31 March, 2008

Cinnamon Doughnut


Jom try buat!

  • 2 sudu kecil yeast
  • 1 1/2 sudu besar air suam
  • 1/2 cawan gula
  • 50 gm unsulted butter
  • 2 1/4 cawan tepung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu besar cinnamon powder
  • Untuk dusting: gula halus + cinnamon powder
  1. Dalam bekas kecil, i.e cawan, satukan yeast, 1 sudu gula dan air suam..kacau sedikit..biarkan sekejap sehingga berbuih.
  2. Dalam bekas lain, satukan baki bahan yang lain (tepung, gula, telur, butter & cinnamon powder). Gaul. Kemudian masukkan bancuhan yeast tadi. Uli sehingga licin. Rehatkan sehingga doh naik 2 kali ganda.
  3. CARA MUDAH: Masukkan semua bahan ke dalam bread maker, pilih setting dough. Biarkan bread maker siapkan doh kita.
  4. Bila dah ready..uli lagi sekali doh, untuk keluarkan angin. Rehatkan lagi selama lebih kurang 10 minit.
  5. Bentuk ikut pilihan hati kita. Rehatkan.
  6. Bila dah naik..boleh goreng, toskan minyak, kemudian dust dengan gula & cinnamon powder.

Tag dari Sharifah

Mana si Cik pah ni...dia nak sangat tgk peti ais saya! dah berapa hari dah kena tag dari cik pah ni...baru hari ni ada kesempatan. Ini la rupanyerr peti ais saya..ntah apa barang la kat dalam tuu..semak samun!
  1. Yang gambar no 1&2 tu..muka depan peti ais. Ada iklan, ada magnet, ada gambar tuan rumah, hehehehe ada masa kami tambal ngan A4 paper..sebab tulis our 'to buy list' :D
  2. Gambar no 3 tu gambar bahagian freezer. Dah hampir2 kosong dah...time to shop! Tunggu habis semuanyerr dulu..Balah bawan saya letak daging, seafood atau ayam. Belah atas pulak..saya letak benda yang tak barbau, i.e chips, mixed vege, wantan skin, apa lagi tahhh..malas nak membelek:D
  3. Gambar no 4, bahagian bawah sekali..tempat buah ngan sayur. Sayur2 hijau saya tak keep..beli bila nak masak. Sayur yang mesti ada dalam fridge,,macam dalam gamba rtu lahh..selalunya carrot, zuchinni, capsicum, brocolli, cauloflower.etc

  1. Yang gambar kat atas ni pulak..gambar belah pintu. Yang no 5 tu gambar Kicap manis, kicap pekat, mayonis, cokelat topping, tomato sos..
  2. Gambar 6&7..berselahan..tempat yang ada cover tu..biasa nyer saya letak kekacang. tapi hari ni kat dalam tu ada gula kabung & dried kiwi jerr. Sebelahnye tu pulak..cream cheese & cheddar block cheese
  3. Yang no 8 tu..kat atas sekali...tempat segala jem..ntah apa2 perasa tahh..tak tahu laaa masa bila nak habiskan tuhhh

  1. Yang ni pulak...bahagian tgh peti sejuk saya. Yang no 9 ni , bahagian paling bawah. Saya letak segala sos, crushed garlic, crushed ginger. Ehh ada banyak barang lahh dalam tuuu...pi tgk sendiri :D
  2. Yang no 10 tuu..bahagaian tengah. Bahagian ni selalu tempat saya letak makanan yang dah masak. Kalau tak habis..mmg kat bahagian ni laahh saya letak. Purposely bahagian tu saya biarkan kosong, dengan periuk nasi pun aku sumbat dalam nii!! hahahahah
  3. No 11 & 12 tu kat atas sekali. Tempat letak barang2 untuk baking. Dalam bekas biru tu..tempat saya letak butter & shortening. Yang dalam bakul tuu..dalam tu ada segala mak nenek color & perisa.

haaaa siap keje aku!! ni time nak tag org lain pulakssss..hohooo...ha sila2kan lah yerr..pada semua yang ada dalam list kat blog nii..jgn nak ngelat!! heheheheheh..jom intai :D

Erin, Shah & Kids
Jalil & Marlinda
Kak Pah gi meround..
Lia, Insan & Durra
Rumah Cik Mat
Rumah CT Azma
Rumah CTnik
Rumah Dayang
Rumah Del
Rumah Edazman
Rumah Ein
Rumah Joayee
Rumah Kak D
Rumah Kak E
Rumah Kak Hani
Rumah Kak Jun
Rumah Kak Liza
Rumah Kak Nisa
Rumah Kak Noraini
Rumah Kak Pah
Rumah Lemon Grass
Rumah Lydia
Rumah Mama Anis
Rumah Nita
Rumah Noreen
Rumah Rozie
Rumah Sweet Lily
Rumah Ummi
Rumah Yani
Rumah Yat
Rumah Zaliana
Rumah Zuhri

30 March, 2008

Cakoi


Cuba resepi ini kali yang kedua. Dulu mula2 buat..takde alum, kali ni ada alum, tapi still tak jumpa cooking amonia. Lydia buat dalam dia rongga besar..saya buat, tak dpat texture cenggitu..tapi mmg ada rasa cakoi..& lembut.

Saya copy & paste resepi dari Lydia. Untuk lebih jelas, boleh tgk kat sini:
  • 1 cawan air
  • 2 cawan tepung roti
  • ¼ sudu kecil instant yeast
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ sudu kecil alum
  • ½ sudu kecil baking soda
  • ½ sudu kecil ammonia atau Nutre Powder (utk menghasilkan cakoi yg lebih ranggup, takde pun takpe... susah nak cari ammonia for cooking)
  • 1 sudu besar minyak
  • Minyak utk menggoreng
  1. Masukkan semua bahan2 ke dalam breadmaker, pilih menu buat doh dan ON kan. Bila dah siap uli, keluarkan doh dari breadmaker.
  2. Taburkan tepung ke atas papan canai. Bahagikan doh kepada 2, buatkan bentuk panjang (40cm) setiap satu. Tutup doh dgn kain atau plastic wrap, biar naik dlm suhu bilik selama 45 minit.
  3. Ratakan doh dgn tangan, biar jadi 1cm tinggi dan 5-6cm tebal. Potong 2-2.5cm seperti dlm gambar, biar rehat selama 10-15 minit lagi.
  4. Panaskan minyak utk menggoreng (deep-fry) dgn api kecil. Ambil sekeping doh, bubuh sedikit air dgn mengunakan lidi sate seperti dlm gambar.
  5. Letak sekeping doh diatas doh tadi, tekan di tengah2 dgn lidi sate.
  6. Pegang kedua-dua hunjung dan tarik pelahan-lahan, biar jadi 15-20cm panjang dan terus masuk ke dalam minyak panas. Kacau sikit apabila dia dah timbul kat permukaan minyak supaya dia jadi lebih kembang. Goreng sehingga perang keemasan.
  7. note:
    Doh ni agak lembut, kena taburkan tepung banyak. Doh yg betul2 naik, senang nak ditarik. Boleh buat saiz besar sikit jika guna kuali yg besar.

Chicken with Tofu Puff Salad


Another resepi kalau nak senang. Macam biasa, lepas masak tak payah beriya nak lap sana sini. Masak ni tak payan tumis2..so tak berminyak dapur..

  1. Ayam dipotong kecil, bersihkan, kemudian rebus sampai empuk.
  2. Sayur2..capcisum, carrot, cauliflower, brocolli & zuchinni. Semuanyer serba sedikit, dipotong kecil. Rebus sekejap sehingga lembut. Angkat dah bilas dengan air sejuk untuk mengekalkan nampak segar.
  3. Tofu puff dipotong kecil.
  4. Satukan semua bahan, masukkan fish sauce, sedikit cili tumbuk & oistyer sauce. Squeeze lemon juice. Rasa garam.

29 March, 2008

Capati


Dah lamo teringin nak makan capati ni, tapi tak reti nak buat. Lagi pun cari2 tepung capati, tak jumpa sehh! Pastu CMG lak buat..uishh takleh jadi nihh..usahakan jugakk cari tepung tuu..last2 jumpa! fuhhh legaaa!
Alkisahnyerr...baru la saya tahuu..tepung untuk buat capati ni namanyer tepung atta. Patut lerr masa mula2 cari tu tak jumpa heeheheheh tanya kat org tepung capati..sape laaa yang tau ye dakkk :D and lagi satu, tepung capti ni ada 2 jenis. Satu yang color cerah, satu lagi color gelap. Jenis tepung memainkan peranan untuk tentukan color capati yang dihasilkan, samada gelap or cerah..
Saya buat cuma setengah adun dari resepi dibawah ni..ityupun dah cukup banyak utk feed me & rezan..hehehhe
  • 400 g tepung atta
  • 310 mk air
  • 1/2 camca teh garam
  • 2 camca teh minyak sapi/mentega
  1. Bancuh semua bahan, kemudian uli 10-15 minit. Perap dalam bekas yang ditutup dengan kitchen towel yang dibasahkan dengan sedikit air selama 1-2 jam. (what i did..saya masukkan semuanye ke dalam bread maker, pilih setting 'dough'..biar je kat dalam tu sehingga siap.
  2. Bahagi2kan doh ke beberapa ketulan kecil. Bulat2kan.
  3. Sebiji demi sebiji..leperkan/canai..kemudian masak atas kuali leper (non stick). Masak tanpa minyak sehingga masak.
  4. Sentiasa tutup capati dengan kain yang bersih untuk mengelakkan capati dari menjadi terlalu kering.

Kuah Dal

Dulu saya penah post resepi ni kat myresipi.com. Buat kuah ni senang sangat, walau keje banyak camana pun, boleh sempat lagi siapkan kuah ni, sebab semua bahan main rebus jerr. Campak jer dalam periuk, last sekali baru tumis :) tak caya..jom tengok camana nak buat..
  1. Kacang dal dibersihkan, kemudian direbus dengan air yang banyak sehingga empuk. Masukkan sedikit serbuk kunyit, untuk bagi color. Seeloknya, kacang dal direndam seketika sebelum rebus.
  2. Bila dah empuk, masukkan kentang & carrot, yang telah dipotong2. Rebus lagi sehingga empuk.
  3. Kemudian masukkan pula terung, juga yang telah dipotong. Juga masukkan cili yang telah dikerat2.
  4. Bila semuanya sudah lembut, dalam bekas yang lain, panaskan minyak. Kemudian tumis biji sawi, cengkih, kayu manis & bunga lawang. Masukkan bawang yang dimayang nipis, bawang putih & halia yang diracik halus. Kalau ada daun kari, masukkan sedikit. Tumis sehingga layu dan wangi.
  5. Tuangkan bahan tumisan ini ke dalam dah tadi. Kacau2, rasa garam. Siap.
  6. Sesuai dihidang dengan roti canai, murtabak, capati atau boleh juga dimakan dengan nasi. :)

27 March, 2008

Butter Cake II

Butter cake lagi, dalam 24 jam, saya buat 2 butter cake yang berlainan resepi. Dipendekkan cerita, kek yang saya buat earlier tu cadang nak bawak pegi farewell party, tapi, tak sampai 2 jam kek tu masak, dah tinggal separuh. So bancuh lagi satu guna resepi lain pulak, saje nak experiment.

Untuk yang ni, resepi amik dari blog CMG. Tapi saya buat plain, tak bubuh oreo. Banyak org suka yang ni, sebab moist & buttery. Mesti cuba!

Daging Kicap Berempah


Hari tu macam tak reti nak pikir masak apa..so masak kicap beremaph. Sama je cara macam masak kicap, bezanyerr letak rempah jerr masa tumis tu.

Pejeri Kuning


Resepi Kak E, boleh amik kat Myresepi. Malas nak pi kedai..masak nenas dalam tin jerr.. :D Saya copy & tepek je lahh resepi ni yer! Mintak halal Kak E..

  • 1 tin nenas
  • 1 inci halia
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu makan udang kering
  • 1/2 sudu teh kunyit serbuk
  • Bahan penumis > biji pelaga, bunga lawang, cengkih dan kayu manis
  • 3 biji lada merah (ikut suka)
  • 1 sudu makan cuka
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 2 sudu makan minyak untuk menumis
  1. Panaskan minyak dan tumis bawang, halia dan bawang putih.
  2. Setelah naik bau masukkan udang kering dan mudian masukkan bahan penumis.
  3. Masukkan kunyit serbuk dan sedikit air dari jus nenas (jika suka)
  4. Kemudian masukkan nenas dan lada merah
  5. Masukkan garam, gula dan perasa >> tunggu sebenar sehingga mendidih

Butter Cake I


Amik resepi dari blog ini. Resepi ni taste better lepas simpan sehari. Mesti cuba kalau tak caya :D

25 March, 2008

Kek Lapis




Kek Lapis lagiiii!!! dahhh ni last ni untuk bulan March ni..janji tak buat lagiiikkkk!! hehehehhe..
Bulan depan pulakssss... :) Amacam dayang?? ada pass tak ini kalii ?? ;)

24 March, 2008

Kek Lapis

Kek Lapis lagii..balas dendam sebab yang buat kat previous entry..mcm garing sket. Kali ni buat..huhhuuuu sronotttttttttt...cuma lapisan paling bawah tu jerr yang mcm lain sikit dari yang lain.

Saya pun tak tahu laa apa nama kek lapis ni..agaknye ala2 Kek Lapis Betawi kot, sebab takde kaler maler..and saya tambah rempah kek!! selama seminggu ni..saya buat kek lapis semua takde nama. Main buat jerr ikut basic resepi Dayang bagi, then tukar perasa & color. Main lapis jerr ikut perasaan...syok sendiri la kata kannn hahahahaha

Kek Lapis Award


Cikgu Dayang bagi award..heehheheheee...jom kawan2..kita amik ramai2..leh bakar semangat kita buat kek lapis lagi!! Jangan terbakar rumah sudahh, asik buat kek jerrrr..oven tu pun mengamuk nanti !! Thanks ya Dayang atas tunjuk ajar tuu..semoga bertambah murah rezeki Dayang, diberi tubuh yang cergas & sihat untuk terus berkecimpung dalam dunia kek lapis! Muuuahhh!

Chicken Bake with Snow Peas

Yang ni special requested by my dear darling..he kept asking until we finally baked this! Ntah dari suratkabar mana tahh dia dapat resepi ni, dia cuma bawak balik page resepi tu jerr..
Nama asal resepi ni ialah 'Chichen Bake with Lemon Asparagus'. Tapis semalam saya pusing satu kingsford cari asparagus tak jumpa. Subsitute je lahh dengan benda lain, and saya guna snow peas. Rasa dia camanaa??? hmm not bad, sedapp!!

  • Ambil potato, belah masukkan dalam caserole, bakar selama 10 minit.
  • Ambil ayam..maryland portion the best! Lumur sikit dengan serbuk kunyit untuk bagi color. Then masukkan dalam bekas kentang tadi, spray atau sapu dengan olive oil (atau apa2 minyak pun boleh)
  • Bakar ayam sehingga masak. Check selalu, as ayam ni akan keluarkan air. Saya buang air tuu..sebab nak bagi ayang ni cepat masak. Terbalikkan ayam ni in between, jika perlu untuk bagi ayam cepat masak.
  • Bila agak2 dah masak..masukkan asparagus (saya guna snow peas), squeeze lemon juice & taburkan thyme.
  • Bakar lagi lebih kurang 5 minit. Siap!
  • Serve dengan apa2 sauce.

Toasted Bread & Half Boiled Egg

Breakfast time2 cuti ni...style camni je laaa. Makan simple2 jerr..toasted bread, makan ngan half boiled egg, sprinkled dengan kicap & pepper..yumm!! Nak letak resepi jugak kerrr???? takyah kannn.. ;)

21 March, 2008

Kek Lapis Masam Manis


Betul cakap Dayang..kek lapis kalau kukus..taste better! hmm memamg sedap. Lagi cepat siap pulak tuu..cuma satu jerr..kalau kukus..tak nampak lapis2 yang cantik tuu..sebab takde permukaan perang tu kan... Anyway,thanks Dayang..

Nasi Dagang

Minggu ni layan layan selera pantai timur. Rasa susah nak buat, banyak keje..tapi berbaloii :D Nasi dagang ni best to serve with lauk ikan gulai dengan acar.

Ini resepi asal dari buku Kak Lina, untuk 1kg beras. Saya buat 2 pot jerr..konsepnyerr beras pulut 1/5 portion. Kalau nak buat sikit..kena pandai2 adjust dari resepi asal ni yerr :D

  • 800gm beras wangi
  • 200gm beras pulut
  • 10 ulas bawang merah dihiris halus
  • 1 camca halba
  • 2 cm halia hiris halus
  • 1500ml santan (yang ni kena adjust..kalau guna semua banyak sangat santan ni. Nanti jadi bubur pulakss :D amponnnn Kak Lina)
  • Garam & gula
  1. Beras digaul rata. Kemudian rendam selama 4 jam.
  2. Satukan santan, garam & gula.
  3. Kukus beras selama 15 minit.
  4. Selepas kukus..masukkan dalam tapis & bilas dengan air biasa. Kemudian kukus lagi sehingga masak.
  5. Angkat & tuang dalam bekas besar, gaulkan dengan santan, bawang & halia.
  6. Kukus lagi sekejap, lebih kurang 5 minit. Siap.

Acar


  1. Timun, nenas, bawang & cili..dipotong nipis.
  2. Masukkan cuka, garam & gula.
  3. Gaul rata.

Ikan Gulai Darat

Dah berapa hari dok gantung gambar ikan ni..hari ni baru ada gesa nak letak resepi...hehhehehe
Al-kisahnyer buat lauk ni sebab nampak CMG tayang buku Resepi Pantai Timur dapat dari Kak Lin tu. Ikan tuna pun mmg dah lama dok parking dalam fridge..so layannnzzz..tq mat, tq kak lina :D


  • 500 ikan tongkol (saya guna ikan tuna)
  • 650ml santan
  • minyak untum menumis
  • 2 sudu besar ketumbar (goreng tanpa minyak sampai wangi, kisar)
  • 1 sudu kecil jintan manis (goreng tanpa minyak sampai wangi, kisar)
  • 1 batang (besar) serai, diketuk
  • asam keping
  • 1 sudu makan kerisik
  • Cili hijau & merah di belah 2
  • Garam & gula
  • Cili kering**
  • Bawang merah**
  • Bawang putih**
  • sedikit lengkuas**
  • 1 biji buah keras**
  1. Ikan dibersihkan, kemudian direbus. Toskan.
  2. Kisar bahan bertanda ** kemudian tumis. Masukkan juga ketumbar & jintan manis.
  3. Masukkan santan, serai, gula, asam & kerisik. Biarkan didih sehingga pecah minyak. Kacau selalu. Api jangan terlalu kuat.
  4. Masukkan ikan yang siap direbus tadi. Kacau.
  5. Masukkan cili hijau & merah sebagai penyeri.

19 March, 2008

Laksam

Resepi amik kat Myresipi. Tapi saya dah buat ubahsuai..ikut bahan & alat yang aderr.. :)

Tepung Laksam:
  1. 3cwn tpg beras
  2. 1/2 cwn tpg gandum
  3. 4cwn air suam
  • Gaulkan semua bahan-bahan.
  • Sapukan tudung periuk dengan sedikit minyak masak-utk mengelak dari melekat. Ambik sedikit adunan dan letakkan di atas tudung periuk. Kukus sampai masak. (Rumah saya takde tudung periuk leper tuu..so saya guna pinggan leper yang tahan panas).
  • Gulung.
  • Ulangi sehingga habis bancuhan tepung tadi.

Kuah:

  1. Ikan - direbus,dibuang tulang, kemudian dihancurkan (saya payah sangat nak cari ikan..guna tuna chunk dalam tin jerr).
  2. Halia
  3. Bwg putih
  4. Bwg merah/besar
  5. Lada hitam/serbuk lada hitam
  6. Santan
  7. Asam keping
  8. Sdkt garam
  9. Sedikit gula merah/gula
  • Kisar semua bahan..masukkan dalam periuk. Masak sehingga mendidih dan pekat

Ulam:

  1. Timun - diracik kecil
  2. Kacang panjang - diracik kecil
  3. Taugeh (tapi saya tak letak..sebab takde sape yang minat taugeh kat rumah ni..heheheh )
  4. Daun kesum (dipotong halus)

Sambal Belacan:

  1. Cili merah
  2. Belacan
  3. Garam
  4. Limau
  • Tumbuk cili dgn belacan, tambah garam & dan perahkan limau

Cara hidang: Potong kecil tepung laksam, letak kuah, kemudian garnish dengan sayur. Letakkan sambal belacan. yummm!!

Nasi Goreng Kampung


Dalam fridge ada kangkung...hmmm bantai je leerrr buat nasi goreng kampung. Konsepnyerr ada kangkung & ikan bilis goreng. Yang lain2 tuu pandai2 lerrr tambah2 sendiri. Saya buat mcm nasi goreng biasa..then letak fish sauce sikit & oyster sauce. Potong timun, buat telur mata lembu..selesai masalah :D

18 March, 2008

Sotong Goreng Tepung


Seminggu dua ni..banyak keje betul kat office. Balik keje baru terasa penat. Hari tu ada sotong..tapi penat memikir nak masak apa. Last2..goreng tepung je lahh..layan ngan kangkung goreng belacan..ermmm best!

  • Sotong dipotong lebar, cuci bersih kemudian tos.
  • Dalam bekas lain..satukan 1 cawan tepung gandum, 2 sudu besar tepung jagung, serbuk lada sulah & sedikit serbuk kunyit.
  • Coan sotong dalam tepung tadi..kemudian goreng sehingga kekuningan.
  • Makan dengan sos.

17 March, 2008

Croissant

Try buat ni lagi sekali. Nak practice. Kali ni buat rasa senang la pulak..heheh agaknyer sebab dah tahu budget masa & dah tahu camana nak shape. Lepas ni nak cuba lagi sampai dapat croissant yang macam kat kedai tuu huhuuuu. Resepi ada kat previous entry :)

Apam Tapai Beras

Apam lagi..hari tu makan tak puas..kali buat banyak..tak habis la pulakkk, macam biasa jiran2 jadi tukang makan.. :D Resepi ada kat previous entry.

Tapai Pulut


Mintak resepi dari mak. Cara nak buat tuu..dulu selalu tengok mak buat. Sekarang ni..kita experiment sendiri..ok..kom kita tengok resepi tapai ni..(anggaran untuk 1 pot beras pulut)

  1. Amik ragi sebesar ibu jari, atau lebihkan sedikit. Ragi mestilah betul betul2 kering. Jemur bawah cahaya matahari jika perlu.
  2. Kukus pulut. (Letak pulut dalam bekas, air paras2..kukus sampai masak).
  3. Sejukkan pulut.
  4. Peroikan ragi yang telah kering tadi, tapis supaya dapat texture macam tepung.
  5. Taburkan ragi ke dalam pulut yang dah sejuk tadi. Gaul rata.
  6. Kemudian renjiskan dengan bancuhan air gula. (1/3 cawan air suam dengan 1/3 cawan gula. Ikut tahap kemanisan kita suka).
  7. Gaul rata lagi. Simpan dalam bekas tertutup, balut bekas tersebut dengan kain. Kemudian simpan ditempat suam. Biarkan selama 2 malam ATAU 48 jam.
  8. Siap.

Yong Tau Fu Sauce

Cuma buat kuah sahaja..barang2 lain semua beli ready made :)
  • 10 tangkai cili kering
  • Gula melaka
  • Bijan goreng
  • Gula(kalau kurang manis)
  • Sedikit garam
  • 3 cm belacan
  • 300 ml air
  • 1 sudu besar minyak
  • 1 1/2 sudu besar tepung jagung, dibancuh dgn 50 ml air
  1. Masukkan minyak dalam kuali. Goreng cili kering sehingga garing dengan api yang kecil.
    setelah garing, angkat dan blend cili kering dgn sedikit air.
  2. Panaskan air bersama gula melaka. Masukkan cili yang telah dikisar tadi dan juga belacan.
    setelah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung untuk memekatkan kuah.
  3. Masukkan garam dan gula(jika gula melaka kurang manis).
  4. Masukkan bijan goreng.

16 March, 2008

Sambal Ikan Bilis Tumbuk

Ada sekali kat office, saya makan sambal mcm gini. Kawan saya beli readymade sambal..sedap. Kawan saya suruh cari kat oriental shop, tapi puas saya cari tak jumpa. Last2 saya pandai2 reka sendiri..based on rasa & texture sambal tu, rasanya boleh agak apa bahan & cara nak buat. So semalam saya try lerrr ;))

Senang je nak buatnyer..

  • 2 genggam ikan bilis, besihkan & digoreng.
  • 2-3 ulas bawang putih..dikupas kulit & digoreng hingga kekuningan.
  • 1 sudu kecil bawang putih yang ditumbuk lumat kemudian tumis dengan sidikit minyak. Masukkan pula sedikit cili boh (ikut tahap kepedasan masing2) & sedikit belacan. Masak sehingga cili naik minyak & garing.
  • Rasakan garam & gula.
  • Sira ikan bilis & bawang putih goreng tadi dengan cili.
  • Angkat, kemudian tunbuk atau kisar semuanya hingga sedikit lumat.
  • Pasa sesiapa yang suka pedas, boleh tambah cili padi :D

Seafood Bags

  • Seafood highlight/crabstick (ikut banyak mana kita nak buat)
  • Wantan skin (ikut banyak mana filing)
  • Sedikit bawang putih
  • Sedikit pepper, jika suka
  • Minyak untuk menggoreng
  1. Celur seafood highlight/crabstick dalam air mendidih selama 2-3 minit. Angkat & tos.
  2. Campurkan dengan pepper & bawang putih, kisar lumat.
  3. Ambil sedikit, letak di tengah-tengah kulit wantan, bungkus.
  4. Gunakan sedikit air untuk mudah melekatkan kulit wantan.
  5. Goreng dengan minyak yang banyak, dengan api sederhana panas sehingga kekuningan.
  6. Enak dihidang dengan cili sos.

15 March, 2008

Kek Lapis

Kek Lapis..kali ni letak rempah. Dapat layer nipis..tapi garing la
pulakkkk. Takperr..nanti nak cuba lagi!

Lunch Combination dated 15 March 08 :)


Rasa nak makan lauk yang berkuah cair2 mcm gini..with somthing ada cili sikit & ada benda yang rangup sket..so, buat Tumis air kentang, seafood bags dengan sambal ikan bilis tumbuk.

Taco

Dinner malam tadi. Kes kepenatan & kemalasan. Beli taco kit..masak daging cincang letak taco seasoning, letak apa sayur yang patut. Dah makan..dok senyap2! heheheheh

Sambal Tempe & Ikan bilis

Ni kes tengok tempe & ikan bilis kat rumah org la niii.. :D

Jemput-Jemput

Pagi semalam bangun tido..terus teringat kat jemput2..heheheh. Bertahun dah agaknyerr tak makan jemput2 ni..lepas je semayang subuh, terus godak. Pagi2 buta makan jemput2 hehhehee..

12 March, 2008

Apam Tapai Beras

Saje nak test out ragi yang ada kat sini, at the same time memang rasa nak makan apam tapai ni pun. Dulu selalu tengok mak buat, tapi tak tahu exact bahan. Apalagiii..roger!

Saje buat kaler maler..konon nak buat color bendera Malaysia (merah, putih, biru & kuning). Sekali terletak banyak la pulakk color merah & kuning tuuu..merah sangat la mak ngah..and kuning tu macam kuning apa ehhh??? ;)) Anyway..dalam 2-3 hari ni nak buat lagi, semalam makan tak puas..sebiji2 tu tak terasa masuk ke mulut hehhehehhe


  • Cara nak sediakan tapai nasi:
  1. Ragi yang nak digunakan mesti dalam keadaan betul2 kering. Jemur dulu bawah cahaya matahari jika perlu. Peroikan kemudian tapis atau ayak sebelum digunakan untuk membuat tapai.
  2. 1 cawan nasi yang dah disejukkan digaul dengan sebesar ibu jari ragi. Gaul rata ragi sehingga melitupi semua nasi. Kemudian renjiskan sedikit sahaja air. Tutup rapat bekas & simpan di tempat yang warm selama 2 malam.

  • Cara membuat apam:
  1. Satukan 250gm tepung beras (setengah kampit), 1 cawan tapai beras, 1 cawan gula, 1 cawan air, 1 cawan tapai beras & 1 sudu teh instant yeast. Blend semuanya. (saya guna cawan sukatan 250ml).
  2. Masukkan dalam bekas bertutup yang besar, simpan atau peram selama 4 jam. Bancuhan ini akan membuak dan mengembang, sebab itu perlukan bekas yang besar.
  3. Bila dah ready, panaskan kukusan. Panaskan sekali acuan.
  4. Just before kita kukus..masukkan sedikit eno ke dalam adunan, kacau rata. (untuk setiap 500ml bancuhan, masukkan setengah sudu kecil eno).
  5. Masukkan ke dalam acuan kecil2, kukus semalam 15 minit, atau sehingga masak. (jika menggunakan loyang besar, masa kukusan mungkin lebih lama).
  6. Hidangkan dengan kelapa parut yang dicampur sedikit garam.

Sushi

Dah lama tak buat sushi and kebetulan ada smoked salmon kat rumah. (hehhehehe kalau raw salmon, tak sanggup mokcikk nak telan weiiii). Penat2 pikir apa nak makan, buat sushi je lah senang!


  1. Masak beras sushi ikut arahan packaging beras.
  2. Gaulkan vinegar sushi, juga ikut arahan packaging beras. Sushi vinegar dah siap gula dalam tu. Boleh juga gantikan dengan rice vinegar dengan gula, atau kalau takde juga..gantikan cuka biasa dengan sedikit garam & gula. Masa gaul ni..on kipas supaya dapat tolong cepat sejukkan nasi.
  3. Ratakan nasi di atas seaweed, letak filing yang disukai, gulung kemas, potong. That's it!
  4. Saya buat salmon & california sebab itu je bahan yang aderr :D