31 May, 2008

Bingka Ubi


Haaa jom buat. Main curah2 je resepi nii:

  • 450gm ubi parut
  • 1 - 1.5 cawan gula (edited)
  • 1 biji telur
  • 250ml santan
  • Pewarna kuning
  • sedikit garam
  1. Blend semua bahan sehingga semuanya gaul sebati.
  2. Curahkan sedikit minyak atau butter dalam acuan. Panaskan sekejap acuan dalam oven dengan kepanasan 175 degree.
  3. Bila acuan dah betul2 panas, curahkan bancuhan ubi tadi, bakar sehingga masak (selama lebih kurang satu jam)
  4. Kuih ni masa baru masak agak lembik. For the best result, buat malam kalau nak makan pagi esoknye OR buat pagi utk makan waktu petang.

Nasi Goreng Pepper

Kek Lapis


Selalu buat kek lapis asyik color hijau jerr...ni tukar sket, merah & biru dengan perisa durian :D

28 May, 2008

Thai Beef Salad


Jom masak camni...dapur kita tak kecah.. :D

  • Daging potong besar kemdian direbus sampai empuk. Bila dah empuk, hiris nipis.
  • Dauk ketumbar, mint, daun kesum, basil semuanya serba sedikit..dicincang.
  • Hiris nipis bawang besar, tomato, capsicum, timun, carrot. Seeloknya carrot di rebus sekejap bagi lembut.
  • Gaulkan semua. Curahkan sweet cili sos, jus lemon & kicap manis. Letak garam sikit jika perlu.
  • Serve.

27 May, 2008

Pizza


Doh ni saya ikut resepi kat tepung roti punya packaging. Senang je buatnye..

  • 200gm tepung roti
  • 150 ml aor..(jgn masuk kan semua ..masuk sikit2..kang terlembik pulak)
  • yeast 1.5 sudu kecil
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • garam
  • sedikit gula
  1. Masukkan semua dalam breabmaker, dengan setting dough.
  2. Bila dah ready..bahagikan kepada 4 bahagian. Kemudian canai memanjang. Biarkan naik. OR bolehbuat bulat mcm biasa..
  3. Letak laa topping ikut sukahati dengan lots of mozarella cheese.

25 May, 2008

Satay Kebab


Bantai je laaaa...sempi gila!

  1. Daging potong cube.
  2. Perap dengan bawang putih, cummin, ketumbar, cili, kunyit.
  3. Cucuk kat skewer, & bakar.
  4. Serve, makan ngan tobouli & falafel :)

Falafel


  1. Chickpea, rendam & rebus sampai empuk - lenyek. Chickpea ni..kat tempat kita org panggil kcang kuda :)
  2. Bawang putih, ketumbar, cummin, ditumbuk, masukkan dalam chickpea tadi.
  3. Bawang besar didadu.
  4. Masukkan sedikit tepung gandum, gaul rata.
  5. Bentuk kan bulat sebesar boal pingpong.
  6. Goreng dalam minyak panas hingga kekuningan.

Tabouli


Cincang2 & gaul2 jerr...jom try buat!

  1. Flat parsley, mint, tomato..cincang
  2. Gaul, squeeze kan lemon juice.
  3. Kalau ada wheat germ, lembutkan dulu dengan air panas..masukkan dalam tabouli ni..gaul. (optional yang ni..)
  4. Serve!

Kek Lapis

Macam allergy kalau orang tanya 'tak melapis kerr' ;)) terus rasa nak buat. Sebelum tido malam tadi ah keluarkan butter. pagi tadi bangun, butter tuuu still keras..perghhhh..cuaca mcm buat saya rasa malas jee nak buat apa2..tapi kek lapis punya pasal...tak kira! Kali ni, letak prune jerr..layanzzz

24 May, 2008

Mocha Souffle


Sempoi gilerr buat souffle ni rupanyerrr..sebut betul2 yerrr 'suf-ley' hehhehehee. This recipe is best made just before serving. Makan panas2, syokkkk. Masa mula2 keluar oven..souffle ni naik tinggi..double size!! tak sampai seminit..merundum. Kalau dah sejuk souffle ni akan jadi sedikit dense, tapi not that bad laa...dah sejuk pun still sedap.

  • 2 sudu besar caster sugar
  • 2 sudu besar instant coffee
  • 2 sudu besar air panas
  • 200g coklat masakan (dark chocolate)
  • 50gm butter
  • 3 biji kuning telur
  • 7 biji putih telur
  • butter & caster sugar untuk greasing & dusting

Chocolate Sauce

  • 100gm dark chocolate
  • 80ml cream
  • 1 sudu besar perisa coffee
  1. Preheat oven 200 degree celcius.
  2. Grease remekin dengan butter Kemudian dust dengan caster sugar. Kalau takde remekin, boleh guna apa apa ovenproof dishes. Kalau guna remekin capacity 125ml, grease half cup OR Kalau guna remekin capacity 180ml, grease 3/4 cup.
  3. Larutkan instant coffee dalam air panas, kemudian satukan dengan coklat masakan & butter. Cairkan dengan kaedah double boiler.
  4. Remove from heat, kemudian masukkan kuning telur. Kacau rata.
  5. Dalam beks lain, pukul putih telur dengan speed laju, sedikit2 masukkan gula. Pukul sehingga soft peaks form.
  6. Sedikit2 masukkan putih telur ke dalam campuran coklat. Gently fold.
  7. Agih2kan ke dalam acuan. Bakar selama 12-15 minit, (sehingga souffle naik sekali ganda).
  8. Sediakan chocolate sauce: Cairkan coklat dengan kaedah double boiler, stir in cream & coffee.
  9. Serve souffle immediatly. Dust dengan serbuk koko & top dengan chocolate sauce.

21 May, 2008

Pandan Muffin

Resepi yang sama dengan yang sebelum ni. Tapi kali ni tukar flavor jerr..dah seronok guna resepi yang itu. Simple, senang, cepat & sedap :D eggless pulakk tuu. Saper taknak santan, boleh tukar dengan susu..

Petola Tumis Air


Rasanya, ni antara resepi terawal yang saya cuba-cuba masak sendiri, masa zaman muda-muda dulu kot.. :D Saya jarang2 jumpa petola kat sini..sekali sekala kalau jumpa, saya suka buat mcm ni.

  1. Bawang putih & bawang merah & udang kering tumbuk. Jangan hancur sangat.
  2. Tumis dengan sedikit minyak, sehingga wangi.
  3. Masukkan air, (kuah).
  4. Biar didih. Kemudian pecahkan telur sebiji. Kacau untuk pecahkan telur.
  5. Bila didih lagi, masukkan petola.
  6. Masukkan pula fucuk & so'on yang telah direndam sekejap.
  7. Agak2 petola dah masak, boleh padamkan api.

18 May, 2008

Cakar Ayam


Tetiba rasa nak makan. Macam ingat-ingat lupa, masa kecik2 dulu tgk mak buat. Saya cuba buat sendiri ikut logik :-)

  1. Keledek disagat, goreng hingga garing. Angkat & ketepikan. Goreng sehingga habis.
  2. Gula melaka dicairkan, campur dengan sedikit air. Kuantiti gula & air ni kena agak2...
  3. Sira keledek dengan air gula, gaul rata.
  4. Sementara masih panas, cepat2 bentuk. Sukahati nak bentuk apa. Kalau ikut tradisional, bentuknye bulat (guna tutup botol nescafe tu je senang). Biarkan sejuk & keras. Simpan dalam botol kedap udara.

Nasi Ayam


Nasi ayam resepi biasa2 jerrr..main bantai je lahhhhh

  1. Ayam dibersihkan, rebus dengan air yang banyak. Masa rebus ni saya masukkan sekali bawang putih & halia, bagi rasa tu serap masuk dalam ayam.
  2. Bila dah siap rebus, saya perap sekejap ayam dengan sedikit sesame oil & oyster sauce. Then grill sampai masak.
  3. Masak nasi: Tumis bunga lawang, cengkih & kayu manis. Masukkan bawang putih & halia, sikit jerr..sebab air rebusan tadi dah ada halia & bawang putih. Masukkan beras & sedikit serbuk kunyit utk color (kalau suka). Masukkan air rebusan ayam tadi ikut sukatan beras. Campakkan daun pandan. Masak nasi macam biasa. Agak2 nasi nak kering, campakkan bawang besar yang dia mayang nipis. Kacau.
  4. Masak sup: Masukkan sup bunjut dalam air rebusan ayam tadi. Kalau ada tulang2 ayam masukkan sekali. Masukkan daun sup atau daun ketumbar. Rasa garam.
  5. Sediakan kuah cili: Cili & bawang putih, lumatkan. Campur dengan cuka, gula & garam.
  6. Hidangkan nasi dengan ayam tadi, kuah cili & sup. Garnish dengan daun slad, timun & tomato.

17 May, 2008

Kek Gula Hangus


Resepi asal from here.

  • 210 g gula **
  • 240 g air **
  • 80 g butter**
  • 6 biji telur
  • 160 g susu pekat
  • 180 g tepung gandum
  • 2 1/2 sudu kecil baking soda
  1. Bahan bertanda ** dijadikan gula hangus. Masak gula di dalam sebiji periuk sehingga berwarna keperangan. Kemudian, tambah air dan kacau sehingga gula larut dalam air semula. Tambah butter, tutup api dan biar butter cair dlm gula hangus tu. Ketepikan.
  2. Pukul telur sedikit dengan hand whisk. Tambahkan susu pekat dan kacau hingga sebati.
  3. Tepung & baking soda diayak bersama, kemudian masukkanke dalam bancuhan telur dan kacau sehingga sebati.
  4. Tambahkan gula hangus ke dalam adunan dan gaul sebati.
  5. Sapukan sedikit butter ke dalam loyang pembakar dan alas dgn kertas baking. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan biar selama 5-10 minit supaya baking soda dpt bertindak balas.
  6. Bakar adunan di dalam oven selama 1 jam pada suhu 180 deg C. Siap, dan hidangkan.

Yam Muffin

Resepi asal dari Joayee(myresipi). Resepi asal perisa pandan, tapi saya tukar dengan yam :-)

  • 1 1/2 cawan tepung gandum
  • 3/4 cawan gula
  • 1/2 sudu kecil bicarbonate soda
  • 1/2 sudu kecil baking powder
  • 1/2 cawan minyak masak
  • 1 cawan santan pekat (saya gantikan dengan susu)
  • 1 sudu besar ENO
  • sedikit perasa & pewarna (saya gunakan yam & warna purple)
  1. Satukan semua bahan kering (tepung, gula, soda bicarb, baking powder).
  2. Dalam bekas lain, satukan bahan liquid (santan, minyak, colour, perasa pandan).
  3. Satukan bahan kering & liquid tadi sambil dikacau perlahan menggunakan garpu.
  4. Ayakkan ENO. Kacau dengan garpu, biar sebati, tapi jangan terlebih kacau.
  5. Rehatkan 5 min.( cukup masa untuk ENO bertindak mengngeluarkan bubble)
  6. Masukkan kedalam bekas muffin, bakar selama 30 min, 160 deg C.

Crab Heaven

  • Isi ketam or boleh juga diganti dengan crabstick/seafood highlight. (ikut la banyak mana nak buat).
  • Sedikit tepung sagu
  • Putih telur
  • Breadcrumbs
  • Minyak untuk menggoreng
  1. Mash isi ketam. Campurkan dengan tepung. Bulat2kan.
  2. Celup dalam putih telur. Golek dalam breadcrumbs. Boleh ulang proses ni 2-3 kali kalau nak coating tebal.
  3. Goreng dalam minyak panas sehingga kekuningan.

Kek Lapis


Lawak tengok kek lapis kali nii..konon nak buat 3 lapis color kuning kat bawah-tengah2 nak buat color pink-and atas 3 lapis kuning. And nak tabur chocolate chips in between. Tapi color pink tak jadi!!! :)) padan mukaaa lenkali kena buh color pekat2 sikit..takleh takut2 letak color..

Petua Nasi Mentah


Petua..kalau nasi mentah, letak air dalam cawan, kemudian tenggekkan cawan tadi atas nasi. Tutup periuk rapat2..kemudian press 'cooking' function kat rice cooker tadi. Bila dah masak..automatically dia akan tukar ke 'keep warm' function. Kalau tak masak jugak..tekan lagi 'cooking' function.

Bun Kacang Merah

Siaran ulangan. Buat roti kali ni tak berapa jadi..nape tah!! roti tak gebu mcm biasa. Tak tahu laa silap yeast kerr..silap tepung kerr..silap weather kerr or silap si pembuat!! :)) resepi boleh tengok kat previous entry.

Kari Ketam


Resepi dari Myresipi, nasi kandar style. Resepi yang saya dapat ini untuk volume besar, restaurant size kot..tapi saya masak sikit, so saya adjust sket dari resepi asal..

  • 1 cawan minyak
  • 1 cawan 3 sekawan kisar (3 sekawan ialah bawang besar + bawang putih +halia)
  • 4 pokok daun ketumbar
  • 5 biji tomato
  • segenggam 4 sekawan (4 sekawan ialah bunga lawang+cengkih+pelaga+kulit kayu manis)
  • 2 cawan cili kering kisar
  • 5 sudu serbuk kas-kas
  • 1/2 cawan udang kering kisar
  • 5 sudu rempah daging
  • 5 sudu rempah ikan
  • 2 sudu serbuk jintan manis
  • 1/2 tin susu cair
  • gula dan garam secukup rasa
  • Ketam

Cara memasak pun saya ubah sikit, ikut cara biasa kita masak kari..

  1. Panaskan minyak. Masukkan bunga dengkih, lawang, pelaga & kayu manis.
  2. Masukkan bawang, bawang putih & halia. Masukkan juga udang kering. Tumis sehingga wangi.
  3. Masukkan kesemua rempah ratus. Masukkan sedikit air, tunggu sehingga naik minyak.
  4. Masukkan daun ketumbar dan tomato buah hiris.
  5. Masukkan air untuk kuah. Jangan banyak sangat air, as this recipe is meant to be sedikit pekat. Masukkan juga susu tadi.
  6. Masak sehingga kuah nampak 'masak' and cantik.
  7. Curahkan ke atas ketam yang telah digoreng dengan garam & kunyit terlebih dahulu. **boleh juga digantikan dengan lain i.e udang, sotong, ayam & others :)

13 May, 2008

Udang Bakar

Ni pesen org masak tak cukup masa..balik keje perut dah lapar, tapi tak berapa rajin nak masak. Haaa buat le cenggini..gerenti sedap!!
  • Udang saiz besar - Bersihkan udang, tanggalkan kulitnye, tinggalkan ekor. Belah belakang, buang urat hitam tuu.
  • Bawang putih, cili merah dikisar halus. Masukkan daun ketumbar. Blend lagi. Perahkan lemon. garam sikit. Lumurkan pada udang tadi. Perap sekejap. Bakar sampai masak.

Ikan Sumbat Belakang


Resepi ni will be great dengan ikan cencaru. But then sini mmg saya tak penah jumpa ikan cencaru, jadi saya substitute dengan ikan selar kuning. Sini punya ikan selar kuning dipanggil 'yellow tail'. Besar2 & kulitnye keras mcm cencaru sikit2..boleh laaaaa..

  • 2 ekor ikan cencaru
  • segenggam cili kering (direndam hingga lembut)
  • 2-3 ulas bawang merah
  • sedikit halia
  • 1 ulas bawang putih
  • sedikit belacan
  • sebatang (besar) serai
  • garam & gula
  • asam jawa
  • Minyak untuk menggoreng
  1. Ikan dibersihkan. Dibelah bahagian belakang, buat macam pocket.
  2. Cili ditumbuk lumat bersama halia, bawang putih, halia, serai & belacan.
  3. Asam jawa dicampur dengan sedikit air, masukkan jus nya ke dalam cili tadi. Jadikan pes pekat.
  4. Rasakan garam & gula.
  5. Sumbatkan pes cili ke 'pocket' tadi & juga perut ikan tadi.
  6. Goreng dalam minyak panas sehingga masak.

Kaya Spread


Resepi from myresipi, by CMG. Memang rasa macam kaya gardenia, tak cayerr..cuba buat ! :D

  • 3 biji telur Gred A
  • 300 ml pati santan
  • 240 g gula pasir
  • 2 helai daun pandan, disimpul
  • 60 g gula pasir
  • 125 ml air panas
  1. Satukan telur, gula dan pati santan dalam satu bekas, kacau menggunakan wisk hingga gula hancur. Tapis adunan ke dalam periuk.
  2. Gula & air panas dijadikan caremel. Masukkan gula pasir ke dalam periuk lain dan panaskan atas dapur. Masak hingga gula keperangan, kacau selau, perlahan2 masukkan air panas dan terus mengacau. Matikan api.
  3. Kacau adunan no 1, dgn wisk dan masukkan karemel tadi sambil terus mengacau. Masukkan daun pandan dan masak atas api sederhana sambil terus mengacau dengan wisk sehingga adunan menjadi pekat.

12 May, 2008

Kuih Sagu


  • 300 gm sagu biji mata ikan
  • 1 cawan gula pasir
  • 4 cawan air
  • Sedikit pewarna merah/ hijau
  • Sehelai daun pandan
  • Kelapa muda diparut
  • sedikit garam
  1. Bersihkan sagu. Rendam sekejap, lebih kurang 5 minit. Jgn kacau2 sangat nanti hancur. Toskan.
  2. Didihkan air, gula, pewarna. masukkan daun pandan. Kacan sampai gula hancur.
  3. Masukkan sagu tadi dalam bancuhan gula tadi.
  4. Terus kacau sampai jernih dan pekat.
  5. Tuang dalam acuan. Sejukkan.
  6. Satukan kelapa dengan garam. Gaul kelapa dengan kuih yang telah siap dipotong. **saya gantikan kelapa muda dengan kelapa kering - basahkan sedikit, microwave sekejap for few seconds, kemudian gaul garam**

10 May, 2008

Kek Lapis & Tag


Latest Kek Lapis..buat sesuka hati jerrr..asik color merah hijau je lahh yerr..tapi kali ni ada letak mixed colour cherries & prunes. Ni sambil2 post entry ni..boleh le menjawab tag ctnik yerrr...tapi sorry lah ctnik..saya malas nak copy & paste gambar2 tuu..boleh tgk kat this shortcut..hope this will answer your tag :-)

Udang Masak Lemak Cili Api & Nenas


  • Hiris nipis nenas, masukkan dalam periuk.
  • Blend cili api, bawang merah & kunyit. Masukkan dalam nenas tadi. Panaskan api. Biarkan nenas tu keluarkan airnya.
  • Bila hampir kering, masukkan santan cair.
  • Masukkan udang, biarkan didih kejap.
  • Masukkan santan pekat. BIarkan santan masak. Tutup api.

Kek Lapis


In the mood...tidak dapat ku katakan tidakkkk!! hehehehee

Penang Laksa


Buat laksa cara senang...jom tgk cara buat kuah;
  • Tuna chunk dalam tin, blend dengan bawang cili boh.
  • Masukkan dalam periuk, tambah air ikut kepekatan/ kecairan kuah.
  • Masukkan asam keping secukupnya. Kuah supose to be masam.
  • Masukkan daun kesum (banyak lagi sedap). Masak sampai didih.

Serve dengan laksa noodle. Garnish dengan lemon, timun (saya lupa nak beli hari tu), latuce salad, telur rebus, hirisan cili & hirisan bawang. Kalau ada petis paste lagi sedap!

Kuih Bakar


  • 4 biji telur
  • 3/4 cawan gula
  • 3/4 cawan tepung gandum
  • 350ml santan
  • pandan paste
  • sedikit garam
  1. Masukkan semua bahan dalam blender. Process sampai smooth.
  2. Loyang disapu sedikit minyak & panaskan di dalam oven, dengn suhu 160 darjah celcius.
  3. taburkan bijan dipermukaan.
  4. Masukkan adunan ke dalam loyang. Bakar selama sejam.

Pasta Goreng

Fruit & Vege Juice


Juice of carrot, beetroot, green apple, orange & tomato..squeeze it & taste it!

05 May, 2008

Tag dari Kak E

Nak siapkan tag kak E bagi..lama dahh dia surh buat..tapi hari ni baru sempat. Sorry ehh kak E :)
  1. Link to your tagger and post these rules on your blog.
  2. Share 7 facts about yourself on your blog, some random, some weird.
  3. Tag 7 people at the end of your post by leaving their names as well as links to their blogs.
  4. Let them know they are tagged by leaving a comment on their blog

Saya dah tak tahu nak tag sape pulak lepas niii..sape2 kat blog nii..kalau nak buat..silakan lah yerr.. wokeyy..ini 7 facts about me :)

  1. I will be online on my Yahoo masengger day & night. 7 days a week :)
  2. Bila dah dapat internet...susah nak quit!! melekat depan pc :D
  3. I like cooking & sewing
  4. Jenis takleh diam2 dok umah..tiap2 hari mesti nak keluar! kalau hari tak keje pun..mesti nak keluar :)
  5. Me & husband got same habit in eating..we eat mostly chicken across the week! We don't like fish!!
  6. I never wear my baju kurung going to work, even while i'm in Malaysia. For me baju kurung is for Hari raya, org kawin & kenduri/gathering :)
  7. Cepat naik hanginnnn...wooooooo ini bahaya wooo, dengan guaaa..kenati hati2..hehehehe

04 May, 2008

Chicken Pie


  • Frozen puff pastry, thawed.
  • Sediakan filing..tumis bawang putih, masukkan ayam yang didadu. Goreng sekejap.
  • Masukkan oyster sauce, masukkan lada hitam secukup rasa.
  • Masukkan sayur2 seperti carrot (dadu), jagung (dipipih dari tongkol), capcicum (dadu) & cendawan. Mulakan dari yang keras, akhiri dengan yang lembut.
  • Masukkan sedikit air untuk kuah.
  • Masukkan bancuhan tepung jagung, untuk likatkan kuah. Rasa garam.
  • Potong & atur puff pastry ke dalam pie mould/pan. Isi filling & tutup dengan puff pasty.
  • Bakat sehingga kekuningan.

Homemade Puff Pastry

Resepi amik dari youtube..berbaloiiii..

Bahan Bahan:

  • 500gm tepung gandum
  • 25ml cuka
  • sedikit garam
  • 50gm butter dicairkan
  • 200-225ml air sejuk

02 May, 2008

Kek Lapis

Apa leh buattt..tetiba gian nak melapis...layazzzzzz!!

Tafufa

Vegetarian Lasagne

Senang je buat ni..
  1. Vege i.e capcicum, carrot, brocolli, mushroom, carrot & eggplant..potong kecil2
  2. Bawang besar..dadu & tumis sehingga wangi. Masukkan tomato puree/tomato sauce. Sprinkle dengan dried oregano & basil. Letak sedikit worchester sauce. Masukkan sayur2 tadi..mulakan dengan yang paling keras, akhiri dengan yang paling lembut. Rasa garam. Angkat & ketepikan sementara.
  3. Sediakan bechamel sos: cairkan 2 sudu besar butter, masukkan 2 sudu tepung gandum. kacau2 & curahkan susu lebih kurang 2 cawan. Masak sampai likat. Masukkan bay leave kalau suka.
  4. Assemble: dalam bekas letak lasagne sheet bawah sekali..layer dengan sayur. Atas sayur letak bechamel sauce. Atas sauce letak mozarella cheese yang dah diparut. Buat 2-3 lapis.
  5. Bakar 190-200 degree sehingga masak.

Mixed Berry Cake for Rezan's Birthday


My husband's birthday was on 28th April. Takde mood nak post gambar ni on that day. Ni baru mood nak blogging datang balik..hehehehehe
Tak tahu la apa petern kek ni..main belasah jerr! Kek kat dalam tuu saya buat sponge cake perisa stawberry, lepa ngan butter cream, then tabur ngan mixed berry. Jadi lahh kann! :D Happy birthday darling!

01 May, 2008

Ayam Percik

Resepi Yani (myresipi)...senang rupanyerr buat ayam percik ni yerrr :D
  • 1 sekor ayam yang dipotong 4
  • 1 1/2 cawan santan pekat
  • 2 biji bawang putih
  • 1 labu bwg besar
  • 2 cm halia
  • 2 batang serai
  • 1 camca kecil ketumbar
  • 1/2 camca kecil jintan putih
  • 1/2 cawan tepung beras
  • sedikit air asam jawa@asam keping
  • cili kering (optional... kalau nak kuah merah)
  • garam dan gula secukup rasa
  1. Blend bawang,halia,serai,ketumbar,jintan...perap 1/2 jam.
  2. Masukkan ayam diperap bersama tepung beras yang digaul sekali ngan santan beserta bahan lain ke dlm periuk dan masak sehingga ayam agak2 3 suku masak dan kuah agak pekat.
  3. Angkat ayam bersama sedikit kuah dan masukkan dlm loyang pembakar.
    bakar dlm oven dengan suhu 200 darjah dlm 1/2 jam atau agak keperangan.
  4. Hidangkan ayam yang dicelup dengan kuah lebihan tadi...hiaslah ikut selera masing2

Kek Lapis

Lagiiiiiiiiiii...tak tahan tengok org melapis!!! Saya nak buat gaksss hehehhehehe tapi tak berapa jadik laaa. Saya buat letak prune, tapi tak nampak sangat prune nyerr. Pastu ada letak chocolate rice yang color malerr tuuu..pun tak nampak gakk!! cekelet nyerr cair..