From Siti Khuzaimah
29 September, 2008
Raya Card
25 September, 2008
Tag Dari Ela
- link to your tagger and post these rules on your blog
- share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird
- tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs (tak 7 pun takpe)
- let them know they're tagged by leaving a comment on their blog
- Kereta - Saya suka kereta saya sendiri. Buruk pun takpe. Like now..kereta merah ku ituuu...kalau saya out from sydney for few days..rasa macam rinduuu sangat kat si merah!
- Kasut - Dulu masa zaman muda2..suka beli kasut color maler. Sekarang ni kalau diingat-ingat balik perangai dulu2 tuuu..rasa malu sendiri. Rasa membazir pun ye jugakk. Sekarang ni saya suka pakai kasut yang tutup seluruh kaki, ala2 macam boot. And lagi satu...kalau saya pakai kasut..mesti nak stokin :D haaaaa tang stokin niii..saya suka yang color maler & corak2 gakssss..cute!
- Majalah - Saya suka majalah masak2 of coz!
- Melancong - Sape tak suka kan...saya pun suka!
- Gambar - Kami kalau pi melancong ke mana2..kami suka sangat amik gambar. Agaknyerr setakat ni..ntah berapa ribu gambar dahh yang kami simpan, semua in softcopy. Malas nak print..pasalnyerr..nanti balik Malaysia malas nak mengangkut. Sampai Malaysia nanti baru print out :D
- Jeans - Walaupun 3-4 jeans...tapi saya suka yang satu tu jer! so asyik laaaa pakai yang satu tu! :D
- Handphone - Buat masa sekarang ni saya pakai nokia. Model apa ntah saya pun dah tak ingat, sebab saya beli 4 tahun yang lepas. Lepas ni..kalau saya nak beli handphone, saya nak beli yang tak banyak features..setakat call & sms je kan..yang lain2 tu bukan guna sangat pun..so pikir2 balik..takyah laaa yang canggih manggih. heeeeee
sape lakkkk laaaa saya nak tag ni ekkkk.. :D wajib ker..? nanti ehh saya pi jenjalan rumah sesape..kalau sape lum dapat tag ni..saya bagi. :D
22 September, 2008
Tart Gulung
Crispy Citrus and Sesame Fish Fillets
Rupa nampak tak lawa, tapi rasa not bad...
- White fish fillet, potong bentuk & size macam fish finger.
- Sedikit cuka, garam, putih telur & sedikit tepung jagung - satukan semua.
- Celupkan ikan ke dalam bancuhan tepung jagung tadi..perap selama 15-20 minit.
- Satukan bijan putih & bijan hitam. Celup ikan tadi ke dalam bijan. Salut. Goreng dalam minyak panas sehingga garing.
- Sediakan lemon & honey sauce: Lemon juice, campur dengan honey, sprinkle garan & thyme.
- Drizzle sauce ke atas ikan..serve immediately.
21 September, 2008
Cendol
Talam Suji - Mocha
**Bahan Atas**
3 cawan santan pekat4 sudu besar tepung gandum
3 biji telor
1 1/2 cawan gula
1 sudu besar mocha paste
**Bahan Bawah**
2 cawan tepung suji6 cawan santan cair
3 sudu besar tepung gandum
1 sudu kecil pewarna kuning
1 cawan gula
- Sediakan bahagian bawah dulu. Campur semua bahan untuk bahagian bawah, kacau supaya dia tak berketul. Saya blend je semua sebab nak senang. Tapis jika perlu. Kemudian kacau atas stove sehingga batter sedikit memekat. Jangan sampai keras, supaya kita senang nak spread batter dalam loyang.
- Sapukan sedikit minyak kat dasar loyang, kemudian tuang adunan bawah tadi, ratakan. Kemudian kukus sehingga adunan mengeras. (lebih kurang 15-20 minit)
- Sediakan bahagian atas. Campur semua bahan untuk bahagian atas. Saya blend & tapis supaya tak berketul. Kemudian tuang perlahan2 di atas adunan suji tadi. Kukus sehingga mengeras. (selama satu jam lebih).
- Tunggu sejuk baru potong.
** Ikut resepi mak, adunan atas tu terus tuang jer atas adunan suji. Tapi saya tak confident nak buat macam tu, takut lembik lagi. Saya kacau sekejap adunan untuk yang atas tu kat stove sampai memekat sikit, baru saya tuang atas suji. Kemudian baru kukus.
** Resepi asal mak, top dia tu patutnya pandan. Tapi saya sengaja bagi variety, tukar ke mocha.
Kek Lapis Prune Berempah
19 September, 2008
Es Teller
Orang cakap, ini macam Air Batu Campur, tapi style Indonesia. Rezan le nii..ntah di mana & masa bila tahhh dia merasa benda ni, dia cakap dia teringin! Rasa2nyerr saya pun penah minum, tapi lupa kat mana & dah lamaaaa duluuuu :)
Kitorang ni, kalau apa2 benda yang kitorang makan or minum sedap, kami akan cuba buat sendiri pulak. So after searching kat internet, ini la rumusan yang saya dapat:
- Buah-buahan: nangka, isi kelapa mudah, buah kabung & avocado - semuanya dipotong kecik (kecuali buah kabung).
- Ice cube..campurkan dengan buah2 tadi, biar dilute semua tu.
- Letak susu manis, sesedap rasa.
- Serve sejuk..nyaman!!
** Avocado tu masuk last sekali, kalau tak nanti, masa kita godak susu tuuu...habis hancur lakkk avocado tu.
15 September, 2008
14 September, 2008
Keropok Lekor
- Ikan dibersihkan, asingkan dari tulang & kulit. Saya guna blue mackarel.
- Tumbuk ikan hingga lumat. Bila lumat, masukkan garam & beberapa ketulan ais. Saya masukkan ikan dalam food processor, blend. Untuk 350gm isi ikan, saya masukkan 4-5 ketulan ais.
- Masukkan tepung sagu secukupnya. Uli sehingga mendapat dok yang lembut. Buat bentuk cylinder memanjang.
- Rebus air yang banyak dalam kuali atau periuk besar (muat untuk merebus keropok ni). Biarkan air mendidih baru masukkan keropok. Kepokok akan terapung bila dah masak.
- Angkat & sejukkan. Potong & goreng.
Satar Ikan
Spaghetti with Mussel Meat
- Spaghetti
- Bawang putih dicincang halus
- Cili merah dicincang halus
- Mussel meat
- Olive oil
- Tomato
- Parsley diracik
- Pine nuts
- Garam & lada sulah
- Lemon juice
- Sediakan spaghetti, rebus & tapis.
- Tumis bawang putih dengan sedikit minyak, masukkan cili mussel. Masak sekejap and set aside.
- Gaulkan mussel meat tadi dengan spaghetti & bahan2 lain, gaul. Drizzle dengan sedikit olive oil & lemon juice. Rasa garam.
- Serve. (saya serve dengan sedikit baby spinach leaves)
Chicken Teriyaki Pizza
We go for italian food hari ni untuk buka puasa, pizza & pasta :-) Rezan nak pizza, saya nak pasta..so buat dua dua. Dia siap cakap lagi nak pizza style apa..'teriyaki chicken pizza'. Resepi kat sini.
Talam Suji
Nyampah tauuu tengok Talam Suji ni, terlembik!! Sebab masuk air. Dah balut ngan kain, tapi tah camana boleh masuk air tah. As soon as saya tenggek kuih ni kat dapur, saya berborak kat talipon ngan kawan. Berejam2 sampai lupa ada kuih atas stove! haaaaa amik ko...! Dah le lembik, surface nyer pun bekedut2! Tak lawa langsung, tapi rasa tetap adaaaaaaa..hehhehe, tapi lum leh lawan kuih mak lagi! hmm since kuih ni tak jadi..tak nak la letak recipe. Nanti bila2 nanti nak buat lagi sekali...kalau jadi, baru leh put up recipe :)
13 September, 2008
Sagu Mangga
- Didihkan air dalam periuk.
- Sediakan sagu - bersihkan & masukkan dalam air mendidih tadi. Didihkan selama lebih kurang 15 minutes. Remove from stove, let them stand for another 5 minutes. Bilas dengan air sejuk and let them swell & become a transparent pearls. Tapis & sejukkan dalam mould.
- Sediakan santan pekat.
- Sediakan gula merah - didhkan gula merah dengan sedikit air sehingga gula hancur & pekatkan.
- Mangga - cubed.
- Assemble semua & serve.
Pulut Serikaya
Bulan puasa ni, kepala saya asyik dok fikir nak makan kuih2 basah macam ni. Tak habis2 terkenang kat Pulut Serikaya ni. Merata2 saya cari recipe, last2 tanya kat mak..mak tahu buat rupanyerrr.. ampun makk!! heheheee
Lagi satu, bulan puasa ni..setiap kali call mak..asyik laa mintak recipe. Dulu2 lagi mak dah pesan suruh belajar buat kuih2 ni..nanti bila dah hidup sendiri boleh buat bila nak makan. Even sebelum datang sini dulu pun..mak dah suruh belajar, tapi saya eksennn masa tuu..hehehee now padan muka !
Care to share pasal 'art' kuih ni..(ni untuk sesape yang tak tahu je ehh..yang dah tahu..diam2! hehheheeee ampunnn!). Mak saya cakap, cara buatnye sama. Tapi 'seni' kuih ni ada berbeza sikit. Dari segi bahan, lebih kurang sama..cuma color nye lain & jenis gula yang digunakan lain.
- Pulut serikaya : Lapisan atas berwarna cokelat. Kita guna gula putih & gula merah. Lapisan atas lebih tebal dari dari lapisan pulut. And telur yang digunakan untuk buat serikaya lebih sikit kalau dibezakan dengan pulut serimuka.
- Pulut serimuka: Lapisan atas berwarna hijau. Kita guna gula putih sahaja. Lapisan atas lebih kurang sama tebal or sedikit rendah dari lapisan pulut. Telur yang digunakan kurang sedikit kalau dibezakan dengan pulut serikaya. Ada juga orang yang tak letak telur at all.
ok..lets see recipe mak saya ni..recipe ni boleh dapat satu loyang 8x8 inch:
Lapisan Bawah (pulut):
- 2 cawan tepung pulut (direndam -saya rendam 2 jam je)
- Santan cair secukupnya untuk kukus
- garam
Lapisan atas (serikaya)
- 3 cawan santan pekat
- 4 ½ sudu besar tepung gandum
- 1 ketul gula merah kerat2 & hancurkan
- ½ cawan gula pasir (adjust ikut kemanisan)
- 2 biji telur
- vanili (bagi hilang bau telur)
Method:
- Lapisan bawah: Pulut - lepas rendam, buang air rendaman, masukkan dalam bekas, curahkan santan separas dengan pulut. Masukkan garam sikit. Kukus sehingga masak. Mak pesan, selalu2 tengok pulut ni..and kacau2 sikit untuk pastikan pulut masak sekata.
- Bila pulut dah masak, masukkan dalam bekas yang dah disapu sedikit minyak (ni untuk pastikan pulut tu nanti tak lekat sangat masa nak keluarkan kuih dari loyang). Tekan pulut betul2 padat dalam loyang tu.
- Lapisan atas: Telur dipukul both gula dengan beater, sekadar nak hancurkan gula. Kemudian satukan bahan2 lain. Kacau semuanya untuk hilangkan 'lump'. Tapis jika perlu. Perlahan2 curahkan ke atas lapisan pulut tadi. Kukus sehingga masak (selama lebih kurang 1 jam).
- Biar sejuk baru potong.
**Pastikan air kukusan tak menitis ke surface kuih masa mengukus. Balut dengan kain lid pengukus jika perlu.
**Lepas saya buat pakai recipe mak ni..saya jumpa pulak yang nii...mesti cuba nih!!! Pulut Serikaya mcm ni laaa yang saya nakkk!
Grape Tomato
Back to tomato ni punya cerita..saya masa tu dah nak balik, dah nak keluar dari building tu pun. Sekali ada satu mamat ni jerit2 '$1..$1..!' Then rezan cakap 'Beli totamo tu..' Saya cakap dalam hati..'murah betul..!' sebab selalu tomato ni..satu punnet je at least $2 and even more expensive pun kadang2 tu. Saya capai 2 punnet and bagi orang tu coin $2. Then orang tu cakap 'take the lot darling'. Then saya cakap 'to much!'. Lepas tu saya tengok..orang2 sebelah saya angkut sekotak..sekotak. Saya macam pelik. Then saya tanya lagi '$1 for the whole lot?' Orang sebelah2 saya cakap 'yes!' Arghhhh saya pun angkut sekotak. hahahahhaaa sekotak tu ada 15 punnets! Balik rumah, saya bagi2 kan kat orang2 yang dekat dengan rumah saya..saya amik 4 punnet je, itu pun sampai hari ni lum habis! haaaahaaa
Ayam Percik
Pagi sebelum mandi & siap2 pegi keje tu..saya blend kejap bahan2 perap, curah santan dalam periuk & bahan2 lain..then didihkan sekejap. Lepas tu saya biar je dalam periuk tu sampai petang. As soon as saya sampai rumah dari office, terus grill. By the time nak buka..ayam percik kami dah siap. Senang kan!
11 September, 2008
Kuih Kaswi
Saya terkenang kat kuih kaswi mak saya. Saya suka sangat..kuuih resepi mak, bila dah masak surfacenyer ada air bertakung. Saya selalu mintak mak simpan, sebab saya suka minum air tu..sedap & manis. Saya roger mak mintak resepi.. :D
Saya cuma buat half dari resepi bawah, dapat satu loyang 6X6 inch. Bnayak tuhhhh utk kami berdua. Boleh buat untuk makan 6 orang dewasa..makan puas2 punyaaaa!
- 2 cawan tepung gandum
- 1 cawan tepung ubi
- 1 ketul gula melaka
- ½ cawan gula or less
- Sedikit kapur (lebih kurang sebesar ibu jari)
- Air secukupnya (Lebih kurang 1 cawan lebih)
- Kelapa parut gaul dengan sedikit garam (saya guna kelapa kering tu jer...basahkan sikit & microwave for 10 seconds & gaul garam) - updated
- Masak both gula dalam air..sampai gula larut. Sejukkan.
- Combine both tepung, curahkan air gula (sejuk) tadi dalam tepung. Campurkan kapur. Kacau & tapis.
- Bancuhan meant to be cair. Tips kelikatan: ambil sedikit bancuhan..titik kan kat belakang tangan. Kalau bancuhan tu meluncur je turun tak lekat kat kulit..then bancuhan tu dah ok.
- Masukkan dalam acuan, kukus selama satu jam.
- Bila dah sejuk baru potong. Gaul dengan kelapa parut.
Laksa Johor
Benci tauuu tgk gambar laksa johor niii..i just cant help myself to wait. Dah lama sangat mengidam makan ni, akhirnya dapat juga buat sendiri. Dah nak makan sangat, malas nak amik2 gambar bagai..makan je laaa! dah siap makan, malas pulakk nak amik gambar semula. haaaa lantak laaa, asal ada rupa dah lerrrrr..
- Saya guna blue mackarel (ala2 ikan kembung) - 500 gm, Kalau nak sedap guna ikan tenggiri. Rebus & asingkan isi dari tulang. Tumbuk lumat. Tulang2 and ekor ikan tu pun boleh tumbuk & campur dengan air, untuk kuah.
- Ikan masin kurau (guna ikan masin ni sebab isi nyer banyak - saya tak letak pun, sebab tak jumpa ikan masin kurau ni kat sini). Tumbuk hingga lumat.
- Udang kering - saya guna lebih kurang segenggam.
- Kerisik - saya guna lebih kurang 2-3 sudu.
- Santan - saya guna coconut cream 200ml disolved dengan sedikit air.
- Bahan tumis : bawang, bawang putih, halia, serai, lengkuas, rempah kari ikan, belacan.
*Tumis semua bahan2 tumis, macam kita nak masak kari. Bila naik bau wangi & naik minyak, masukkan santan, isi ikan & udang kering tadi. Tambah air jika perlu - jgn cair sangat. Laksa johor meant to be little bit thick. Masukkan asam keping. Bila didih, masukkan kerisik. Biar didih lagi sekali. Kuah akan nampak cantik.
* Serve dengan spaghetti (saya rebus 200gm) dan juga ulam2nye - timun, kacang panjang, bawang besar, taugeh & limau kasturi (saya guna lemon).
*Sediakan juga sambal belacan.
**Dengan 500gm ikan & 200gm spaghetti tu..saya dapat banyak. My intension nak buat utk 2-3 org jee, untuk sekali makan. Bulan puasa ni, muak la nak makan benda yang sama untuk 2 hari. End up dapat utk 6-7 org makan. Apalagi...saya cari mangsa laaa untuk bagi perabih..pi hantar kat kawan heheheeee
08 September, 2008
Pudding Mangga & Sagu
I dont have the exact recipe for this. Main campak2 jer..kita cuma perlu:
- Sago (in a boiled water, stir them for 5 minutes, remove from stove let them stand in the hot water for 20 minutes, rinse to get a swell and transparent pearl.
- Mango for cube
- Mango for puree
- Sugar to taste : disolve in water (clear syrup)
- Evaporated milk
How to serve?
- Combine mango puree with clear syrup, pour in the evaporated milk. The consistency of this is depending on you.
- Assemble sago and mango into the puree. Thats it!
Prawn Brocolli
Carrot Susu
Saya pegi jalan2 ke Flemington Market last saturday, saje laa..pi cari seafood. Sana barang semua murah. Saya beli carrot ni 2 bungkus for $1, biasa kat luar at least sebungkus $2, saya rembat je laaaa..mmg kat rumah ni saya suka simpan carrot. Selalunye buat juice biasa..just press je ngan juicer & campur ngan buah2 lain and have them just like that. Tapi bulan puasa ni, tekak rezan terkenang kat carrot susu back in Malaysia..uummphh!
- Carrot: juiced
- campur dengan condensed milk sesedap rasa
07 September, 2008
06 September, 2008
Puding Roti
Tuna Roll
- Mula2 saya prepare inti : tumis bawang putih, bawang besar (diced). Masuk cili. Masuk tuna. Masuk tomato sos. Masuk coriender. Rasa garam.
- Roti : Saya steam kejap bagi lembut. Canai bagi leper. Letak inti kat tengah. Gulung. Gam dengan telur dihujung nyerr supaya tak terbukak.
- Panaskan minyak untuk menggoreng (deep fry). Celup roll tadi dengan telur. Kemudian goreng sampai kuning.
03 September, 2008
Ghai Yang
Saya masak lauk ni masa hari pertama puasa. Hari tu saya cuti..ntah apa angin yang datang, rajin la pulakkk mengemas rumah hari tuu..habis segala benda saya alih, segala abuk saya lap, satu dapur tu saya wipe, mop..pendek kata, mmg lain macam lah! Sambil2 buat keje tuu..kepala pikir nak masak apa..ayam mmg dah keluar awal2 dari kul 10 pagi. Memang ada angan2 nak buat Ghai Yang ni..
Sambil2 ngemas tuu..saya perap sekejap ayam ni. Lepas mengemas apa semua, saya keluar pi cari barang. Leka kat luar, sampai rumah..dah pukul 5 lebih. Lagi setengah jam nak buka puasa!Nasik baik saya dah siap2 perap ayam semua. Balik rumah..grill je ayam ni. Tak sampai 10 minit, dah siap! Senang kan?? hehehehe..pastu saya goreng je sayur..Selamat saya berbuka hari tu dengan seleranya! Pada sesiapa yang nak cuba..boleh tengok resepi kat sini. :) Happy trying!
Bolognese Puff
Bolognese Puff ni, macam puff biasa2 jerr..tapi filling dalam tu saya letak inti ala2 macam bolognese. Saya masak kering2 sikit..supaya takde la basah kulit puff ni kan. Boleh guna samada ayam atau daging. Dah letak inti tuu..saya letak kan sikit shreded parmesan cheese. Lepas tu saya bakar je lah macam biasa. Senang cerita... :D