roti siput tadi. (boleh juga juga filling lain yang disukai..)

16 February, 2008

Fresh Flowers & Cheesecake

Adehhhh..Ct Nik tinggal message dah lama dahh kat chatbox, suruh amik ni kat umah dia. Tapi saya tak jumpa rumah dia kat mana.. :D sesat mesat!! tanya orang sana sini..baru le jumpa..hehhehee anyhow thanks ye CT..happy blogging!


14 February, 2008

Chocolate Cake

My Valentine Cake. Kek yang padat isinyer, tapi tak laa padat sangat..tapi boleh kata moist jugak la...form my experience, simpan lagi lama, lagi sedap kek ni..hehheee

(Bahan Kek)

  • 310gm sugar (saya kurangkan ke 280gm) tak suka manis sangat
  • 3 biji telur
  • 20gm corn flour
  • 200gm plain flour
  • 170ml air suam
  • 150gm butter
  • 25gm creamcheese
  • 1 sudu kecil esen vanilla
  • 50gm serbuk koko

(Bahan Topping)

  • 150ml cream
  • 1 bar coklat masakan
  1. Pukul telur sampai kembang, kemudian ketepikan.
  2. dalam bekas lain, pukul gula dengan butter sampai kembang. Nak cepat kegang, masukkan creamcheese sekali.
  3. Masukkan telur & esen vanilla. Kacau rata.
  4. Masukkan tepung & serbuk koko yang telah diayak bersama.
  5. Akhir sekali, masukkan air perlahan lahan & kacau.
  6. Bakar dengan kepanasan oven 180C selama lebih kurang 45 minit.
  7. Topping: Panaskan creamdengan api perlahan, kemudian masukkan coklat masakan (yang telah dipatah2 kecil). Seelok2nya guna kaedah double boiler. BIla dah set, boleh hias atas kek.

Glucose Syrup Vs Corn Syrup

Saya cuba cari corn syrup the other day..untuk buat marshmallow. Rasa2 macam penah nampak sebelum ni. Tapi masa hari saya cari tu..tak jumpa pulakk..hishhh! 2-3 kedai saya pegi.. :(

At last saya pegi Coles Randwick..i remember penah nampak benda ni kat situ..sebab saya suka browse barang kat sana dulu. Cari2 pun takde jugak. Lepas tu saya tanya kat budak yang keje susun barang kat shelve tu..dia pun macam tercengang2 bila saya sebut corn syrup.

Saya belek2 lagi barang2 yang ada kat situ..lepas tu saya nampak botol yang dalam gambar ni, just curious nak tahu..apa bendalah tuu. Pekat semacam, color jernih..tetiba nampak dia tulis 'derived from corn'. Saya pun dengan bangga nyer cakap ngan budak yang tercengang2 tadi.. 'i got it!!' Sampai ke rumah, saya cuba search, jumpa article ni. So memang sah lah..glucose syrup tu sama lahh dengan corn syrup. So pada kawan kawan yang cari corn syrup..tapi jumpa glucose syrup jerr...itu laaa bendalah nyerr.

Tag..hilangkan boring jap!!

Dah berapa hari ni malas betul nak menaip resepi kat blog ni..si edazman ni plak kk pi hantar tag..rajin pulakk saya menaip!! ish hangin..hangin...


1. Name one person who made you laugh last night?
Mat gebewwww...dia menakut2kan akuuu malam tadiii hehehehehe

2.What were you doing at 0800?
Siap2 nak pi keje..baru nak mandi masa tu

3. What were you doing 30 minutes ago?
having my lunch & borak2 ngan colleague

4. What happened to you in 2006?
Bersanding di pelamin indah..hahahahhaa

5. What was the last thing you said out loud?
I said to rezan..'jangan lahhhhhhh!!!!!!!!!!!!'

6. How many beverages did you have today?
2 kali

7.What color is your hairbrush?
Black & red

8. What was the last thing you paid for?
last thing...my coffe lepas balik beli barang kat coles semalam.. :)

9. Where were you last night?
kat rumah

10. What color is your front door?
cream

11. Where do you keep your change?
dalam pouch kecik..sentiasa ada dalam handbag

What's the weather like today?
matahari malu malu nak keluar..kul 1 tengahari tadi berdiri kat pintu..angin tiup sejuk...mcm winter la pulakk

13. What's the best ice-cream flavor?
yam..i like it!

14. What excites you?
bila pegi kedai kitchen stuff

15. Do you want to cut your hair
yup...lusa!! hehehhe..mmg nak potong dah berminggu2 dah nii..asik tak sempat jerr

16. Are you over the age of 25?
Yup

17. Do you talk a lot?
depends on who am i talking to..hehehe

18. Do you watch the O.C?
Nope

19. Do you know anyone named Steven?
ader..colleague lama masa kat office kat Malaysia

20. Do you make up your own words?
hmmmmm..yang ni..den tak roti nak jawab! :D

21. Are you a jealous person?
Kadang2..cemburu tanda sayang...deiiii poooodahhh!!

22. Name a friend whose name starts with the letter ' A '?
Azlita, alicia, azlina, azman, sape lagi ehhhh..

23. Name a friend whose name stars with the letter ' K '?
Khadijah, Khairil Anuar, sape lagi tahh..

24. Who's the first person on your received call list?
'darling'

25. What does the last text message your received say?
Thanks for the card :D

26. Do you chew on your straw?
Nope

27. Do you have curly hair?
Tak curl..wave

28. Where's the next place you're going to?
Nak pi petrol station..isi minyak keter..

29. Who's the rudest person in life?
rudest???? tak nak mention...

30. What was the last thing you ate?
Nasi dengan ikan

31. Will you get married in the future?
Qada' & Qadar...

32. What's the best movie you've seen in the past 2 weeks?
'Sweeney Todd'... best kee?????

33. Is there anyone you like right now?
In term of what????..

34. When was the last time you did the last wishes?
Baru kejap ni..mintak orang tua tu jangan call follow i lagi.. :(

35. Are you currently depressed?-
Currently?? totally nope!

36. Did you cry today?
Nope

37. Why did you answer and post ni?
Sebab...den dah penat keje nihh..release jap!! and eda suruh jawad..den jawab la..

38. Tag 5 people who would do this survey.
  1. Noreen
  2. CT azma
  3. CT nik
  4. Del (dah lama tak nampak dia nihh..kita suruh dia buat keje sket..)
  5. Kak nis..(haaa tu laaa...gelakkan daun kunyit saya yerrrrr....)

13 February, 2008

Ikan Tongkol Masak 'Rendang'

Saya pi pasar, purposely car ikan tuna. Sebab teringin makan lauk ni..teringat mak masak macam ni. Kalau kat Malaysia, mak masak pakai ikang tongkol, tapi sini takde tongkol..so gantikan dengan tuna.. :)

Nama lauk ni 'rendang' tapi dia tak sama macam rendang pun..jom kita tengok resepinye :)
  1. Ikan tongkol dipotong ikut saiz yang dikehendaki. Bersihkan.
  2. Rebus ikan dengan air yang sangat sedikit (rebus sekejap aje). Masukkan sekeping asam jawa dan sedikit garam semasa rebus.
  3. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng, bila minyak betul2 panas, masukkan ikan yangtelah direbus tadi. Goreng. Angkat dan ketepikan.
  4. Kurangkan minyak menggoreng tadi..kemudian tumiskan bawang putih & bawang merah yang telah ditumbuk. Tumis sehingga wangi.
  5. Masukkan pula cili boh (ikut tahap kepedasan masing2..) lauk ni kalau pedas sangat pun tak rasa kesedapan dia. Masak sehingga terbit minyak.
  6. Masukkan sedikit air asam jawa, garam.
  7. Agak2 dah masak kuah tu..masukkan ikan goreng tadi..kemudian taburkan hirisan daun kunyit. kacau2 dan angkat. Siap!

Pokok Kunyit ku..

Daun pertama dari pokok kunyit kuu..sronottttt...mintak2 hidup subur la kunyit ni yerrr :D


12 February, 2008

Rocky Road Brownie

Chrunchy peanuts and pluffy marshmallows top this luscious brownie


Bahan brownie:

  • 200gm milk chocolate, patahkan kecil2
  • 150gm butter (potong kecil2)
  • 270gm caster sugar
  • 115gm tepung gandum
  • 35gm serbuk koko
  • 3 biji telur

Bahan Topping:

  • 80gm marshmalows (potong dadu)
  • 120gm kacang tanpa garam
  • 50gm kelapa kering
  • 200gm dark chocolate, patahkan kecil
  1. Panaskan milk chocolate & butter dengan kaedah couble boiler.
  2. Dalam bekas lain, gaulkan sekali tepug, gula & serbuk koko.
  3. Masukkan bancuhan chocolate tadi kedalam tepung adan juga telur.
  4. Kacau hingga semuanye bersatu.
  5. Bakar dengan panas oven 180C selama 45 minit aau sehingga masak.
  6. Untuk topping, satukan semua bahan kecuali chocolate dalam satu bekas. Cairkan chocolate dengan kaedah doulble boiler, kemudian curahkan ke dalam bahan2 kering tadi. Tekan pedat bahak topping ke atas brownie.

Baked Oyster with Cheese


Senang masak camni..campak2..pastu sumbat dalam oven :-) jom try..
  1. Oyster 1 dozen dia bersihkan, kemudia letak dalam frigde. Jangan letak kat luar..cepat busuk.
  2. 3-4 ulas bawang putih, secekak (kecil parsley), sedikit minyak dan diblend hingga smooth. Kemudian sudukan ke dalam oyster tadi.
  3. Penuhkan oyster tadi dengan parutan cheddar cheese.
  4. Bakar selama 5-10 minit atau sehingga masak. Siap!

11 February, 2008

Sydney Fish Market

Pegi hari ahad (semalam). Suka pegi fish market, sebab ada banyak kedai makan. Sebelum beli bahan2 mentah, kami pi makan dulu. Huhuuu sedap sedap..macam2 seafood ada..entry lenkali saya masuk kan gambar makanan kat Sydney Fish Market ni yerr..